Suasana hujan bersama bayu yang berpuput lembut pada tengah malam ini menjentik rasa.
Baju kurung pesak berwarna merah jambu dan pic ini semakin membangkitkan rasa.
Rasa pilu.
Aku tahu, aku faham dan aku yakin bahawa segalanya bersifat seketika dan sementara.
Keberadaanku di sini iaitu di Malaysia, khususnya Kuala Lumpur sebagai seorang mahasiswi di Universiti Malaysia, khususnya Akademi Pengajian Melayu akan berakhir.
Minggu ketiga pembelajaran dalam semester kelima sedang aku susuri.
Rasa pilu.
Aku tahu, aku faham dan aku yakin bahawa segalanya bersifat seketika dan sementara.
Sama ada aku menghitung hari atau tidak, waktu akan tetap dan terus berlalu.
Perpisahan akan berkunjung tiba untuk menjemputku pulang ke Singapura.
Perpisahan juga boleh berlaku dalam bentuk yang lain iaitu kepulanganku kepadaNya.
Rasa pilu.
No comments:
Post a Comment