Berakhir sudah penontonanku terhadap drama bersiri Rahsia Hati.
Tajuk 'Rahsia Hati' bukan sekadar tajuk melainkan bersebabkan organ hati yang didermakan secara rahsia oleh watak Syamir kepada teman karibnya, watak Ammar yang hampir mati setelah ditembak pada hari pernikahannya dengan wanita yang menjadi idaman kedua-dua watak iaitu watak Kamelia.
Terdapat babak-babak yang memilukan hati dalam drama bersiri ini terutama sekali tentang hubungan kekeluargaan, hubungan kasih sayang selain daripada hubungan percintaan.
Antara perkara yang menyayat hatiku adalah hubungan insan dengan Pencipta yang boleh dikatakan begitu longgar sedangkan hubungan percintaan antara insan terlalu selalu dijadikan isu utama hingga dalam cerita ini, paparan hubungan kekeluargaan yang rapuh dan porak-peranda menghibakan hatiku sebagai penonton.
Drama sebagai alat yang paling berkesan untuk mendidik dan membimbing masyarakat belum lagi dimanfaatkan ke tahap maksimum sehingga paparan hubungan kekeluargaan yang rapuh dan porak-peranda tidak dapat dikaitkan kepada sebab-musabab yang sangat berkait rapat dengan hubungan insan dengan Pencipta.
Pencipta kita adalah Pemilik hati kita.
Mana mungkin hati dapat menyintai, mengasihi dan menyayangi selagi Pemilik hati tidak diutamakan dalam kehidupan.
Aku kagum dengan hubungan kasih sayang antara sepasang rakan karib iaitu watak Syamir dan watak Ammar terutama sekali keprihatinan watak Ammar terhadap watak Syamir.
Watak Ammar yang tenang dan penyabar memikat hati.
Rahsia hatiku.
No comments:
Post a Comment