Semalam iaitu Khamis, 15 Ogos 2013, aku ke Masjid At Taqua di Jalan Bilal untuk pertama kali semenjak diubah elok.
Indah dan tenang walaupun kecil dan terpencil.
Suatu masa dahulu, Masjid At Taqua aku lazimi setiap Ahad untuk Kelas Memperhalusi Solat bersama Ustazah Kamariah.
Semenjak diubah elok, aku tidak pernah ke sana bertahun lamanya.
Berada di Masjid At Taqua yang indah dan tenang itu semalam merupakan satu kenangan manis.
Setelah menunaikan solat Maghrib, kami ke Toys R Us, Tampines Mall kerana aku berhasrat mendapatkan tabung ala mesin teler automatik.
Namun, setelah sampai ke dalam 'syurga dunia' untuk kanak-kanak itu, hasratku tidak dapat ditunaikan.
Apabila si dewasa ingin mendapatkan tabung ala mesin teler automatik agar dapat digunakan untuk menabung duit hari raya sedangkan si anak comel ingin mendapatkan patung Barbie berserta rumah yang indah agar dapat digunakan untuk bermain menghiburkan hati.... maka hasratku tidak kesampaian.
Jiwa kanak-kanak perempuan pasti tertarik dan tertawan dek patung Barbie berserta rumah yang indah.
Kanak-kanak perempuan mana yang tidak?
Akhirnya, kami ke Pizza Hut untuk mengisi perut yang kosong.
Tentulah 'sweet n spicy drumlets' kegemaranku menggembirakanku.
Tangisan yang akhirnya reda di meja makan itu mengajar aku tentang sifat kesabaran.
No comments:
Post a Comment