Ujian lisan bagi peperiksaan peringkat N untuk dua hari pertama dijalankan di Sekolah Menengah Pasir Ris.
Sekolah menengah yang pernah dihadiri Mahirah suatu masa dahulu.
Ujian lisan bagi peperisaan peringkat N untuk hari ketiga hingga hari keenam dijalankan di Sekolah Menengah Dunman.
Sekolah menengah yang pernah dihadiri Shahrin suatu masa dahulu.
Pertama kali berada di kedua-dua sekolah.
Aku asyik membayangkan mereka di sekolah mereka ketika mereka masih remaja.
Apatah lagi, sedikit sebanyak mereka pernah menceritakan tentang zaman remaja mereka kepadaku.
Sekolah menengah yang pernah aku hadiri ialah Sekolah Menengah Bedok South.
Sekolah itu masih wujud namun... tidak lagi di bangunan asal di tapak asal kerana telah berpindah ke bangunan baharu di tapak baharu.
Seandainya aku diberi peluang berada di Sekolah Menengah Bedok South (yang baharu), tentunya tidak ada kenangan yang sama dapat diimbas.
Sekurang-kurangnya Mahirah masih ada premis sekolahnya yang asal untuk diziarahi.
Begitu juga dengan Shahrin yang masih ada premis sekolahnya yang asal untuk dilawati.
No comments:
Post a Comment