Ya Rasulullah.
Andai dikau ada bersama kami di kurun ini....
Aku pasti tidak akan punya kekuatan untuk berhadapan denganmu sedangkan jiwaku terlalu ingin bersua muka denganmu.
Betapa aku malu untuk berhadapan denganmu kerana masih belum melaksanakan perintah dan suruhanMu dengan sungguh-sungguh.
Namun aku sangat mendambakan kehadiranmu di sisi untuk mendengarkan keluhan dan luahan jiwa seorang hamba Allah yang telah hilang arah.
Al Quran iaitu ayat-ayat cinta daripada Pemilik Cinta kubaca namun aku sedar ya Rasulullah, aku belum berakhlak dan bersikap seperti yang diwahyukan.
As Sunnah iaitu cara hidupmu seperti yang telah kau contohkan untuk kami sebelum ini pun belum aku benar-benar menghayati apatah lagi melaksanakan.
Rapuhnya aku sebagai salah seorang umatmu.
Rapuhnya aku sebagai selah seorang hamba Allah.
Rapuh.
Ya Rasulullah, gentar hati ini andai engkau tidak menerimaku sebagai umat kerana aku masih berlalai-lalai dan mencuaikan bahkan mengabaikan banyak perkara yang dituntut.
Ya Allah, gerun hati ini andai Engkau membinasakan seluruh hidupku di alam fana ini apatah lagi di alam baqa nanti.
Ya Rasulullah yang pengasih dan penyayang, aku masih mengharapkan pimpinanmu terhadap hatiku yang telah sekian lama leka dan alpa.
Ya Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Mengasihani, kasihanilah hambaMu yang ingin menjadi baik dan lebih baik tetapi selalu sahaja keliru dan celaru.
Betapa aku seorang umat dan hamba yang rapuh.
Lantas hanya kepadaMu Pencipta diriku dan Penentu hidupku, aku bermohon dan meminta.
Lantas kepadamu wahai pendidik dan penuntun umat seluruh alam dan sepanjang zaman, aku berharap dan mengharap.
Izinkan aku untuk menjadi baik dan lebih baik seperti yang diwahyukan dan seperti yang diseru.
Rapuh....
No comments:
Post a Comment