Sejauh 12 episod aku menonton drama bersiri Adam & Hawa melalui lelaman video Dailymotion, hatiku tidak tertarik langsung dengan watak-watak dalam cerita ini yang tipikal dan menjemukan.
Jalan cerita cinta yang tipikal dan membosankan.
Namun, oleh sebab ramai yang tertarik dengan drama bersiri ini, aku akan cuba untuk bertahan dengan penontonanku.
Mungkinkah aku akan terpana dengan cerita cinta Adam & Hawa ini?
Aku yakin tidak tetapi aku akan.... teruskan menonton.
Suatu masa dahulu, begitu ramai yang tertarik dengan drama bersiri Adam Maya tetapi citarasaku melawan arus.
Cerita cinta masyarakat kita.... haiz.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Saturday, December 1, 2012
Friday, November 30, 2012
7 bulan kemudian: Kejujuran menzahirkan kebenaran
Suatu perkara yang bersejarah telah berlaku pada tarikh tersebut.
Sejarah yang pedih untuk dikenang kerana telah menyebabkan aku berasa sedih.
Sejarah yang tidak pernah dipinta akan berlaku tetapi telah dijadualkan terjadi pada 20 April 2012 itu.
Namun, 7 bulan kemudian iaitu pada Selasa 27 November 2012, berlaku satu lagi peristiwa yang sangat berkait rapat dengan sejarah 20 April 2012.
Terlalu berkait rapat hingga aku termangu dalam ketakjuban kerana susun atur perkara demi perkara ini ternyata mempunyai kemanisan dalam kepahitan.
Aku akui aku bahagia apabila kejujuran hati dalam menyatakan rasa hati daripada dirinya sendiri bertandang tanpa dirancang.
Apatah lagi, rasa hati yang dikongsi itu adalah sesuatu yang tidak pernah diduga setelah aku terluka pada 20 April 2012 bahkan sebelum itu.
Walaupun luka telah pulih bersama aliran waktu yang berlalu, pernyataan jujur 7 bulan kemudian adalah nikmat untuk hati yang berbunga-bunga pada ketika itu hingga aku juga menyatakan rasa hatiku.
Mengimbas peristiwa 20 April 2012 apabila aku mendapat panggilan yang tidak diduga pada awal pagi yang memintaku ke APM, aku tanpa berfikir panjang dan tanpa berfikir dua tiga kali, terus bersiap-siap untuk memenuhi permintaan itu.
Bagai disambar petir, kemudian aku dimaklumkan tentang suatu perkara yang menduga perasaan namun perlu aku hadapi perkara pada waktu itu dengan senyuman di bibir.
Kejujurannya menzahirkan kebenaran yang pahit itu tetap perlu ditelan sama ada dalam keadaan aku bersedia mahupun tidak.
(Mungkin pada zahirnya aku tidak meminta untuk mengetahui duduk perkara tetapi persoalan demi persoalan yang bermain di fikiran sebelum ini sebenarnya telah terjawab dengan kejujurannya itu.)
Namun, tidak aku nafikan betapa kejujuran yang tidak kupinta itu menzahirkan kebenaran yang memilukan perasaan.
Hati remuk.
Jiwa berkecamuk.
Hanya Tuhan yang tahu betapa aku terluka hingga aku menghabiskan masa di Perpustakaan Utama untuk mengumpulkan kekuatan dan mengalihkan perhatian dengan melaksanakan tugasan Sosiolinguistik pada waktu itu.
Apabila aku pulang ke bilik di asrama, aku membisu tanpa bicara kerana perkara yang menduga perasaanku masih bermain-main di minda.
Aku masih ingat... Khairiyyah, teman sebilikku perasan akan sikapku yang tidak seperti biasa.
Kurang bercakap dan hilang ceria.
Puncanya adalah perkara itu...
Akhirnya, aku berkongsi jua dengan Khairiyyah tentang duduk perkara setelah semalaman sejak peristiwa itu (jika tidak silap), aku menjeruk perasaan dan menghadam maklumat yang disampaikan kepadaku.
Namun, 7 bulan kemudian...
Kejujuran telah menzahirkan kebenaran yang tidak pernah kuduga bertandang hingga aku tersenyum dalam kebahagiaan.
Terima kasih Tuhan.
Aku mengirim pesanan ringkas Whatsapp kepada Khairiyyah tentang perkara ini dengan menyatakan bahawa aku telah beroleh kebenaran yang tidak pernah aku ketahui sebelum ini daripada dirinya sendiri.
Jumaat 23 November 2012: Shawl, jaket, seluar dan dres labuh
Jumaat lalu pada tarikh 23 November 2012, aku gembira kerana berbelanja besar di Geylang Serai.
Bermula perbelanjaanku di Melati Moda, tingkat dua Kompleks Joo Chiat dengan membeli dua helai shawl.
Matlamatku berbelanja memang untuk mendapatkan shawl berwarna ungu.
Apabila terpandang shawl dijual dengan harga $5 sehelai, tentulah tertarik.
Apatah lagi pilihan yang disediakan pula menarik.
Melati Moda, tingkat dua Kompleks Joo Chiat adalah butik yang kerap kulazimi.
Kemudian, ke tingkat tiga Kompleks Joo Chiat.
Jaket putih dengan harga $25 kubeli sedangkan jaket hitam yang telah kubeli di Masjid India pada bulan Ramadhan lalu belum lagi kupakai.
Seterusnya, berbelanja besar di Butik Aurah.
Menghabislan $205 dengan dua helai dres labuh, sehelai seluar dan sekeping kad keahlian.
Menghabiskan banyak masa di butik ini kerana mencuba berhelai-helai pakaian yang disarankan oleh pemilik butik terutama sekali ibu kepada pemilik butik itu.
Akhir sekali, aku ke Kompleks Tanjong Katong untuk memenuhi matlamat sebenar aku berbelanja iaitu mendapatkan dres labuh berwarna merah jambu yang kuidam-idamkan sejak bulan Syawal yang lalu.
Dres labuh yang kuhajatkan itu terdapat di Butik First Lady.
Harga dres labuh ini adalah $24.95.
Oleh sebab dres ini terlalu labuh pula, aku telah meminta ibu menghantar dres ini ke kedai jahit untuk disingkatkan dan khidmat ini berharga $6.
Mahal!!!!!
Walaupun berpuas hati dengan perbelanjaanku yang sebenarnya bermatlamatkan kepada sehelai shawl berwarna ungu dan sehelai dres labuh berwarna merah jambu yang aku idami sekian lama, akhirnya perbelanjaanku mencecah $270 kerana membeli pakaian lain yang tidak dimatlamatkan.
Alhamdulillah.
Aku gembira kerana kesemua pakaian yang aku beli mempunyai reka cipta yang unik dan menarik.
Aku tidak dapat paparkan gambar shawl, jaket dan dres labuh yang aku beli dalam posku ini kerana hingga ke hari ini, aku masih tidak tahu cara mengirim gambar-gambar dari telefon bimbit Samsung itu ke komputer riba Acerku ini.
Hmmm.....

Thursday, November 29, 2012
Berakhir penontonanku: Rahsia Hati
Berakhir sudah penontonanku terhadap drama bersiri Rahsia Hati.
Tajuk 'Rahsia Hati' bukan sekadar tajuk melainkan bersebabkan organ hati yang didermakan secara rahsia oleh watak Syamir kepada teman karibnya, watak Ammar yang hampir mati setelah ditembak pada hari pernikahannya dengan wanita yang menjadi idaman kedua-dua watak iaitu watak Kamelia.
Terdapat babak-babak yang memilukan hati dalam drama bersiri ini terutama sekali tentang hubungan kekeluargaan, hubungan kasih sayang selain daripada hubungan percintaan.
Antara perkara yang menyayat hatiku adalah hubungan insan dengan Pencipta yang boleh dikatakan begitu longgar sedangkan hubungan percintaan antara insan terlalu selalu dijadikan isu utama hingga dalam cerita ini, paparan hubungan kekeluargaan yang rapuh dan porak-peranda menghibakan hatiku sebagai penonton.
Drama sebagai alat yang paling berkesan untuk mendidik dan membimbing masyarakat belum lagi dimanfaatkan ke tahap maksimum sehingga paparan hubungan kekeluargaan yang rapuh dan porak-peranda tidak dapat dikaitkan kepada sebab-musabab yang sangat berkait rapat dengan hubungan insan dengan Pencipta.
Pencipta kita adalah Pemilik hati kita.
Mana mungkin hati dapat menyintai, mengasihi dan menyayangi selagi Pemilik hati tidak diutamakan dalam kehidupan.
Aku kagum dengan hubungan kasih sayang antara sepasang rakan karib iaitu watak Syamir dan watak Ammar terutama sekali keprihatinan watak Ammar terhadap watak Syamir.
Watak Ammar yang tenang dan penyabar memikat hati.
Rahsia hatiku.

Lagu tema drama Rahsia Hati: Datanglah
Datanglah - Faizal
Apa benar kata-kata
Datang dari mereka
Tak bisa kulihat
Cuma ku merasa
Jika benar kau bersedih
Aku turut merasa pedih
Sesalan pun tiba
Ku hanya berdoa
Datang mimpi menyentuh jiwa
Bisik padaku cara menyinta
Begitu lama masa yang tersia
Kini jelas ku yang merana
Datanglah… datanglah
Itu tinta pena dariku
Datanglah ohhh… pintaku
Hati nuraniku
Pohon kemaafan darimu
Datang mimpi menyentuh jiwa
Bisik padaku cara menyinta
Begitu lama masa yang tersia
Kini jelas ku yang sengsara
Lagu ini merupakan lagu tema bagi drama Rahsia Hati.
Dalam stanza kedua lagu ini, aku amat menyukai baris pertama dan kedua iaitu 'Jika benar kau bersedih, Aku turut merasa pedih'.
Walaupun lagu ini tidak begitu aku minati dan penyanyi lagu ini langsung tidak aku kenali, namun apabila diperdengarkan akan lagu ini berulang-ulang kali, sedikit sebanyak terpengaruh juga.
Friday, November 23, 2012
Rahsia Hati lakonan Arash Mohd dan Watie Sadali
Aku sedang mengikuti drama bersiri Rahsia Hati yang dibintangi Aaron Aziz dan jelitawan Rita Rudaini menerusi klip video yang dimuat naik di Youtube.
Walaupun pelakon utama drama bersiri ini adalah Aaron Aziz yang memegang watak Shameer, aku lebih meminati watak Ammar yang dimainkan oleh Arash Mohd.
Watak Ammar yang dipaparkan menerusi Episod 1 memperlihatkan watak seorang sahabat yang mengambil berat.
Mengambil berat terhadap watak Kamelia iaitu rakan sekerjanya yang mengalami masalah di tempat kerja kerana tidak dapat menepati sasaran keuntungan syarikat.
Pelakon utama bagi drama bersiri ini di samping Aaron Aziz adalah Rita Rudaini yang memegang watak Kamelia.
Watak Sarah iaitu setiausaha syarikat Ammar yang dipegang oleh Nurul Wahab manakala watak Nadia iaitu adik tiri Ammar yang dimainkan oleh Watie ternyata mampu menambat hatiku.
Watak Sarah yang menyimpan perasaan terhadap Ammar boleh dikatakan menyejukkan mata.
Lemah lembut dan kurang keyakinan diri.
Watak Nadia yang manja, keanak-anakan dan rosak akhlak adalah watak tipikal yang terlalu selalu dipegang oleh Watie.
Watak sebegitu sudah terlalu selalu dimainkan oleh Watie.
Walau bagaimana pun, beliau sentiasa berjaya menghidupkan watak sebegitu.
Sejauh ini, aku tidak pernah bosan dengan lakonan Watie Sadali yang menghiburkan.
Drama bersiri Rahsia Hati mempunyai elemen komedi sejak dari Episod 1 lagi.
Kini aku sedang menonton Episod 2 sambil menaip pos di blogku.
Pagi semalam ketika mata enggan tertutup lena, aku telah menonton drama bersiri ini bermula daripada Episod 31, diikuti dengan Episod 30.
Aku menyambung penontonanku dengan Episod 29.
Penontonan songsang.
Akhirnya, aku memulakan penontonan daripada Episod 1.
Rahsia Hati.
:)

Tuesday, November 20, 2012
MilikMu itu bukan untukku...
'Jejak-jejak langkahku bagaikan lembaran waktu
Apakah ku masih bisa terus melangkah
Serpihan hidupku kan kubangun
Di atas satu cinta
Subhanallah... aku mencintainya
Subhanallah... aku menyayanginya
Dari ufuk timur hingga ke barat
Selalu di hatiku'
(Lirik lagu Di Atas Satu Cinta nyanyian Indah Dewi Pertiwi)
Subscribe to:
Posts (Atom)