Rahsia Allah.... yang belum kuketahui hingga ke detik ini.
Mungkinkah ada insan bernama teman hidup yang diciptakan dan ditakdirkan untuk bersamaku sedangkan aku pun sedar aku bukan seorang insan yang baik dan tidak akan pernah mampu menjadi yang terbaik.
Namun, aku sedar aku perlu menjadi lebih baik daripada masa lalu atau pun lebih baik daripada masa kini demi kebaikan pada masa hadapan dan demi kebaikanku ketika berhadapan dengan Pencipta dan Pemilikku.
Adakala rasa takut melanda jiwa apabila diri kian dipukul badai hinggakan keyakinan kepada Pencipta kian tergadai.
Adakala rasa gentar menyelubungi diri apabila jiwa kian dilambung ombak hinggakan keimanan kepada Pemilik kian koyak-rabak.
Pernah Kau hadirkan seseorang yang kuyakin bahawa dialah yang akan menjadi teman hidupku dan imamku tetapi akhirnya, dia diciptakan dan ditakdirkan untuk wanita lain.
Antara pilu, cemburu, terkilan, bahagia (melihat kebahagiaannya) dan lega.... aku masih tertanya-tanya apakah mungkin dan apakah masih ada insan lain yang diciptakan dan ditakdirkan untukku sedangkan realitinya....
Siapakah yang kelak menjadi teman hidupku?
Siapakah yang kelak menjadi imamku?
Apakah ada yang diciptakan dan ditakdirkan untukku?
Atau tidak ada yang diciptakan dan ditakdirkan untukku?
Rahsia Allah yang hanya Allah yang tahu sedangkan.... aku tidak tahu apa-apa.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Tuesday, September 4, 2012
Tuesday, August 28, 2012
Mampukanlah aku yang tidak begitu mampu ini
Wang pendahuluan sebanyak $200 telah dilunaskan.
Sejujurnya, aku tidak begitu mampu untuk mendapatkan keperluan ini.
Namun, memandangkan keperluan ini adalah demi kemaslahatan diri sendiri, aku perlu mendapatkannya meskipun dalam keterbatasan kewangan.
Alhamdulillah.
Aku bersyukur, gembira dan tenang kerana keperluanku ini telah dapat kuperolehi setelah menanti sepanjang Ramadhan dan melalui beberapa peristiwa yang nyaris-nyaris terjadi tetapi tidak terjadi.
Inilah yang dikatakan jodoh.
Jodoh dalam mendapatkan keperluan hidupku meskipun pada hakikatnya, kedudukan kewanganku boleh dikatakan belum stabil.
Aku bermohon agar Tuhan memperluaskan rezekiku dan mempermudahkan urusanku.
Harapanku kini adalah mendapatkan transkrip ijazah sarjana mudaku pula agar tangga gajiku ditingkatkan kepada yang sewajarnya.
Betapa banyak harapan yang kupertaruhkan dalam hidup.
Sedangkan hidup ini terlalu singkat.
Harapan ini kusandarkan kepada yang Maha Mengetahui dan Maha Mengampuni agar melindungi, memelihara, mengampunkan dan meredhaiku.
Dalam keadaan yang tidak begitu mampu ini, aku mohon dengan sangat agar Engkau memampukanku.

Monday, August 27, 2012
Penulisanku untuk tugasanku (I)
Kesantunan Bahasa
(Awang Sariyan, 2007: 5)
‘Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,
lihat kepada budi bahasa.
Jika hendak mengenal orang yang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.’
(Mohd.Yusof Md. Nor & Abd. Rahman Kaeh, 1985: 178)
‘Secara positif, gaya bahasa dengan ungkapan tertentu sebenarnya memperlihatkan banyak hal tentang peribadi dan pegangan penutur bahasa itu sendiri. Di situlah sebenarnya terletak gaya kesopansantunan, kelemahlembutan dan kehalusan budi bahasa Melayu dan bangsanya.’
(Siti Hawa Salleh, 2009: 554)
Bahasa
merupakan salah satu daripada beberapa perkara asas yang amat diperlukan oleh
manusia dalam menjalani kehidupan sehari-hari selain makan minum, tempat
tinggal, pakaian dan sebagainya. Kehidupan sehari-hari menuntut setiap manusia berinteraksi
dengan anggota masyarakatnya, tidak kira sama ada anggota masyarakat itu tergolong
dalam kelompok yang sama mahupun tidak. Apabila seseorang perlu bercakap dan
perlu didengari oleh manusia lain tentang perkara yang hendak diperkatakan,
bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa lisan. Manakala kata-kata yang ditulis
oleh seseorang individu dan dibaca pula oleh individu yang lain ialah bahasa
tulisan. Komunikasi yang berkesan apatah lagi perhubungan yang baik akan hanya terjalin
melalui satu cara iaitu dengan menggunakan bahasa yang santun, tidak kira sama
ada dalam bentuk lisan atau tulisan.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 106)
mendefinisikan bahasa sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai
alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang
individu dengan individu yang lain dan sebagainya). Selain itu, bahasa juga
didefinisikan sebagai percakapan yang baik, tingkah laku yang baik dan sopan
santun.
Definisi pertama tentang bahasa seolah-olah
menjawab tentang apakah yang dimaksudkan dengan bahasa manakala definisi kedua pula
seolah-olah memberi jawapan tentang cara bagaimanakah bahasa harus digunakan.
Daripada kedua-dua definisi ini, penulis berpendapat bahawa bahasa tidak seharusnya
sekadar difahami sebagai sesuatu yang digunakan oleh manusia untuk
berkomunikasi. Seharusnya juga bahasa dimengertikan sebagai cara yang digunakan
untuk berinteraksi sesama manusia yang merujuk secara khusus kepada kesantunan
sebagai salah satu ciri yang perlu dititikberatkan.
Atas dasar itu, Rais Yatim (2007: x) dalam kata
pengantar bagi buku ‘Santun Berbahasa’ menyebut tentang penilaian masyarakat
Melayu di kampung-kampung terhadap perilaku seseorang sama ada dikatakan
sebagai ‘berbahasa sekali dengan kita’ atau dikatakan sebagai ‘tak tahu
bahasa’. Frasa-frasa yang mengandungi perkataan ‘berbahasa’ dan ‘bahasa’ itu
timbul berdasarkan penelitian mereka terhadap cara seseorang itu menggunakan
bahasa secara baik, sopan dan beradab ataupun sebaliknya. Penyataan di atas dapat
dikukuhkan dengan pengertian tentang ‘kesantunan bahasa’ oleh Awang Sariyan (2007: 1) dalam buku ‘Santun
Berbahasa’ seperti berikut.
‘Kesantunan bahasa, secara umum,
merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan
peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman
bicaranya.’
(Awang Sariyan, 2007: 5)
Raja
Ali Haji dalam sebuah karangan karya sastera beliau yang masyhur iaitu Gurindam
Dua Belas ada memperkatakan secara langsung tentang nilai kesopanan dan
kesantunan yang dipandang tinggi dalam masyarakat Melayu. Nilai kesopanan dan kesantunan
ini dapat dijejaki melalui tiga daripada lima rangkap gurindam yang dikarang
Raja Ali Haji dalam Gurindam Dua Belas, khususnya fasal kelima. Berikut
merupakan Gurindam Dua Belas fasal kelima yang terakam dalam buku yang ditulis
oleh Mohd. Yusoff Md. Nor dan Abd. Rahman Kaeh (1985: 178) yang berjudul ‘Puisi
Melayu Tradisi’:
‘Jika hendak mengenal orang yang berbangsa,
lihat kepada budi bahasa.
Jika hendak mengenal orang yang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.’
(Mohd.
Melalui
ketiga-tiga rangkap gurindam ini, Raja Ali Haji telah menganjurkan tiga perkara
penting yang perlu diberi perhatian iaitu budi bahasa, kelakuan dan pergaulan
seseorang di tengah masyarakat. Anjuran Raja Ali Haji dapat dijejak secara
langsung melalui baris kedua dalam setiap rangkap gurindam ini iaitu ‘lihat
kepada budi bahasa’, ‘lihatlah kepada kelakuan dia’ dan ‘lihat pada ketika
bercampur dengan orang ramai’. Ketiga-tiga perkara yang dianjurkan untuk diberi
perhatian inilah yang dimaksudkan oleh Rais Yatim (2007: x) dalam kata pengantar
bagi buku ‘Santun Berbahasa’ tentang penilaian masyarakat Melayu di
kampung-kampung terhadap perilaku seseorang sama ada dikatakan sebagai
‘berbahasa sekali dengan kita’ atau dikatakan sebagai ‘tak tahu bahasa’. Penilaian sama ada
seseorang itu berbahasa atau tidak tentunya berlaku dengan memerhatikan dan
meneliti cara seseorang itu menggunakan bahasa.
Lantas, setiap orang perlu memerhati dan memelihara
kesopanan dan kesantunan gaya bahasa dan kata-kata yang diungkapkannya kerana
perkara inilah yang menjadi kayu ukur sama ada seseorang itu ‘berbahasa’ atau
‘tak tahu bahasa’. Siti Hawa Salleh
(2009: 554) menegaskan dalam buku ‘Kelopak Pemikiran Sastera Melayu’ bahawa
keperibadian dan pegangan seseorang dapat dinilai daripada gaya bahasa dan
ungkapan yang digunakan. Berikut
merupakan pernyataan beliau:
‘Secara positif, gaya bahasa dengan ungkapan tertentu sebenarnya memperlihatkan banyak hal tentang peribadi dan pegangan penutur bahasa itu sendiri. Di situlah sebenarnya terletak gaya kesopansantunan, kelemahlembutan dan kehalusan budi bahasa Melayu dan bangsanya.’
(Siti Hawa Salleh, 2009: 554)
Soulmate
Soulmate is someone with whom one has a feeling of deep and natural affinity, friendship, compatibility, companionship and intimacy.
Perjuangan Yang Panjang Seorang Laksamana Sunan
Berakhirlah pembacaanku pada 26 Ogos 2012 tentang perjuangan yang panjang seorang Laksamana Sunan menelusuri enam buah novel karangan Ramlee Awang Murshid.
Bilakah pembacaanku bermula?
Aku tidak dapat kenal pasti tarikh yang tepat.
Aku tidak ingat.
Novel Cinta Sufi adalah novel pertama yang aku baca sedangkan Cinta Sufi sebenarnya adalah novel keempat setelah lengkapnya trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta iaitu tiga novel pertama tentang Laksamana Sunan.
Namun, 'jadual' ini merupakan suatu ketepatan memandangkan aku begitu tertawan hati dengan Cinta Sufi dan tidak begitu tertarik hati dengan Bagaikan Puteri setelah membaca kedua-duanya.
Meskipun aku tidak dapat kenal pasti dan tidak ingat tarikh yang tepat aku mulai membaca novel Cinta Sufi, yang pasti aku hanya mulai membaca novel ini setelah pulang ke Singapura.
Berikut merupakan susunan keenam-enam novel yang kubaca.
1) Cinta Sufi (novel ke-4)
2) Cinta Sang Ratu (novel ke-2)
3) Sutera Bidadari (novel ke-5)
4) Bagaikan Puteri (novel pertama)
5) Hijab Sang Pencinta (novel ke-3)
6) Sunan Musafir (novel ke-6)
Betapa bercelarunya susunan pembacaanku!
Namun aku tetap teruja untuk mengikuti pengisahan Laksamana Sunan yang ternyata amat menarik dan 'thrilling'!
Berikut merupakan 'rating'ku terhadap keenam-enam novel karangan Ramlee Awang Murshid.
Bagaikan Puteri: **
Cinta Sang Ratu: ****
Hijab Sang Pencinta: **
Cinta Sufi: *****
Sutera Bidadari: *****
Sunan Musafir: ****
Aku TIDAK begitu tertarik hati dengan Bagaikan Puteri dan Hijab Sang Pencinta tetapi aku begitu tertawan hati dengan Cinta Sufi dan Sutera Bidadari.
Cinta Sufi: Sekali kurebah, sejuta kali kubangkit.
Sutera Bidadari: Hanya namaMu sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini.

Sunday, August 26, 2012
To Love Someone Means To Lose Someone?
If 'to love someone' means 'to lose someone', then let the feelings be latent no matter how hurtful it is because to lose someone you love is unbearable.
Saturday, August 25, 2012
29 Jun 2012 - 24 Ogos 2012 Sejauh Ini....
29 Jun 2012 iaitu pada hari Jumaat merupakan hari pertama aku melaporkan diri semula sebagai seorang kakitangan awam.
Alhamdulillah.
Segala puji milik Allah.
Sejauh ini, aku harus menyatakan rasa syukur yang tidak terhingga kerana tidak perlu kembali bertugas di tempat lama kerana lima tahun di sana cukup 'mengajar' aku tentang banyak perkara yang tidak aku ketahui sebelum ini.
Ternyata, 'politik alam pekerjaan' telah kusaksikan bermula dari hari pertama, minggu pertama, bulan pertama, tahun pertama di tempat itu hinggalah ke tahun terakhir, bulan terakhir, minggu terahir, hari terakhir aku di sekolah tersebut.
Alhamdulillah.
Segala puji milik Allah.
Sejauh ini, aku harus menyatakan rasa syukur yang tidak terhingga kerana suasana dan budaya di tempat baharu walaupun belum dua bulan aku di sini boleh aku sifatkan lebih baik daripada tempat lama.
Aku tidak mencari kesempurnaan kerana tidak akan ada satu tempat bertugas pun yang sempurna.
Tentu ada kekurangan.
Tentu ada kelemahan.
Tentu akan ada cabaran pada masa hadapan yang perlu aku lalui.
Tentu akan ada ujian pada masa hadapan yang perlu aku hadapi.
Bukankah cabaran dan ujian adalah asam garam kehidupan?
Pada hakikatnya, cabaran dan ujian telah pun aku lalui dan hadapi di tempat kerja baharuku sedangkan pada waktu itu, belum pun dua minggu aku di situ.
Aku mulai mengajar pada hari kedua aku di situ iaitu pada hari Selasa bertarikh 3 Julai 2012 (kerana pada hari Isnin iaitu 2 Julai 2012, Singapura bercuti sempena Hari Belia).
Setelah lapan hari mengajar, aku telah pun mendapatkan cuti sakitku yang pertama pada 13 Julai 2012 iaitu hari Jumaat kerana mengalami tekanan perasaan atas sebab aku belum lagi sesuai, serasi dan serasa dengan pelajar-pelajar yang menjadi anak didikku.
Lima tahun bertugas sebagai seorang guru di sekolah rendah bermula pada tahun 2004 hingga 2009, kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Malaya selama tiga tahun bermula pada tahun 2009 hingga 2012 tentunya menjarakkan aku dengan bidang pendidikan apatah lagi aku langsung tidak bersedia untuk memikul tugas mengajar pelajar terdiri daripada generasi remaja.
Maklumlah, kini aku bukan lagi guru di sekolah rendah tetapi guru di sekolah menengah.
Ternyata, aku tidak bersedia kerana tidak mempunyai ilmu pengetahuan apatah lagi kemahiran serta pengalaman langsung untuk tanggungjawab ini....
Namun, kini setelah hampir dua bulan menjalankan tugas dalam kekurangan ilmu pengetahuan, ketidakmahiran dan tanpa pengalaman, aku sudah mulai betah.
InsyaAllah.
Dengan izin Allah.
Aku memerlukan sekurang-kurangnya setahun untuk menyesuaikan diri semula dengan alam pekerjaan terutama sekali dalam bidang perguruan yang berkait rapat dengan generasi remaja.
Cabaran dan ujian sebenarnya telah pun berlaku, bahkan sedang berlaku dan akan terus berlaku....
Bukan sekadar cabaran dan ujian daripada para pelajar tetapi.... (biarlah ayat ini tergantung dengan nokhtah-nokhtah yang tidak menyatakan apa-apa)
Namun, tetap aku bersyukur kerana situasi tidak seteruk dan suasana tidak seburuk masa silam di tempat kerja lama.
Tidak seteruk.
Tidak seburuk.
Tidak sempurna.
Tidak akan pernah sempurna.
Namun, aku berharap dan sentiasa berharap aku dapat menerima segalanya seadanya.
Alhamdulillah.
Segala puji milik Allah.
Sejauh ini, aku gembira dengan sekolah ini yang telah ditentukan dan ditetapkan untuk aku.
:)

Subscribe to:
Posts (Atom)