Sebenarnya, Rashid Hussin yang telah mencadangkan aku meramaikan peserta kerana pada waktu itu mereka hanya mempunyai tujuh orang peserta sahaja.
Pada waktu itu, aku terpaksa menolak cadangan itu kerana terlalu memikirkan tentang Pemasaran Produk Seni iaitu gerai yang perlu Cenderawasih kendalikan sepanjang minggu Festival Akademi Pengajian Melayu.
Sebenarnya, ada hati juga tetapi daya upayaku nampaknya tidak mengizinkan aku ke arah itu.
Namun setelah melihat kesungguhan Abu Bakar selalu mengiklankan tentang pertandingan ini dan usaha Hafiz memperkatakan tentang pertandingan ini selaku pengarah pertandingan ini, hmmmm.... aku terfikir mengapa tidak aku menyertainya....
Sekadar memilih sekuntum puisi dan baca, kemudian hayati dan akhirnya menyampaikannya.
Meskipun ada perasaan malu, boleh diatasi dengan mencadangkan peserta lain untuk bergandingan dengan aku.
Alhamdulillah, risikanku kepada Unaizah diterima.
Lantas, kami berdua akan menyertai pertandingan itu bersama.
Aku mencari puisi yang ada melalui majalah-majalah milik Khairiyyah untuk menepati tema pertandingan iaitu 'Isu Semasa' namun.... jiwa sukar menghayati meskipun ada puisi yang bagus sekali.
Akhirnya, aku berkeputusan memilih puisi yang pernah aku hasilkan beberapa tahun dahulu dan pernah diterbitkan dalam Berita Harian.
Tajuk puisi itu ialah 'PEREMPUAN-PEREMPUAN DAN MASYARAKATNYA'.
Alhamdulillah, adikku Ismail sudi membantu mencari puisi itu dan bakal adik iparku pula telah membantu menaip dan mengemelkan puisi itu kepadaku.
Setelah puisi itu aku perolehi, aku berkeputusan mengolah semula puisi itu agar lebih ringkas.
Daripada 7 stanza kepada 5 stanza sahaja.
Setiap stanza, 12 baris.
Aku ringkaskan kepada 10 baris sahaja setiap stanza.
Bahkan, tajuk puisi itu aku ringkaskan kepada 'PEREMPUAN-PEREMPUAN ITU.'
Perempuan-Perempuan Itu
Inilah seorang perempuan
Yang kasihnya terhadap lelaki
Melebihi kasih diri sendiri
Tak kenal kasih Ilahi
Cintanya bergejolak separuh mati
Hingga tergadai mahkota suci
Hidup bak menelan bara api
Inilah seorang perempuan
Yang kasihnya terhadap lelaki
Melebihi kasih diri sendiri
Tak kenal kasih Ilahi
Cintanya bergejolak separuh mati
Hingga tergadai mahkota suci
Hidup bak menelan bara api
Namun masih belum sedari
Begitulah pabila nafsu dituhankan
Begitulah pabila cinta insan diagungkan
Begitulah pabila cinta insan diagungkan
Inilah juga seorang perempuan
Yang telah buta mata hati
Jiwa kasih sayang tak lagi bersemadi
Hingga tergamak bayi sendiri dianiayai
Terus-terusan dosa diperlakukan
Mata hati tak lagi melihat kebenaran
Hilang sudah perikemanusiaan
Hari ini anak itu digugurkan
Esok bermandi lagi dalam kemaksiatan
Tidak sepicing pun dibisik sesalan
Yang telah buta mata hati
Jiwa kasih sayang tak lagi bersemadi
Hingga tergamak bayi sendiri dianiayai
Terus-terusan dosa diperlakukan
Mata hati tak lagi melihat kebenaran
Hilang sudah perikemanusiaan
Hari ini anak itu digugurkan
Esok bermandi lagi dalam kemaksiatan
Tidak sepicing pun dibisik sesalan
Inilah lagi seorang perempuan
Dibelasah kecelaruan kekeliruan
Jiwanya cukup tertekan
Dalam keterpaksaan menghumbankan bayi di taman
Sedangkan di jiwa tiada kerelaan
Kerana sejak dalam rahimnya, bayi itu kian dikasihi
Perkongsian nadi telah mengusik naluri menyentuh sanubari
Namun bagaimana bisa hadapi
Cemuh hina dihunjam ibu ayah keluarga sendiri
Lantas dosa ditutupi dengan dosa lagi
Namun bagaimana bisa hadapi
Cemuh hina dihunjam ibu ayah keluarga sendiri
Lantas dosa ditutupi dengan dosa lagi
Inilah seterusnya seorang perempuan
Yang hilang sudah tempat pergantungan
Kerana lelaki yang dicintai
Entah di mana menghilangkan diri
Seorang diri menanggung rugi
Yang hilang sudah tempat pergantungan
Kerana lelaki yang dicintai
Entah di mana menghilangkan diri
Seorang diri menanggung rugi
Seorang diri menahan sakit di hati
Lantas dalam sempitnya kesempatan
Dalam kemelutnya kekalutan
Dibuang bayi itu dengan usungan tangisan terkilan
Jiwa dipanah sejuta sesalan
Dalam kemelutnya kekalutan
Dibuang bayi itu dengan usungan tangisan terkilan
Jiwa dipanah sejuta sesalan
Sejelek-jelek keaiban keterlanjuran
Antara mereka ada yang ditengkujuhi sesalan
Mungkin sepanjang zaman
Lemas dalam kekalutan, kebingungan, kecelaruan
Masyarakatku, hulurkan tangan kalian
Usah biarkan mereka hanyut dek arus kemaksiatan
Genggam tangan mereka usah lepaskan
Selinapkanlah keyakinan agar harapan bisa ditautkan
Pimpinlah perempuan-perempuan itu menyusuri jalan taubat
Tetapi hakikatnya, wujud lagikah masyarakat penyayang?
No comments:
Post a Comment