Wang pendahuluan sebanyak $200 telah dilunaskan.
Sejujurnya, aku tidak begitu mampu untuk mendapatkan keperluan ini.
Namun, memandangkan keperluan ini adalah demi kemaslahatan diri sendiri, aku perlu mendapatkannya meskipun dalam keterbatasan kewangan.
Alhamdulillah.
Aku bersyukur, gembira dan tenang kerana keperluanku ini telah dapat kuperolehi setelah menanti sepanjang Ramadhan dan melalui beberapa peristiwa yang nyaris-nyaris terjadi tetapi tidak terjadi.
Inilah yang dikatakan jodoh.
Jodoh dalam mendapatkan keperluan hidupku meskipun pada hakikatnya, kedudukan kewanganku boleh dikatakan belum stabil.
Aku bermohon agar Tuhan memperluaskan rezekiku dan mempermudahkan urusanku.
Harapanku kini adalah mendapatkan transkrip ijazah sarjana mudaku pula agar tangga gajiku ditingkatkan kepada yang sewajarnya.
Betapa banyak harapan yang kupertaruhkan dalam hidup.
Sedangkan hidup ini terlalu singkat.
Harapan ini kusandarkan kepada yang Maha Mengetahui dan Maha Mengampuni agar melindungi, memelihara, mengampunkan dan meredhaiku.
Dalam keadaan yang tidak begitu mampu ini, aku mohon dengan sangat agar Engkau memampukanku.
No comments:
Post a Comment