Wednesday, August 21, 2013

3 Tingkat Keyakinan

(1) Ilm Al Yakin

Definisi: Keyakinan yang terhasil daripada ilmu atau yang diberitakan dan kemudiannya didengari oleh telinga.

Dalil: "Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati!)
Sumber: Surah Al Takathur 102: 3/5

Contoh: Si A tidak mengenali madu apatah lagi merasai madu. Namun diberitakan oleh seseorang yang dipercayainya bahawa madu itu rasanya manis. Maka si A percaya sepenuhnya madu itu manis walaupun dia tidak pernah melihat atau merasai madu itu.


(2) Ain Al Yakin 

Definisi: Keyakinan yang terhasil daripada apa yang dilihat dengan mata.

Dalil: "Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
Sumber: Surah Al Takathur 102: 7

Contoh: Si B tidak pernah merasai madu, namun dia pernah melihat setompok madu yang tumpah dihurungi semut. Dia hanya melihat rupa bentuk madu, kelikatan madu, dan semut yang menghurungi madu, maka si B yakin bahawa madu itu manis, walaupun dia belum merasainya.


(3) Haq Al Yakin

Definisi: Keyakinan yang terhasil daripada pengalaman dan amalan.

Dalil: "Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini."
Sumber: Surah Al Waqi'ah 56:95

Contoh: Si C sudah merasai sendiri madu. Tangannya sendiri pernah menyentuh madu, rasa kelikatan madu bagai bancuhan gula yang pekat. Dia juga sudah merasai sendiri madu dengan lidahnya, yakni dia merasai manisnya madu, maka dia amat yakin bahawa madu itu manis.

Sumber: Majalah Solusi, isu No. 17, halaman 18

No comments:

Post a Comment