Semalam (6 September) aku telah menerima emel daripada pihak pengurusan gaji sebagai kepastian untuk diriku bahawa aku akan memperolehi kenaikan gaji bermula pada bulan ini dengan jumlah yang telah ditentukan.
Alhamdulillah.
Gajiku dinaikkan lebih daripada yang kujangkakan.
Alhamdulillah.
Kenaikan gaji ini telah diumumkan oleh pihak kementerian sempena hari guru bagi mengapresiasi usaha guru-guru seluruh Singapura.
Alhamdulillah.
Dalam keadaanku sekarang yang mengalami kesempitan kewangan, kenaikan gaji ini tentulah tiba pada waktu yang sangat tepat.
Alhamdulillah.
Sekurang-kurangnya, dapatlah kenaikan gaji ini membantu aku sedikit sebanyak.
Alhamdulillah.
Tuhan yang Maha Kaya dan Maha Pemurah telah mempermudahkan urusanku.
Alhamdulillah.
Kini, aku menantikan pula kenaikan gaji berdasarkan ijazah sarjana mudaku.
InsyaAllah.
Akan kuterima skrol itu pada 3 Oktober 2012 dalam majlis konvokesyen.
InsyaAllah.
Manakala transkrip yang diutamakan itu pula akan menyusul setelah aku mengembalikan 'academic attire' majlis konvokesyen itu.
InsyaAllah.
Wahai Tuhan yang Maha Mengasihani, permudahkanlah segala urusan hidupku.
Wahai Tuhan yang Maha Kaya, permudahkanlah rezekiku berserta rahmat dan berkat.
Wahai Tuhan yang Maha Pemurah, permudahkanlah jiwaku dalam mengurus rezeki milikMu dengan kelapangan hati.
No comments:
Post a Comment