ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Sunday, January 13, 2013
Selagi Tidak Pernah
Tidak mungkin memahami selagi tidak pernah mengalami
Tidak mungkin mengerti selagi tidak pernah menghadapi
Tidak mungkin mendalami selagi tidak pernah menyelami
Tidak mungkin melepasi selagi tidak pernah melalui
Pengalaman pahit bukan dambaan
Pengalaman perit bukan impian
Pengalaman perih bukan permintaan
Pengalaman pedih bukan keinginan
Apabila berjaga dalam kelam
Apabila bermimpi dalam suram
Apabila menjerit dalam diam
Apabila merindu dalam dendam
Terlalu luas hilang arah tidak bernakhoda
Terlalu dalam lemas akhirnya hilang nyawa
Terlalu jauh redah habis tenaga hilang upaya
Terlalu lama tadah tangan berdoa kini hilang percaya
Selagi tidak pernah mengalami, tidak mungkin memahami
Selagi tidak pernah menghadapi, tidak mungkin mengerti
Selagi tidak pernah mendalami, tidak mungkin menyelami
Selagi tidak pernah melalui, tidak mungkin melepasi
Algebra. Al-Jabr. Al-Khawarizmi.
Algebra.
Istilah matematik yang berasal daripada bahasa Arab, al-jabr.
Istilah ini dipinjam oleh bahasa Inggeris sebagai algebra.
Pada kurun ke-9, al-Khawarizmi dari Arab telah menghasilkan sebuah buku matematik yang berjudul al-Jabr wa al-Muqabalah.
Perkataan al-jabr mula digunakan sejak 820 tahun Masihi.
Al-jabr bermaksud 'menukar tempat kuantiti suatu persamaan dari kiri ke kanan atau sebaliknya'.
Sumber: Chong Mun Wah. (1997). Kamus Etimologi Bahasa Melayu. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Istilah matematik yang berasal daripada bahasa Arab, al-jabr.
Istilah ini dipinjam oleh bahasa Inggeris sebagai algebra.
Pada kurun ke-9, al-Khawarizmi dari Arab telah menghasilkan sebuah buku matematik yang berjudul al-Jabr wa al-Muqabalah.
Perkataan al-jabr mula digunakan sejak 820 tahun Masihi.
Al-jabr bermaksud 'menukar tempat kuantiti suatu persamaan dari kiri ke kanan atau sebaliknya'.
Sumber: Chong Mun Wah. (1997). Kamus Etimologi Bahasa Melayu. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Kenangan silam: Blok 501
Blok 501.
Tingkat 2.
Unit 6.
Di situlah rumah pertamaku sejak aku dilahirkan.
Seluruh zaman kanak-kanakku dihabiskan di sini.
Tingkat 2.
Unit 6.
Di situlah rumah pertamaku sejak aku dilahirkan.
Seluruh zaman kanak-kanakku dihabiskan di sini.
Monday, January 7, 2013
Analisis pepatah Melayu: Tahu menimba ilmu orang, tahu menyauk petua orang
Semalam, analisis pertama iaitu analisis Kes 1 daripada tugasan yang telah terlaksana pada tahun 2010 telah dikongsi di blog ini. Pada hari ini pula, analisis kedua iaitu analisis Kes 11 menjadi pilihan untuk dikongsi.
Kes 11: ‘Tahu menimba ilmu orang
Tahu menyauk petua orang’
Perkataan ‘menyauk’ dalam baris
kedua diertikan sebagai mencedok dan menimba dalam Kamus Dewan Edisi Keempat
(2007: 1398). Lantas, menyauk mempunyai sama makna
dengan menimba seperti yang tersurat dalam baris pertama. Kedua-dua perkataan
ini adalah kata kiasan yang bermaksud mengambil atau memperoleh pengetahuan
atau maklumat daripada sesuatu sumber.
Dalam ungkapan ini, sumber ilmu
atau petua yang dimaksudkan merujuk kepada orang. Itu bererti kita harus
mempunyai sikap keterbukaan dan merendah hati untuk mempelajari sesuatu
daripada orang lain yang berilmu, berpengetahuan atau arif.
Abdul
Samad Ahmad (1990: 126) dalam bukunya, ‘Kesenian
Adat, Kepercayaan dan Petua Ilmu’ menyatakan bahawa petua adalah sebahagian
daripada ilmu. Namun di antara kedua-duanya mempunyai ciri yang berlainan.
Berikut merupakan kenyataan beliau dalam memperlihat perbezaan di antara ilmu
dan petua
‘Ilmu pengetahuan dalam apa bentuk pun merupakan kepandaian yang dimiliki oleh
seseorang, sementara petua adalah kebijaksanaan mengatur ilmu yang ada bagi
melaksanakan sesuatu pekerjaan. Ilmu pengetahuan dipelajari, sedangkan
petua didapati daripada hasil pengalaman yang dilalui. Maka itu boleh juga
dikatakan bahawa petua adalah satu daripada ciri ilmu.’
Namun, ilmu dan petua dalam budaya
Melayu saling menyokong seperti yang tersurat dalam ungkapan yang diperkatakan.
Menurut Abdul Samad Ahmad lagi (1990: 126), orang tua-tua berpendapat bahawa
petua mendahului ilmu. Manakala ilmu yang tidak disertai
petua kurang meninggalkan kesan dalam sesuatu pekerjaan. Bahkan seseorang yang
tidak mengikut petua yang betul akan menghadapi masalah atau kesulitan dalam
melaksanakan sesuatu pekerjaan. Petua seolah-olah
menjadi panduan agar sesuatu pekerjaan itu menjadi, teratur dan sempurna.
Lantas, ungkapan ini mendidik pembaca atau
pendengar agar bersikap terbuka untuk memperoleh ilmu dan petua daripada orang
lain yang lebih berpengetahuan dan berpengalaman.
Sunday, January 6, 2013
Analisis pepatah Melayu: Adat muda menanggung rindu, adat tua menahan ragam
Dalam pos kali ini, aku ingin berkongsi analisis ringkas mengenai satu pepatah Melayu yang indah iaitu 'Adat muda menanggung rindu, adat tua menahan ragam'. Analisis ini telah dilakukan ketika melaksanakan tugasan bagi modul Pengajian Melayu Bersumberkan Islam pada tahun kedua pengajian di Akademi Pengajian Melayu.
Kes 1: ‘Adat muda menanggung rindu
Adat tua menahan ragam’
Pepatah yang ringkas ini mampu menyampaikan satu
mesej utama atau satu nilai penting yang perlu dididik
dalam jiwa orang Melayu. Nilai yang dimaksudkan adalah kesabaran meskipun
perkataan ‘sabar’ itu tidak dinyatakan secara langsung.
Frasa ‘menanggung rindu’ mengajak orang muda kepada
kesabaran. Maklumlah, lumrah orang muda memang mudah dibuai gejolak perasaan
cinta, kasih dan rindu namun mereka perlu sabar menanggungnya. Begitu juga
dengan frasa ‘menahan ragam’ yang menganjurkan orang tua agar bersabar.
Maklumlah, orang tua perlu menghadapi pelbagai karenah anak muda yang masih
mentah, pendek akal dan kurang faham tentang kehidupan dan cabaran hidup. Sudah
menjadi tanggungjawab orang tua untuk memimpin orang muda ke jalan yang baik
lagi benar dan ini tentunya memerlukan kesabaran seperti yang dijelaskan dalam
Surah Al ‘Asr (103:2-3), yang bermaksud:
“Sesungguhnya manusia itu benar-benar
berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal
saleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”
Budayawan tersohor di Singapura, Muhammad Ariff Ahmad
(2007: 87) dalam buku beliau ‘Nilam’ mentakrif sabar sebagai tahan, iaitu dapat
mengawal perasaan dan fikiran sehingga ketahanannya menghasilkan sesuatu yang
membahagiakan. Kamus Dewan Edisi Keempat (2007: 1361) pula mentakrif sabar
sebagai betah menahan penderitaan (kesakitan, kesusahan, dll). Takrifan kedua
bagi sabar adalah tidak terburu-buru, tenang.
Sabar adalah nilai hidup yang terlalu penting dalam
menjalani kehidupan sehari-hari. Nilai ini perlu ada dalam jiwa agar kita tidak
mudah berperasaan melulu yang boleh menjurus kepada tindakan terburu-buru dan
akhirnya mengakibatkan keburukan. Lantas, orang muda mahupun orang tua perlu
sentiasa menghayati nilai sabar agar hidup tidak dipacu nafsu dan perasaan
melulu seperti geram, marah, jemu, meluat, benci, dendam dan sifat-sifat
mazmumah yang lain serta kemaksiatan yang dilarang Allah s.w.t.
Jika kesabaran dapat dipupuk sejak kecil, dilatih secara
berterusan dan dihayati dengan sepenuh jiwa, nilai kesabaran itu akan dapat
mensejahterakan kehidupan. Namun, perjalanan untuk menjadi insan yang sabar
tidaklah mudah seperti yang tersurat dalam Surah Al Baqarah (2: 45-46), yang bermaksud:
“Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya
yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk, iaitu
orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahawa
mereka akan kembali kepadaNya.”
Lantas, pepatah ‘adat muda
menanggung rindu, adat tua menahan ragam’ menekankan peri pentingnya kesabaran
dalam kehidupan.
Saturday, January 5, 2013
Lenovoku, HP dan Acerku
Ketika aku teruja untuk mencurahkan isi hati dan fikiran di blogku semalam, aku dikejutkan dengan situasi Lenovoku.
Lenovoku tidak dapat dihidupkan.
Hmmm... mengapakah begitu?
Namun aku masih tetap teruja untuk berkongsi di blogku ini tentang pengalaman tiga hari mengajar secara berpasangan dengan dua orang guru berpengalaman dalam jabatanku iaitu Cikgu Nor dan Cikgu Huda.
Kini, aku sedang berHP di tempat dudukku di bilik guru.
HP ini hak milik sekolah dan aku kurang seronok mencurahkan isi hati dan fikiran di blogku melalui HP apatah lagi di sekolah meskipun waktu mengajar sudah selesai.
Acerku pula bermasalah kerana pengecas Acerku itu tidak dapat berfungsi dengan stabil.
Adakala, Acerku dapat dihidupkan.
Adakala pula, Acerku tidak dapat dihidupkan.
Hmmm...
Lenovoku tidak dapat dihidupkan.
Hmmm... mengapakah begitu?
Namun aku masih tetap teruja untuk berkongsi di blogku ini tentang pengalaman tiga hari mengajar secara berpasangan dengan dua orang guru berpengalaman dalam jabatanku iaitu Cikgu Nor dan Cikgu Huda.
Kini, aku sedang berHP di tempat dudukku di bilik guru.
HP ini hak milik sekolah dan aku kurang seronok mencurahkan isi hati dan fikiran di blogku melalui HP apatah lagi di sekolah meskipun waktu mengajar sudah selesai.
Acerku pula bermasalah kerana pengecas Acerku itu tidak dapat berfungsi dengan stabil.
Adakala, Acerku dapat dihidupkan.
Adakala pula, Acerku tidak dapat dihidupkan.
Hmmm...
Monday, December 31, 2012
Ungu!
Entah mungkinkah aku bertemu dengan cadar seperti yang tergambar ini memandangkan pencarianku hanya terbatas di kedai-kedai menjual cadar dan sarung bantal yang terletak di kawasan Bedok Central sahaja.
Apatah lagi aku hanya membataskan cadar berwarna ungu sahaja demi memadankan cadarku dengan langsir yang baru kugantung semalam.
Cadar merah jambu yang dipasang sebelum ini telah kutanggalkan semalam.
Cadar lain yang ada sebagai ganti pula berwarna merah jambu.
Cadar putih yang pernah suatu masa dahulu aku beli kerana tertarik hati dengan 'kesucian' warna itu tidak lagi menjadi cadar utama memandangkan cadar putih itu mudah memperlihatkan kesan kotoran dengan jelas sekali.
Apabila 'kesucian' cadar itu ternoda, akhirnya kujadikan cadar putih itu sebagai cadar alas.
Maafkanku cadar putih.
'Kesucian'mu tetap kukenang.
Kedua-dua cadar merah jambu telah menjemukanku.
Maafkanku cadar merah jambu.
Mungkin aku telah jemu dengan warna merah jambu itu sendiri.
Maafkanku merah jambu.
Demi langsir unguku, aku perlu mendapatkan cadar baharu berwarna ungu seperti yang tergambar.
Oh ya, aku pernah memasang cadar merah tetapi cadar itu telah kuberikan kepada anggota keluarga yang lain.
Tidak mungkin aku meminta semula cadar merah itu.
Lagipun cadar merah dengan langsir ungu tidak secocok bukan....
Sudah sampai masanya untuk mendapatkan cadar baharu berwarna ungu!
Ungu!
Paling penting, ungu tanpa merah jambu.
Subscribe to:
Posts (Atom)






