ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Saturday, January 21, 2012
Sedang bertahan
Sambil dilatari lagu 'Padamu Ku Bersujud' yang dimainkan daripada Youtube, aku sedang bertahan menghadapi kebingungan.
Thursday, January 19, 2012
Hilang
Esok merupakan hari peperiksaan yang terakhir sedangkan semalam merupakan peperiksaan yang kelima.
Esok merupakan hari peperiksaan bagi modul Wacana Bahasa Melayu manakala semalam merupakan peperiksaan bagi modul Semantik Bahasa Melayu.
Meskipun kedua-dua modul ini aku minati dan kedua-dua modul bukanlah 'killer paper' bagiku, aku hilang fokus untuk menghadapi hari esok dan aku hilang harapan untuk mendapatkan sekurang-kurang B+ untuk kertas peperiksaan yang telah aku jawab semalam.
Hilang fokus.
Hilang semangat.
Hilang harapan.
Petang tadi pada jam 6.48 petang, Khaidir mengirimkan pesanan ringkas (sms).
Pesanan ringkas itu adalah berita gembira yang wajib aku syukuri dengan sepenuh hati.
'Tahniah..akak dpt A-.'
Begitulah pesanan ringkas bagi memaklumkanku sekaligus mengucapkan tahniah kepadaku tentang keputusan 'killer paper'ku iaitu Kesenian Suku Kaum di Sabah dan Sarawak.
Keputusan ini di luar jangkaan.
Keputusan ini menggembirakan.
Keputusan ini aku syukuri.
Terima kasih Tuhan.
Sedangkan aku mengalami ketidakstabilan emosi sebelum dan sesudah menduduki peperiksaan bagi modul yang aku pilih dengan tidak seikhlas hati ini.
Modul yang aku sedar aku tidak beri sepenuh perhatian, tidak sepenuh komitmen, tidak sepenuh kesungguhan.
14 minggu berlalu begitu sahaja tanpa sepenuh perhatian, tanpa sepenuh komitmen, tanpa sepenuh kesungguhan.
Alhamdulillah, dengan berkat bantuan dan perkongsian Ahmad Fouad dan Hidayatul Hajar semasa kami belajar bersama di Kolej 10, aku lebih yakin untuk menghadapi peperiksaan.
Mereka berdua banyak membantu.
Mereka berdua banyak berkongsi.
Aku mengalami kestabilan emosi apabila belajar bersama mereka.
Ketidakstabilan emosi berlaku lagi apabila soalan wajib yang dikemukakan dalam kertas peperiksaan memintaku menjawab soalan tentang corak dan motif.
Astaghfirullah.
Aku lebih banyak membaca dan menghafal tentang tembikar dan buluh.
Bukan aku tidak baca dan tidak hafal tentang corak dan motif tetapi aku tidak mempunyai salinan nota yang dibekalkan oleh Encik Nazzri.
Lantas, nota-nota kumpulan lain dalam kelas kami dan sebuah buku yang kupinjam dari Perpustakaan Utama itu sahajalah yang menjadi sandaranku untuk menjawab soalan wajib yang sukar itu.
Ketidakstabilan emosi itu menjejas diriku sehingga aku tidur sepanjang hari untuk merawati emosi yang bimbang, cemas, resah dan tertekan.
Begitulah aku apabila berhadapan dengan kehampaan atau kekecewaan.
Tidur sepanjang hari.
Alhamdulillah, Tuhan izinkan aku memperolehi A- sedangkan usahaku tidak seperti itu.
Sejujurnya, aku bimbang dan resah andai Tuhan menterbalikkan kegembiraan yang bersifat sementara ini dengan berita yang menyedihkan pula bagi modul lain kerana aku tidak layak untuk mendapat A- untuk modul Kesenian Suku Kaum di Sabah dan Sarawak.
Hanya Tuhan yang tahu.
Pada waktu ini, aku hilang fokus untuk menghadapi peperiksaan bagi modul Wacana dan hilang harapan untuk memperolehi B+ dalam peperiksaan bagi modul Semantik.
Ya Allah.
Kertas peperiksaan Semantik terbahagi kepada soalan wajib dan soalan pilihan.
Soalan wajib yang dikemukakan langsung tidak aku jangka, dan tentunya aku tidak membaca atau menghafal tentang perkara itu semasa ulangkaji.
Lantas jawapanku adalah berdasarkan pengetahuan sedia ada.
Sebenarnya, soalan wajib itu tidak sesukar mana pun namun aku tidak menyangka dan menjangka soalan seperti itu yang akan dikemukakan.
Aku menjangkakan soalan 'Mengapa belajar Semantik?' atau barangkali soalan tentang Semantik Leksikal iaitu Semantik pada aras kata.
Realitinya, soalan wajib meminta huraian ringkas tentang keempat-empat komponen bahasa dan penerangan tentang ayat Chomsky (1957).
Pasrah.
Alhamdulillah, soalan pilihan tentang ciri Sinonim pada pandangan F.R. Palmer dan Semantik Behaviorisme dapat aku jawab.
Namun jawapan yang aku kemukakan bukanlah yang terbaik atau cemerlang.
Sekadarnya sahaja.
Semoga aku dihindarkan daripada B, B- dan yang kurang daripada itu.
Kasihanilah aku ya Allah.
Modul Semantik aku pilih atas dasar kehendak dan keperluan.
Sedangkan modul Kesenian Suku Kaum di Sabah dan Sarawak pula aku pilih tanpa niat dan minat.
Aku bimbang dan resah andai Tuhan mentakdirkan keputusan yang menghampakan dan mengecewakan untuk modul Semantik Bahasa Melayu.
Ya Allah.
Betapa usaha kami hanyalah untuk mendatangkan sebab.
Kami hanya berusaha untuk menepati hukum alam.
Sedangkan Kau berkuasa menggagalkan usaha apa pun.
Sesungguhnya Kau berkuasa mengatasi segala-galanya.
Ya Allah.
Cemas, bimbang, resah.
Kasihanilah aku.

Tuesday, January 17, 2012
Bidadari dari syurga
Bidadari dari syurga yang kukagumi tetapi tidak pernah bersua muka dengan mereka ialah Siti Hajar, ibu Nabi Ismail dan Siti Maryam, ibu Nabi Isa.
Mereka berdua telah melalui perjalanan hidup yang penuh dengan ujian dan cabaran yang menduga kesabaran dan ketahanan jiwa mereka.
Betapa aku mengkagumi Siti Hajar dan Siti Maryam yang kupasti melinangkan air mata kepiluan kerana sudah tentunya nurani kewanitaan mereka cukup teruji dan tercabar dengan ketentuan Ilahi.
Bayangkan ditinggalkan suami di tanah gersang bersama seorang anak yang masih kecil.
Hatinya tetap tabah dan yakin.
Itulah wanita Siti Hajar.
(Air mata sedang bergenang pada waktu aku menaip pos ini.)
Bayangkan dirinya hamil sedangkan dia tidak pernah disentuh sesiapa pun.
Hatinya tetap tabah dan berserah.
Itulah wanita Siti Maryam.
Bidadari dari syurga yang kukagumi kerana kecantikannya yang terserlah dan kebaikannya yang indah ialah seseorang yang seakademi denganku.
Gadis ini kukenali sejak aku terpandang dan melihat dia pada Semester 1.
Paras rupa dan penampilannya menarik perhatianku dan menawan hatiku meskipun kami tidak pernah berbicara.
Pernah aku ukirkan senyuman kepadanya beberapa kali tetapi senyumanku itu tidak berbalas maka harapanku hambar.
Kami hanya mula berbicara pada Semester 4 apabila beliau memesan beberapa siri majalah Solusi daripada syarikatku iaitu Cenderawasih.
Pernah aku mulakan bicara dengannya di Dewan Semarak tetapi nampaknya, interaksi itu tidak semarak.
Hanyalah pada semester ini iaitu Semester 5, komunikasi antara kami lebih kerap kerana kami sekolej.
Kekerapan bertukar menjadi keakraban bersebabkan pertemuan demi pertemuan di Aras 2.
Melalui perbincangan dan perkongsian kami, kusedar dan kuterasa betapa rupa-rupanya, hati budinya seindah paras rupa dan penampilannya meskipun sebelum ini aku bertanggapan bahawa dirinya sukar didekati.
Gadis ini seorang wanita seanggun bidadari kerana dia tidak riak dan tidak sombong dengan kejelitaannya.
Gadis ini tetap merendah hati apabila dipuji.
Gadis ini tetap berikhlas hati apabila diuji.
Mahmudah dirinya menyedarkanku tentang mazmumah diriku.
Penyejuk mata, penawar hati dan pendamai jiwa.
Betapa aku mengaguminya.
Betapa aku menyayanginya.
Aku berharap kasih sayang kami dinaungiNya sampai bila-bila.
Gadis itu tidak lain dan tidak bukan... Siti Munirah Bte Hasshim.

Friday, January 13, 2012
Bisikan Pembuka Rahsia Jiwa
Alhamdulillah.
Semalam merupakan hari peperiksaan yang keempat bagiku.
Kesantunan Bahasa Melayu.
Keenam-enam soalan telah kujawab meskipun masa tidak mengizinkan aku memberi jawapan yang baik untuk soalan ketiga yang bertanyakan tentang model Islam.
Model Sanat dan model Noriati tidak berpeluang aku menyentuhnya sebagai jawapan dalam soalan ketiga.
Hanya satu dalil sahaja yang sempat aku kemukakan iaitu dalil dari surah Taha, ayat 44.
Boleh dikatakan bahawa ramalanku tidak tepat kali ini memandangkan Dr Ibrahim bertanyakan tentang peraturan linguistik dan peraturan pragmatik untuk soalan pertama sedangkan aku meramalkan bahawa keenam-enam frasa yang berkaitan dengan kesantunan iaitu budi bahasa, budi pekerti, sopan santun, adab tertib, etika dan etiket akan disoal.
Manakala, model Asmah yang aku pelajari dan telaah hingga aku faham dan suka tidak pula disoal.
Buku penulis Asmah Haji Omar yang bertajuk Wacana Perbincangan, Perbahasan dan Perundingan sangat bermanfaat.
Nikmat kurasa apabila dapat memahami model Asmah tentang kesantunan asas dan kesantunan berkendala yang dijelaskan dengan terperinci pada halaman 90 hingga halaman 109, di samping penerangan lain seperti strategi komunikasi dan penonjolan kesopanan.
Alhamdulillah.
Aku berterima kasih kepada Adik Unaizah yang meminjamkan buku ini untuk aku kerana pada waktu itu, aku berada di kolej dan dia berada di perpustakaan.
Oleh sebab aku malas ke perpustakaan, aku hanya memesan buku ini daripadanya.
Terima kasih Adik Unaizah.
Berbalik kepada kertas peperiksaan, soalan ketiga berfokuskan model Islam yang tidak begitu menjadi perhatianku sedangkan model Asmah yang menjadi perhatian dan kesukaanku.
Aku hanya mampu memberi jawapan yang termampu dalam waktu yang terbatas.
Jika tidak silap, 15 minit terakhirku.
Selepas peperiksaan berakhir, aku menemani Adik Unaizah ke ISC dan menerusi Adik Unaizah, aku berkenalan dengan Nur Fathi iaitu seorang pelajar Singapura daripada API.
Setelah urusan mereka terlaksana, kami ke Mid Valley untuk makan tengah hari.
Secret Recipe menjadi kunjungan kami bertiga.
Kemudian, kami ke MPH.
Aku telah membeli dua buah buku yang bertajuk 'Bisikan Pembuka Rahsia Jiwa'.
Aku tertarik dengan buku itu apabila membaca beberapa ayat-ayat yang tertulis dalam buku tersebut.
Ayat-ayat yang menikam sukma dan memanah sanubari.
Muka kulit belakang buku itu terdiri daripada warna yang aku sukai iaitu ungu.
Ayat-ayat yang terpapar di muka kulit belakang pula sungguh indah.
'Ya Allah, jadikanlah mata hatiku dapat memandang cinta dan kurniaanMu setiap masa. Jadikanlah diriku dapat membalas cintaMu setiap saat. Jadikanlah diriku sentiasa faqir kepadaMu dalam setiap langkahku. Jadikanlah diriku tiada berpaling ke belakang dalam mencapai cinta sejati. Pada ar-RahmanMu, aku hilangkan bayang segala yang terdinding.'
Indah bahasa yang diolah, bukan sekadar pada muka kulit belakang tetapi dalam buku itu juga.
Meskipun aku tidak begitu tertarik dengan muka kulit hadapan yang tidak menarik, kandungan buku ini telah pun menarik hatiku.
Kekurangan pada buku ini adalah ketiadaan halaman kandungan.
Buku ini ditulis oleh Ibrahim Asy-Syathari atau nama sebenarnya Ibrahim Mohamad.
Bukan Dr Ibrahim pensyarah kesayanganku yang mengajar Kesantunan Bahasa Melayu.
Buku ini kecil dan tipis.
Perkara ini yang menjadi faktor ketertarikanku.
Sebesar tapak tangan dengan kelima-lima jari agak direnggangkan.
103 halaman denagn 63 bab yang dihuraikan secara ringkas sahaja.
Faktor keringkasan itu lebih berkesan menurut pandanganku selagi intipati murni dapat disampaikan secara tuntas dengan bahasa yang jelas.
Sebenarnya, bahasa yang diolah penulis sungguh indah.
Buku bertajuk 'Bisikan Pembuka Rahsia Jiwa' ini cukup menarik dan aku cukup tertarik.
Alhamdulillah.
RM 12 sahaja.

Wednesday, January 11, 2012
Di bibir tidak terukir senyuman
Bismillahirrahmanirrahim.
Meskipun di bibirnya tidak terukir senyuman kerana aku pun cukup kenal akan dirinya yang zuhud, baju kurung cekak musang berwarna ungu itu adalah tanda kegembiraan di dalam jiwanya yang tidak terzahir melalui senyuman.
Meskipun di bibirku tidak terukir senyuman kerana aku pun serba tidak tahu apa dan bagaimana lagi yang perlu dan harus kufikirkan dan kurasakan pada ketika ini apabila terlihat gambar profilnya di ruang FB.
Aku gembira kerana dia gembira.
Aku bahagia kerana dia bahagia.
Aku sejahtera kerana dia sejahtera.
Pada waktu ini, aku berada di Aras 2.
Satu-satunya bilik yang menjadi tempat utama bagiku menelaah dan mengulang kaji pelajaran sempena peperiksaan semenjak Semester 3 yang lalu.
Aku pasti merindui bilik di Aras 2, Blok C, Kolej 11, Universiti Malaya ini suatu hari nanti.
Esok iaitu Rabu, 11 Januari 2012, aku akan menempuh hari peperiksaanku yang keempat, InsyaAllah.
Kesantunan Bahasa Melayu.
Kesemua yang perlu kubaca telah kubaca.
Sebentar lagi, perlu menelaah lagi agar segala yang telah dipelajari benar-benar dihadam sehingga faham.
InsyaAllah.
Pada minggu lalu iaitu Selasa, 3 Januari 2012, aku telah menduduki peperiksaan Asas Pembudayaan Keusahawanan.
Alhamdulillah.
Meskipun aku sudah kenal pasti beberapa soalan yang telah aku jawab salah, aku gembira dan puas hati kerana majoriti soalan yang telah aku jawab betul.
Harapanku agar beroleh A- untuk Asas Pembudayaan Keusahawanan yang merupakan peperiksaan pertama bagiku untuk semester ini.
Peperiksaaan kedua jatuh pada minggu yang sama sengan peperiksaan pertama iaitu pada Jumaat, 6 Januari 2012.
Bentuk Lakon Melayu Tradisi.
Alhamdulillah.
Bukan jawapan yang terbaik.
Bukan jawapan yang cemerlang.
Namun, itu sahaja yang mampu aku ingat dan aku tulis.
Minda kurang istirahat.
Atas sebab itu, minda tidak berfungsi dengan lancar.
Apa pun, telah aku laksanakan dengan kudratku yang maha lemah.
Alhamdulillah.
Pada minggu ini, peperiksaan ketigaku jatuh pada hari Isnin, 9 Januari 2012.
Kesenian Suku Kaum Di Sabah Dan Sarawak.
Soalan wajib tentang motif dan corak tidak mampu kujawab dengan baik.
MasyaAllah.
Soalan pilihan tentang tembikar mampu kujawab sekurang-kurangnya dengan fakta yang kuketahui dan yakini daripada sumber yang sahih.
Alhamdulillah.
Pasrah kerana modul ini telah kulalui sepanjang 14 minggu dengan kesukaran.
Pilihan modul ini adalah kerana aku perlu mencukupkan kredit sedangkan aku tidak berminat dan aku tidak berniat untuk mendalami modul ini.
Salah dan silap aku juga kerana tetap mengambil modul ini meskipun tanpa minat dan niat.
Sepanjang 14 minggu aku tempuh dan rempuh dengan tidak sepenuh hati.
Apabila hari peperiksaan untuk modul ini berlangsung, aku mengalami kesukaran.
Salah dan silapku sendiri.
Seharian semalam aku cuba menghadam realiti dan memahamkan diri agar menerima takdir ini dengan jiwa ikhlas dan hati terbuka.
Hingga aku tidur sepanjang hari hingga ke malam.
Aku sedar aku kecewa.
Aku sedar aku hampa.
Aku sedar mindaku amat penat.
Aku sedar mindaku perlu istirahat.
Memandangkan sepanjang minggu ulangkaji dan minggu peperiksaan ini, malam dan pagi aku bersengkang mata (meskipun pada minggu peperiksaan, tumpuan kuberi kepada klip videoku).
Di bibirku tidak terukir senyuman.

Tuesday, January 3, 2012
Penelope Brown dan Stephen Levinson
Langsung tidak masuk akal.
Itulah tanggapanku.
Model Brown dan Levinson dalam memperjelaskan prinsip kesantunan yang aku baca ternyata mengaburkan minda.
Lantas, aku lungsuri internet untuk mendapatkan maklumat yang diharap-harapkan dapat menjelaskan minda yang kekaburan.
Sesuatu yang menarik aku perolehi ialah nama penuh Brown dan Levinson iaitu Penelope Brown dan Stephen Levinson.
Brown dan Levinson telah membahagikan air muka kepada dua iaitu air muka positif (positive face) dan air muka negatif (negative face).
Secara ringkas, air muka positif merujuk kepada keinginan untuk dipandang mulia manakala air muka negatif merujuk kepada kemahuan untuk tidak dihalang tindakan.
Contoh menarik yang mudah difahami boleh diikuti dalam blog berikut
http://dhiah.com/jangan-drop-my-water-face-laa/
InsyaAllah, aku akan mencari maklumat lagi tentang Model Brown dan Levinson ini.
Mungkin malam nanti memandangkan aku harus bersiap sedia sekarang untuk menempuh dan merempuh peperiksaan APK yang akan berlangsung pada jam 8.30 pagi.
Sampai di sini sahaja.
Salam perkenalan kepada Penelope Brown dan Stephen Levinson. :)

Sunday, January 1, 2012
Rapuh
Ya Rasulullah.
Andai dikau ada bersama kami di kurun ini....
Aku pasti tidak akan punya kekuatan untuk berhadapan denganmu sedangkan jiwaku terlalu ingin bersua muka denganmu.
Betapa aku malu untuk berhadapan denganmu kerana masih belum melaksanakan perintah dan suruhanMu dengan sungguh-sungguh.
Namun aku sangat mendambakan kehadiranmu di sisi untuk mendengarkan keluhan dan luahan jiwa seorang hamba Allah yang telah hilang arah.
Al Quran iaitu ayat-ayat cinta daripada Pemilik Cinta kubaca namun aku sedar ya Rasulullah, aku belum berakhlak dan bersikap seperti yang diwahyukan.
As Sunnah iaitu cara hidupmu seperti yang telah kau contohkan untuk kami sebelum ini pun belum aku benar-benar menghayati apatah lagi melaksanakan.
Rapuhnya aku sebagai salah seorang umatmu.
Rapuhnya aku sebagai selah seorang hamba Allah.
Rapuh.
Ya Rasulullah, gentar hati ini andai engkau tidak menerimaku sebagai umat kerana aku masih berlalai-lalai dan mencuaikan bahkan mengabaikan banyak perkara yang dituntut.
Ya Allah, gerun hati ini andai Engkau membinasakan seluruh hidupku di alam fana ini apatah lagi di alam baqa nanti.
Ya Rasulullah yang pengasih dan penyayang, aku masih mengharapkan pimpinanmu terhadap hatiku yang telah sekian lama leka dan alpa.
Ya Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani, kasihanilah hambaMu yang ingin menjadi baik dan lebih baik tetapi selalu sahaja keliru dan celaru.
Betapa aku seorang umat dan hamba yang rapuh.
Lantas hanya kepadaMu Pencipta diriku dan Penentu hidupku, aku bermohon dan meminta.
Lantas kepadamu wahai pendidik dan penuntun umat seluruh alam dan sepanjang zaman, aku berharap dan mengharap.
Izinkan aku untuk menjadi baik dan lebih baik seperti yang diwahyukan dan seperti yang diseru.
Rapuh....

Subscribe to:
Posts (Atom)