Saturday, April 30, 2011

Sistem Sapaan 'Yang Berhormat' dan 'Yang Berbahagia'

Apabila aku membaca Bab 5 (Sistem Sapaan: Aspek Panggilan Hormat) dalam buku 'Santun Berbahasa' tulisan Awang Sariyan, barulah aku sedar perbezaan antara YB dan YBhg. Berikut ialah tulisan beliau.

Panggilan hormat ialah bentuk sapaan atau rujukan kepada orang tertentu mengikut gelar dan jawatannya. Gelar yang dimiliki oleh seseorang berdasar pada anugerah darjah kebesaran yang diterimanya, baik di peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri. Jawatan yang disandang oleh seseorang pula adalah atas pelantikan kerajaan. Jadi orang yang bergelar boleh jadi sekali gus memegang jawatan tertentu, tetapi boleh jadi tanpa jawatan apa-apa dalam kerajaan.

Orang yang berjawatan, katakanlah ia menteri, maka sama ada ia bergelar atau tidak, ia dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat. Jika ia bergelar, misalnya gelar Dato', maka gelar itu tidak mempengaruhi panggilan hormat yang didasarkan pada jawatannya. Beliau tetap patut dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berhormat.

Bagi orang yang bergelar tetapi tidak memegang jawatan dalam kerajaan, maka panggilan hormat kepadanya berdasar pada gelar yang dimilikinya, sebagaimana yang ditetapkan oleh Bahagian Istiadat Jabatan Perdana Menteri. Sebagai contoh, orang yang bergelar Dato' tetapi tidak memegang jawatan kerajaan dirujuki atau disapa dengan panggilan hormat Yang Berbahagia.

Dalam membuat panggilan hormat kepada seseorang, kita perlu mengetahui gelar atau jawatan yang dimiliki oleh orang itu supaya panggilan itu bertepatan dengan gelar dan jawatan yang dimilikinya. Aspek ini termasukmdalam kesantunan berbahasa dan bahkan amat perlu dititikberatkan untuk memastikan bahawa sesuatu urusan dan majlis berlangsung dengan teratur dan rapi. Kesilapan menyatakan panggilan hormat akan mencacatkan majlis; dan kita, sama ada sebagai pengacara, pengerusi atau pemidato dianggap tidak santun dan tidak menghormati orang. Secara langsung, kita telah merosakkan satu sistem kemasyarakatan.

Pengetahuan ini berguna meskipun peperiksaan Bahasa Melayu Lisan sudah pun berlalu. :)

Sekadar meluahkan rindu di hati untuk seorang abang

Shahrin kukenali di ruang siber melalui MIRC pada tahun awal 2000an.

Sama ada tahun 2000 atau 2001.

Perkenalan dengan Shahrin bermula dengan 'chatting' yang mesra dan rancak.

Pada waktu itu, Shahrin sudah pun ber'matair' dengan seorang gadis madrasah.

Namun, takdir menentukan perjalanan cintanya dengan si gadis madrasah itu berkecai di tengah jalan apabila si gadis berubah hati setelah beberapa tahun ber'matair'.

Sejak itu, perjalanan cinta seorang Shahrin semakin dicabar, tercabar dan mencabar.

Dalam entri kali ini, bukan perjalanan cinta Shahrin yang penuh onak duri itu yang ingin aku coretkan tetapi sekadar meluahkan rindu di hati terhadap sentuhan jiwa seorang abang terhadap adiknya iaitu aku.

Shahrin yang aku kenali sejak awal tahun 2000an merupakan seorang lelaki berwatak 'abang' yang aku sayangi dan hargai.

Meskipun kami tidak mempunyai pertalian darah 'abang-adik', namun dia adalah tempat aku mengadu dan merujuk.

Banyak rahsia hidup yang kami kongsikan bersama.

Shahrin pada pandanganku ialah....

Seorang anak yang bertanggungjawab dan prihatin terutama sekali terhadap arwah ibunya.

Seorang lelaki yang penyabar dan lembut hati.

Seorang abang yang pelindung dan memahami.

Seorang teman yang tenang dan sedia menolong.

Seorang petugas yang pintar dan cekap.

Betapa aku kagum dengan sifatnya yang sentiasa sedia menolong apabila aku dan rakan-rakannya yang lain memerlukan bantuannya terutama sekali apabila aku ada masalah dengan komputer.

Dia ternyata berkebolehan dalam bidang komputer!

Dia amat memahami selok-belok perkakasan dan perisian komputer kerana bidang itulah yang diceburinya dalam mencapai segulung ijazah sehingga aku selalu merujuk kepadanya. (Shahrin's helpline. Hehehe.)

Alhamdulillah, Shahrin berjaya dalam kerjayanya!

Apabila situasi memerlukan dia mendengar akan segala keluh-kesah dan kegusaran di hatiku apabila aku ditimpa masalah, sifatnya yang memahami dan mendengar dengan penuh sabar amat menyentuh hati.

Betapa aku hargai dan rindui.... sebenarnya.

Dia kemudian akan memberi pandangan dan bimbingannya daripada kaca mata seorang abang yang tenang, matang, rasional, memahami dan pelindung.

Dia tidak suka menghukum orang lain melainkan memberi petunjuk kepadaku agar tidak terdorong dek emosi.

Maklumlah, kadang kala sebagai seorang wanita, emosi mengalahkan rasional.

Tutur katanya sentiasa dijaga dan atas dasar itu, dia kurang berterus terang akan kebenaran kerana terlalu ingin menjaga hati orang lain (kecuali apabila situasi sangat mencabar maruah dan emosinya).

Mengenali seorang abang seperti Shahrin menjadikan aku memahami bahawa seorang lelaki itu adakalanya tidak berterus terang kerana tidak mahu menyakiti hati sesiapa meskipun hatinya sendiri sedang sakit.

Alhamdulillah, setelah Shahrin bernikah dengan seorang bidadari yang telah merawat jiwanya yang luka parah setelah perjalanan cintanya begitu bersimpang-siur, Shahrin kini sungguh bahagia.

Aku bahagia dengan kebahagiaannya.

Siapa sangka anak muridnya sendiri yang pernah menaruh perasaan terhadapnya suatu masa dahulu akhirnya menjadi isterinya yang sah setelah Shahrin kecundang beberapa kali dalam percintaan. (Cinta roller coaster. Huhuhu.)

Situasi tidak mengizinkan kami berhubung buat masa ini tetapi aku percaya dan yakin, insyaAllah kami akan terhubung semula.

Coretan ini sekadar meluahkan rindu di hati ini terhadap seorang abang bernama Shahrin yang terserlah sifat pelindungnya dan jiwanya yang penyabar.

Moga hidupnya sekeluarga diberkahi, dilindungi dan dipimpin Allah sentiasa.

Pesannya kepadaku selalu sejak dahulu, "Adikku, sabar sampai mati ya."

Maksudnya, dalam menghadapi hidup ini hinggalah ke penghujungnya, aku perlu sentiasa bersabar.



Shahrin dan sang bidadarinya yang jelita pada April 2009. 

Rindu.

Tuesday, April 26, 2011

Kinesics (Body Movement)

Buku 'Communicating Effectively' tulisan Saundra Hybels merakamkan tentang kinetik iaitu pergerakan tubuh. Dalam penulisan beliau, istilah 'Kinesics' dan 'Body Movement' telah digunakan. Penulisan beliau dapat dirujuk dalam muka surat 139-141.


Body Movement also called kinesics, is responsible for a lot of nonverbal communication. P. Ekman and W.V. Friesen, researchers on nonverbal communication, divide body movement into five categories:
emblems, illustrators, regulators, displays of feelings, and adaptors.

E: Emblems
I: Illustrators
R: Regulators
D: Displays of feelings
A: Adaptors  

Emblems are body movements that directly translate into words. The extended thumb of a hitchiker is an emblem that means "I want a ride." A circle made with the thumb and index finger can be translated into "OK." These emblems are known by most of the people in your society, and they are used to send a specific message. Emblems often cannot be carried from one culture to another. Shaking your head back and forth in southern India, for example, means "yes."

Emblems are often used when words are inappropriate. It would be impractical for a hitchhiker to stand on the side of the road and shout, "Please give me a ride!" Sometimes emblems can replace talk. You might cover your face with your hands if you are embarrassed, and you hold your fingers to show how many of something you want. Subgroups in a society often use emblems that members of the group understand by whose meanings are intentionally kept from outsiders - the secret handshake of a fraternity is an example.

Illustrators

Regulators control the back-and-forth flow of speaking and listening. They are made of hand gestures, shifts in posture, and other body movements that signal the beginning and end of interactions. At a very simple level, a teacher uses a regulator when he points to the person he wants to speak next. On a more subtle level, someone might turn away slightly when you are talking, perhaps indicating "I don't like what I'm hearing" or "I don't want to continue this conversation."

Displays of feelings show, through facial expressions and body movements, how intensely a person is feeling. If you walk into a professor's office and the professor says, "I can see you are really feeling upset," he or she is responding to nonverbal cues you are giving about your feelings. You could also come in with a body posture indicating "I'm really going to argue about this grade"- with your clenched hands or stiff body position showing that you ready for a confrontation.

Adaptors are nonverbal ways of adjusting to a communication situation. Because people use such a wide variety of adaptors, and because they are so specific to each person's own needs and the individual communication situation, they are difficult to classify or even to describe generally. People often use adaptors when they are nervous or uncomfortable in a situation. You might play with jewelry, drum on the table, or move around a lot in your seat. Each of these behaviours is an adaptor - a way of helping you cope with the situation. We all use adaptors, but we are generally not aware of them unless someone points them out.

Monday, April 25, 2011

Doa Belajar


Moga hati kami dikurniai keikhlasan dalam mencari ilmu pengetahuan yang ternyata milikMu.

Saturday, April 23, 2011

Pengelasan Bahasa Melayu Mengikut Neka

Teks ini diperolehi daripada buku 'Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan' yang ditulis oleh Abdullah Hassan dan Ainon Mohd.

Pengelasan bahasa Melayu mengikut neka ialah seperti berikut:
1. Kegunaan rasmi (formal)
2. Kegunaan tidak rasmi (tidak formal)

1. Kegunaan rasmi
(a) Neka baku
(b) Neka istana

2. Kegunaan tidak rasmi
(a) Neka dialek tempatan
(b) Neka basahan
(c) Neka sopan
(d) Neka mesra
(e) Neka remaja
(f) Neka manja
(g) Neka kasar
(h) Neka pasar

1a) Neka baku:

Neka ini disebut juga bahasa sekolah atau bahasa buku atau bahasa standard. Neka baku digunakan dalam keadaan rasmi. Inilah neka yang digunakan di radio, televisyen, parlimen, mahkamah, sekolah dan lain-lain tempat yang menjalankan aktiviti rasmi.

Neka baku ditandai oleh ciri-ciri berikut:
Nahu yang betul
Penambahan yang lengkap
Pemilihan perkataan rasmi

Semua komunikasi rasmi hendaklah menggunakan neka baku. Penulisan buku, surat, memo, laporan dan minit mesyuarat hendaklah dalam neka baku. Begitu juga ucapan rasmi hendaklah dalam neka baku.

Neka baku ialah jenis bahasa yang dipelajari melalui proses persekolahan. Ia tidak mempunyai penutur asli. Ertinya, tidak ada penutur yang menuturkan neka baku sebagai bahasa ibunda. Neka baku tidak digunakan di rumah. Sebagai contoh, seorang suami tidak akan menuturkan ayat "Pukul berapa ibu mentua saya akan sampai?" dan "Adakah beliau akan ditemani oleh suaminya?" apabila bercakap kepada isterinya atau anak-anaknya di rumah. Ayat-ayat contoh di atas tadi menunjukkan terdapatnya ketiga-tiga ciri neka baku, iaitu nahu yang betul, penambahan yang lengkap dan penggunaan perkataan rasmi seperti 'beliau'.


1b) Neka istana:

Neka istana ialah jenis bahasa yang digunakan dalam istana, atau oleh kerabat diraja dalam acara rasmi. Di luar istana, seorang sultan akan menggunakan neka istana di dalam acara rasmi seperti pembukaan sesi parlimen, masjid dan yang seumpamanya.

Seorang kerabat diraja apabila bercakap dengan rakyat, boleh memilih sama ada mahu menggunakan neka istana atau tidak. Sebagai contoh seorang anak sultan boleh menggunakan 'beta' atau 'saya' atau 'awak' apabila bercakap dengan rakyat. Walau bagaimanapun, seorang rakyat tidak mempunyai pilihan itu. Dia dikehendaki menggunakan neka istana 'tuanku' dan 'patik' melainkan apabila diminta oleh kerabat diraja itu sendiri supaya tidak menggunakan neka istana untuk bercakap dengan beliau.

Di dalam perkembangan terbaru sekarang, sudah menjadi kelaziman di kalangan kerabat diraja dan sultan Melayu menggunakan bentuk neka baku 'saya' apabila bercakap dalam majlis rasmi urusan dengan rakyat, iaitu tidak menggunakan neka istana 'beta'. Sebagai contoh ialah sewaktu sultan Melayu menyampaikan perasmian majlis yang diadakan oleh rakyat seperti perasmian kilang, rumah anak yatim, muzium dan seumpamanya.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Bahasa Melayu Untuk Maktab Perguruan. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.

Tuesday, April 19, 2011

'12 tahun yang lalu' dan '12 tahun sudah berlalu'



Aku temui nota kecil ini yang dikokotkan pada muka surat pertama dalam sebuah buku nota berwarna biru.

Sungguh menarik kerana kata-kata yang tertulis itu bertarikh 18 April 1999 iaitu tepat 12 tahun yang lalu.

Kata-kata itu tertulis dalam bahasa Inggeris yang tidak sempurna.
'18 April 1999
I came out with the
decision to quit skul.
I believe it was
final.
Thinking about how
far I struggled,
how I struggle to
struggle, make me
regret of quitting
but... perhaps
for the benefit of
everyone, I
should quit!'

Alahai, bahasa Inggeris yang tidak sempurna...

Namun begitu, isi tulisan ini mengingatkan aku kepada kegagalan hidup dalam pelajaran yang pernah aku tempuhi.

Aku bersyukur kerana kegagalan itu banyak memberi pengajaran... sebenarnya.

Tidak pernah aku sangka aku akan temui semula nota yang pernah aku tulis pada 18 April 1999.... pada hari ini yang kebetulan bertarikh 18 April 2011.

12 tahun sudah berlalu.

Sunday, April 3, 2011

Deklamasi Sajak: Perempuan-Perempuan Itu

Aku dan Adik Unaizah telah menyertai sebuah pertandingan mendeklamasi puisi yang telah dianjurkan oleh rakan-rakan seperjuangan tahun dua pada 31 Mac 2010, Khamis lalu.

Sebenarnya, Rashid Hussin yang telah mencadangkan aku meramaikan peserta kerana pada waktu itu mereka hanya mempunyai tujuh orang peserta sahaja.

Pada waktu itu, aku terpaksa menolak cadangan itu kerana terlalu memikirkan tentang Pemasaran Produk Seni iaitu gerai yang perlu Cenderawasih kendalikan sepanjang minggu Festival Akademi Pengajian Melayu.

Sebenarnya, ada hati juga tetapi daya upayaku nampaknya tidak mengizinkan aku ke arah itu.

Namun setelah melihat kesungguhan Abu Bakar selalu mengiklankan tentang pertandingan ini dan usaha Hafiz memperkatakan tentang pertandingan ini selaku pengarah pertandingan ini, hmmmm.... aku terfikir mengapa tidak aku menyertainya....

Sekadar memilih sekuntum puisi dan baca, kemudian hayati dan akhirnya menyampaikannya.

Meskipun ada perasaan malu, boleh diatasi dengan mencadangkan peserta lain untuk bergandingan dengan aku.

Alhamdulillah, risikanku kepada Unaizah diterima.

Lantas, kami berdua akan menyertai pertandingan itu bersama.

Aku mencari puisi yang ada melalui majalah-majalah milik Khairiyyah untuk menepati tema pertandingan iaitu 'Isu Semasa' namun.... jiwa sukar menghayati meskipun ada puisi yang bagus sekali.

Akhirnya, aku berkeputusan memilih puisi yang pernah aku hasilkan beberapa tahun dahulu dan pernah diterbitkan dalam Berita Harian.

Tajuk puisi itu ialah 'PEREMPUAN-PEREMPUAN DAN MASYARAKATNYA'.

Alhamdulillah, adikku Ismail sudi membantu mencari puisi itu dan bakal adik iparku pula telah membantu menaip dan mengemelkan puisi itu kepadaku.

Setelah puisi itu aku perolehi, aku berkeputusan mengolah semula puisi itu agar lebih ringkas.

Daripada 7 stanza kepada 5 stanza sahaja.

Setiap stanza, 12 baris.

Aku ringkaskan kepada 10 baris sahaja setiap stanza.

Bahkan, tajuk puisi itu aku ringkaskan kepada 'PEREMPUAN-PEREMPUAN ITU.'


Perempuan-Perempuan Itu
  
Inilah seorang perempuan
Yang kasihnya terhadap lelaki
Melebihi kasih diri sendiri
Tak kenal kasih Ilahi
Cintanya bergejolak separuh mati
Hingga tergadai mahkota suci
Hidup bak menelan bara api
Namun masih belum sedari
Begitulah pabila nafsu dituhankan
Begitulah pabila cinta insan diagungkan

Inilah juga seorang perempuan
Yang telah buta mata hati
Jiwa kasih sayang tak lagi bersemadi
Hingga tergamak bayi sendiri dianiayai
Terus-terusan dosa diperlakukan
Mata hati tak lagi melihat kebenaran
Hilang sudah perikemanusiaan
Hari ini anak itu digugurkan
Esok bermandi lagi dalam kemaksiatan
Tidak sepicing pun dibisik sesalan

Inilah lagi seorang perempuan
Dibelasah kecelaruan kekeliruan
Jiwanya cukup tertekan
Dalam keterpaksaan menghumbankan bayi di taman
Sedangkan di jiwa tiada kerelaan
Kerana sejak dalam rahimnya, bayi itu kian dikasihi
Perkongsian nadi telah mengusik naluri menyentuh sanubari
Namun bagaimana bisa hadapi
Cemuh hina dihunjam ibu ayah keluarga sendiri
Lantas dosa ditutupi dengan dosa lagi

Inilah seterusnya seorang perempuan
Yang hilang sudah tempat pergantungan
Kerana lelaki yang dicintai
Entah di mana menghilangkan diri
Seorang diri menanggung rugi
Seorang diri menahan sakit di hati
Lantas dalam sempitnya kesempatan
Dalam kemelutnya kekalutan
Dibuang bayi itu dengan usungan tangisan terkilan
Jiwa dipanah sejuta sesalan

Sejelek-jelek keaiban keterlanjuran
Antara mereka ada yang ditengkujuhi sesalan
Mungkin sepanjang zaman
Lemas dalam kekalutan, kebingungan, kecelaruan
Masyarakatku, hulurkan tangan kalian
Usah biarkan mereka hanyut dek arus kemaksiatan
Genggam tangan mereka usah lepaskan
Selinapkanlah keyakinan agar harapan bisa ditautkan
Pimpinlah perempuan-perempuan itu menyusuri jalan taubat
Tetapi hakikatnya, wujud lagikah masyarakat penyayang?