Jumaat lalu pada tarikh 23 November 2012, aku gembira kerana berbelanja besar di Geylang Serai.
Bermula perbelanjaanku di Melati Moda, tingkat dua Kompleks Joo Chiat dengan membeli dua helai shawl.
Matlamatku berbelanja memang untuk mendapatkan shawl berwarna ungu.
Apabila terpandang shawl dijual dengan harga $5 sehelai, tentulah tertarik.
Apatah lagi pilihan yang disediakan pula menarik.
Melati Moda, tingkat dua Kompleks Joo Chiat adalah butik yang kerap kulazimi.
Kemudian, ke tingkat tiga Kompleks Joo Chiat.
Jaket putih dengan harga $25 kubeli sedangkan jaket hitam yang telah kubeli di Masjid India pada bulan Ramadhan lalu belum lagi kupakai.
Seterusnya, berbelanja besar di Butik Aurah.
Menghabislan $205 dengan dua helai dres labuh, sehelai seluar dan sekeping kad keahlian.
Menghabiskan banyak masa di butik ini kerana mencuba berhelai-helai pakaian yang disarankan oleh pemilik butik terutama sekali ibu kepada pemilik butik itu.
Akhir sekali, aku ke Kompleks Tanjong Katong untuk memenuhi matlamat sebenar aku berbelanja iaitu mendapatkan dres labuh berwarna merah jambu yang kuidam-idamkan sejak bulan Syawal yang lalu.
Dres labuh yang kuhajatkan itu terdapat di Butik First Lady.
Harga dres labuh ini adalah $24.95.
Oleh sebab dres ini terlalu labuh pula, aku telah meminta ibu menghantar dres ini ke kedai jahit untuk disingkatkan dan khidmat ini berharga $6.
Mahal!!!!!
Walaupun berpuas hati dengan perbelanjaanku yang sebenarnya bermatlamatkan kepada sehelai shawl berwarna ungu dan sehelai dres labuh berwarna merah jambu yang aku idami sekian lama, akhirnya perbelanjaanku mencecah $270 kerana membeli pakaian lain yang tidak dimatlamatkan.
Alhamdulillah.
Aku gembira kerana kesemua pakaian yang aku beli mempunyai reka cipta yang unik dan menarik.
Aku tidak dapat paparkan gambar shawl, jaket dan dres labuh yang aku beli dalam posku ini kerana hingga ke hari ini, aku masih tidak tahu cara mengirim gambar-gambar dari telefon bimbit Samsung itu ke komputer riba Acerku ini.
Hmmm.....
No comments:
Post a Comment