Ia adalah satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita tanggung di dunia, disoal di akhirat dan mesti dijawab di hadapan Allah s.w.t kelak.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Monday, October 15, 2012
Tanggung jawab
Apa maksud tanggung jawab?
Ia adalah satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita tanggung di dunia, disoal di akhirat dan mesti dijawab di hadapan Allah s.w.t kelak.
(Dipetik dari halaman 244 dalam buku Di Mana Dia Di Hatiku tulisan Pahrol Mohd Juoi)
Ia adalah satu beban, tugasan atau amanah yang mesti kita tanggung di dunia, disoal di akhirat dan mesti dijawab di hadapan Allah s.w.t kelak.
Aku jatuh cinta dengan K Pop
Aku telah jatuh cinta dengan genre muzik/tari K Pop.
Bukan cinta pandangan pertama tetapi cinta yang entah dari mana tiba-tiba menggila dalam jiwa.
Sebelum ini, apabila Khairiyyah, teman sebilikku yang meminati K Pop memperlihatkan klip video K Pop kepada aku, aku hanya menonton untuk memenuhi permintaannya.
Tanpa perasaan.
Sekarang ini, apabila Firda, anak muridku yang meminati K Pop memperlihatkan gambar artis K Pop kepada aku serta selalu membicarakan tentang K Pop di dalam kelas, aku hanya melayani dia seadanya agar dia tidak tersinggung.
Tanpa perasaan.
Tiba-tiba entah mengapa dan bagaimana, aku telah jatuh cinta dengan K Pop.
Dengan tidak semena-mena, aku telah jatuh cinta dengan K Pop.
Apabila Cikgu Janah menyatakan bahawa dalam budaya kita ada persembahan dikir barat dan boria untuk diperkenalkan kepada murid dan persembahan seperti ini perlu diperjuangkan, hatiku berbisik..... "Mana mungkin mereka minat dikir barat dan boria sedangkan K Pop lebih menarik hati."
Mungkin bisik hatiku tidak tepat kerana dikir barat dan boria perlu dikenali sebelum dicintai.
Namun, entah mengapa hatiku tertarik kepada K Pop.
Apatah lagi mengingatkan para pelajar lelaki yang hiper-hiper belaka dari kelas 2D.
Apakah mereka meminati dikir barat?
Mungkin.
Apakah mereka meminati boria?
Tidak mungkin.
Apakah mereka meminati K Pop.
Sudah tentu.
Walaupun aku belum pernah bertanya kepada mereka... para pelajar lelaki yang hiper-hiper belaka dari kelas 2D tentang pandangan mereka terhadap K Pop, aku sendiri telah jatuh cinta dengan K Pop.
Ingin kurakamkan gambar-gambar salah sebuah kumpulan artis K Pop perempuan dalam blog ini sedangkan semalam, aku telah mendengar salah satu syarahan Ustaz Azhar Idrus dalam Youtube yang menyatakan bahawa genre muzik/tari K Pop ini mengandungi banyak unsur haram.
Aku bersetuju dengan syarahan yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus.... namun, cinta telah membutakan mataku.
Oleh sebab aku sedar aku perlu menjaga imej blog aku ini, aku hanya memaparkan gambar artis perempuan K Pop yang berpakaian tidak menjolok mata.

Thursday, October 11, 2012
Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Antara objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah adalah
(1) mendengar, memahami dan menilai pertuturan dalam situasi formal dan tidak formal termasuk dalam siaran dan media massa serta memberikan respons yang wajar;
(2) bertutur dengan fasih dan jelas dengan menggunakan sebutan baku dan memberikan pendapat serta hujah-hujah yang kritis untuk pelbagai tujuan, khalayak dan situasi;
(3) membaca, memahami dan menghayati pelbagai bahan cetak dan bukan cetak serta bahan digital, sama ada bahan sastera atau ilmiah, dengan cekap untuk memperoleh dan memproses ilmu dan dapat mengaplikasinya dengan berkesan;
(4) menulis pelbagai teks kreatif dan bukan kreatif dengan jelas dan berkesan bagi pelbagai tujuan, khalayak dan situasi.

Saturday, October 6, 2012
Menebus Kembali Kegagalan Silam
Di sini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Di sini tersemai cita-cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harus kubawakan
Ke mana harus kusemaikan cinta ini
Betapa di bumi ini kumelangkah
Ke utara selatan timur dan barat kujejaki
Aku bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Kuingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Kuingin sampaikan pesanan
Akulah penyambung warisan
(Lagu berjudul 'Warisan' yang dinyanyikan oleh Allahyarham Sudirman mengandungi lirik yang terlalu bermakna untuk diri ini. Atas sebab itu, lagu ini menjadi pemangkin inspirasi sewaktu tiga tahun berada di Universiti Malaya sebagai seorang mahasiswi Akademi Pengajian Melayu. Lirik lagu yang menyentap sanubari tentang betapa pedih dan perih sebuah perjuangan dalam menggapai cinta dan mencapai cita-cita.
Di sini....
Malaysia sebenarnya adalah sebuah negara yang menjadi susur galur diriku kerana ibu dilahirkan dan dibesarkan (hingga belasan tahun) di Melaka. Ibu mendapatkan kasih sayang yang sewajarnya daripada moyang yang menetap di Melaka. Tidak mampu rasanya aku menceritakan suka duka kehidupan ibuku yang akhirnya berhijrah ke Singapura kerana suka duka itu sebenarnya meninggalkan kesan kepada jiwa ini. Subhanallah, hanya tuhan yang tahu.
Di sini....
Malaysia sebenarnya adalah sebuah negara yang menjadi tumpuanku kerana aku menerima pendidikan tidak formal dalam mengenal diri demi mengenal pencipta diriku melalui jemaah tareqat yang aku anggotai. Lebih kurang 4 tahun berulang alik ke Malaysia kerana guru sufiku adalah kelahiran Malaysia. Jemaah tareqatnya diasaskan di Malaysia. Suka duka menempuh jalan itu dalam mengenal diri berakhir apabila aku meninggalkan jemaah itu dengan kehampaan dan kekecewaan. Namun, ilmu yang kuperolehi meskipun disampaikan menerusi pendidikan tidak formal sedikit sebanyak masih menggamit jiwa ini. Subhanallah, hanya tuhan yang tahu.
Di sini....
Malaysia sebenarnya adalah sebuah negara yang menjadi harapanku kerana aku pernah bercinta dengan seorang insan bernama Muhammad yang dilahirkan di Selangor. Dialah cinta hatiku lebih kurang 4 tahun namun cinta itu tidak kesampaian dengan akad pernikahan seperti yang diimpikan. Suka duka yang dilalui tetap menjadi kenangan abadi bahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang kami kongsi bersama sedikit sebanyak masih sebati dan sejati di jiwa ini. Subhanallah, hanya tuhan yang tahu.
Di sini....
Malaysia sebenarnya adalah sebuah negara yang memberi ruang dan peluang kepada aku untuk mendapatkan pendidikan formal dalam mengikuti program Sarjana Muda Pengajian Melayu yang berlangsung selama 3 tahun. Pada hakikatnya, aku ke sini bukan sekadar untuk mencari ilmu pengetahuan tetapi menagih ketenangan jiwa yang terlalu diperlukan dan menuntut kebebasan hak yang terlalu didambakan. Alhamdulillah, pada 3 Oktober 2012.... akhirnya aku bergraduasi dengan kegagalan silam aku tebus kembali di tangan kananku dengan menggenggam impianku yang telah menjadi kenyataan.
Susur galurku yang tetap ada meskipun rapuh hubungan itu, jemaah tareqat dan guru sufiku yang telah kutinggalkan, cinta hatiku yang telah terpisah dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu yang telah aku perolehi.... adalah jejak-jejak hidupku yang menginsafkan aku bahawa segala kegagalan, kepahitan, kehampaan, kekecewaan dan kekalahan yang ditempuhi terlalu banyak meninggalkan pengajaran hingga akhirnya impianku menjadi kenyataan, aku terkesima.
Bak dialog watak Annisa yang menjadi pemangkin inspirasiku dalam filem Perempuan Berkalung Sorban, "Mahu jadi apa pun kalian nanti, PILIHLAH JALAN ALLAH DENGAN RASA BEBAS."
Betapa tidak ternilai air mata dengan permata bagi mereka yang air matanya mencurah-curah dek kehidupan yang penuh dengan ranjau duri sedangkan jika ditawarkan permata berkilau-kilau, dirinya hanya memerlukan dan menginginkan ketenangan jiwa.)
Wednesday, September 26, 2012
Selasaku pagi ini. Masalah. MasyaAllah.
Sibuk.
Sebab perlu mencetak sendiri kertas peperiksaan meskipun dibimbing dan dibantu oleh mentorku.
Tertekan.
Sebab sukar menerima kenyataan bahawa guru-guru di sekolah ini perlu berada dalam bilik cetakan sewaktu proses pencetakan kertas peperiksaan berlangsung.
Lebih tertekan lagi apabila guru-guru perlu mencetak sendiri kertas peperiksaan apabila satu-satunya petugas yang bertanggung jawab mencetak kertas peperiksaan sedang membantu guru-guru yang telah terlebih dahulu mendapatkan bantuan beliau.
Bingung.
Sebab mencetak kertas peperiksaan adalah tugas yang memerlukan tumpuan, ketelitian, kesabaran, daya upaya dan masa.
Bahkan tugas mencetak tidak berhenti di situ.
Setelah kertas peperiksaan selesai dicetak, kertas itu perlu dimasukkan ke dalam mesin untuk disusun dan dikokotkan.
Akhir sekali, kertas peperiksaan yang sudah disiapkan perlu dimasukkan ke dalam bungkusan berdasarkan kelas berserta dengan penyataan yang ditulis dengan teliti.
Apatah lagi bilik cetakan yang boleh dikatakan kecil itu dikerumuni ramai guru.
Cemas.
Sebab proses menyiapkan cetakan kertas peperiksaan adakala tersangkak apabila mesin mengalami sedikit kegenjotan teknikal sewaktu mencetak atau sewaktu menyusun dan mengokot.
Letih.
Sebab 2 jam aku mengurus perihal mencetak, menyusun dan mengokot, kemudian membungkus kertas peperiksaan berdasarkan kelas.
Kemudian harus terus ke kelas untuk mengajar.
Sudah tentu aku kurang bersedia kerana keletihan dan tidak berkesempatan langsung untuk memikirkan tentang pembelajaran hari ini.
Risau.
Sebab Jumaat ini, aku perlu bertolak ke Kuala Lumpur sedangkan urusan menyiapkan kertas peperiksaan bagi Kefahaman Mendengar dan Lisan belum terlaksana.
Bahkan, masih ada lagi cetakan yang telah dilsusun dan dikokot pagi belum sempat dibungkus berdasarkan kelas.
Terkejut.
Sebab perkara ini adalah amalan yang terlalu menjenuhkan tetapi tetap perlu dilaksanakan kerana itulah cara yang dilaksanakan di sekolah ini sedangkan pengalamanku sebelum ini tidak menuntut guru untuk terlibat dalam proses mencetak kemudian menyusun dan mengokot kertas peperiksaan yang sebegitu banyak jumlahnya.
Subhanallah.
Aku menahan diriku daripada menangis kerana terkejut, risau, letih, cemas, bingung, tertekan dan sibuk pada pagi ini.
Tugasku masih belum selesai dan aku sengaja tidak menyambung tugas itu setelah dua waktu bersama pelajar 1 Ekspres dan 2 Normal Teknikal sedangkan waktu lapang itu boleh aku gunakan untuk melaksanakan tugas yang belum terselesai.
Sejujurnya, tidak termampu aku menanggung beban emosi dalam menjalankan tanggung jawab itu.
Aku perlu merehatkan diri dan menenangkan perasaan terlebih dahulu.
Masalah.
MasyaAllah.

Wednesday, September 19, 2012
Kefahaman yang diperlukan untuk memahami
Kala ini, aku berada di dalam bilik guru.
Kelas telah berakhir untuk hari ini tetapi sekolah hanya berakhir pada jam 2:25 petang.
Semenjak 29 Jun 2012, Jumaat iaitu tarikh dan hari aku melaporkan diri ke sekolah ini, bererti sudah lebih daripada 2 bulan aku berada di sini.
Ternyata, aku suka dan bersyukur berada dalam sekolah ini jika dibandingkan dengan sekolah yang pernah menjadi tempatku bertugas selama lima tahun.
Aku mula mengajar pada 2 Julai, Isnin dan itu bererti sudah lebih daripada dua bulan aku berhadapan dengan anak didik daripada golongan remaja.
5 tahun menjadi guru bagi pelajar di sekolah rendah terutama sekali pelajar darjah satu hingga darjah empat tidak sama dengan menjadi guru bagi pelajar di sekolah menengah.
Dalam perbezaan, ada persamaan.
Dalam perbezaan, ada persamaan.
Pokoknya, aku perlu hadapi cabaran ini.
Sebenarnya, cabaran ini akan memanfaatkan aku kerana aku beroleh ruang dan peluang untuk berinteraksi dengan golongan remaja yang ternyata memerlukan kemahiranku sebagai guru untuk menghadapi mereka.
Aku perlu belajar.
Aku perlu belajar lagi.
Kursus dua hari yang telah aku hadiri pada 10 dan 11 September 2012 telah mencelikkan mata akal dan mata hatiku sebagai seorang guru.
Bukan sekadar sebagai seorang guru tetapi sebagai seorang insan di muka bumi ini yang perlu mengendalikan perhubungan yang baik dengan insan lain.
Kursus bertajuk 'Building Teacher-Student Relationship' itu telah menyentuh perasaan dan menjentik fikiranku hingga mengalir air mata.
Aku telah mengenali diriku.
Aku telah mengenali kelemahan dan kekuatan diriku.
Aku berharap ilmu yang seperti itu akan aku peroleh lagi agar aku dapat memperbaiki diriku sebagai seorang guru bahkan sebagai seorang insan di muka bumi ini.
Terima kasih Tuhan kerana memahamkan aku tentang perkara-perkara yang perlu aku fahami agar aku dapat jalani kehidupan ini dengan memahami situasi yang merupakan cabaran untukku.

Monday, September 10, 2012
Rotiboy
Berkeinginan untuk menyantap Rotiboy pada waktu dan ketika ini.
Kali terakhir aku menyantap Rotiboy adalah pada bulan lalu iaitu bulan Ramadhan semasa aku berada di Mid Valley.
Pada waktu itu, aku ke KL untuk mengambil barang-barang yang masih ditinggalkan di dalam bilik asrama.
Berbuka puasa dengan Rotiboy sahaja pada waktu itu memandangkan kesemua restoran yang ingin aku pergi telah dipenuhi dengan pelanggan yang akan berbuka puasa.
Berbuka puasa dengan hidangan nasi ayam dari The Chicken Rice Shop di dalam bilik asrama.
Bersahur pun dengan Rotiboy.
Rotiboy ini mempunyai dua rasa iaitu kopi dan mentega kerana bahagian luar roti ini diselaputi dengan kopi manakala di bahagian dalam roti pula diisi dengan mentega.
Simple tetapi kelazatannya sangat terasa.
Sedang menginginkan Rotiboy pada waktu dan ketika ini.

Subscribe to:
Posts (Atom)