ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Friday, July 22, 2011
Kamal Adli sebagai Nizam dan Haris
Kamal Adli merupakan pelakon lelaki yang aku minati. Beliau pertama kali kukenali melalui drama bersiri Seribu Kali Cinta iaitu sebuah drama romantik komedi. Pada waktu itu, Kamal Adli memainkan watak Nizam. Nizam seorang pemuda yang mempunyai ramai kawan perempuan tetapi tidak menganggap mereka lebih daripada seorang kawan. Apabila tertekan dengan keadaan kerana diburu oleh perempuan-perempuan 'perigi cari timba' dan tertekan dengan desakan ibu bapanya yang mahu dia berumahtangga, Nizam pun melarikan diri ke Pulau Aman. Di situ, dia telah jatuh hati pada seorang gadis yang cantik lagi sederhana iaitu Mia Sara. Cinta pandangan pertama itu telah mendesak Nizam mencari tahu tentang Mia Sara.
Drama romantik komedi ini cukup menghiburkan dan lucu terutama sekali pada babak-babak Kamal Adli di Pulau Aman dan cuba menarik perhatian Mia Sara. Hinggalah kepada bibit-bibit perkenalan dua insan ini, kemudian bercinta dan berumahtangga. Cerita cinta ini tidak semudah dan seindah kerana Mia Sara menghidapi penyakit amnesia. Setiap kali Mia Sara tidur, ingatannya tentang segala apa yang berlaku sepanjang hari akan lenyap begitu sahaja. Di situlah ketabahan dan ketulusan seorang lelaki bernama Nizam teruji. Keletah dan 'mood' Mia Sara yang tidak terjangka dan tidak terduga sungguh melucukan.
Drama kedua yang menampilkan Kamal Adli ialah drama bersiri Ana Lu'lu. Kali ini, Kamal Adli memainkan watak sebagai Haris Azhan iaitu seorang duda yang kematian isteri dan mempunyai seorang anak perempuan. Ibu Haris mendesak dan mencuba pelbagai cara untuk menyatukan Kamal Adli dengan gadis pilihan ibunya yang bernama Sofi. Namun Haris langsung tidak mahu menerima Sofi dalam hidupnya kerana mendapati Sofi tidak ikhlas dan tidak jujur.
Apabila tertekan dek perangai 'perigi cari timba' si Sofi, Haris berseloroh kepada ayahnya dengan mengatakan bahawa dia lebih rela memilih si gadis penjual bunga yang baru dia temui. Si gadis penjual bunga yang dimaksudkan ialah Ana Lulu. Namun antara Haris dengan Ana bukanlah cinta pandangan pertama kerana pertama kali mereka bertemu, Haris memandang pelik terhadap cara Ana berpakaian. Hati kecil Haris berdetik bahawa Ana ialah mangsa fesyen.
Namun pertemuan seterusnya dengan Ana telah mengetuk pintu hati Haris hari demi hari. Hati budi seorang Ana dan penerimaan anak perempuan Haris terhadap Ana yang menggelarkan Ana sebagai 'Mama' membungakan perasaan lebih daripada seorang kenalan. Namun situasi tidak mengizinkan kerana Ana sedang bercinta dengan Fadzil.
Drama bersiri yang berjudul Ana Lulu ini sedang ditayangkan di siaran TV3 dan aku sedang mengikuti drama ini. Sejauh ini, Ana Lulu sudah bersiaran sebanyak tujuh episod. Pertama kali Haris dan Ana bertemu di kedai bunga adalah dalam episod ketiga. Aku tersentuh hati dalam episod ketujuh apabila Haris bertanya kepada Ana tentang Fadzil dan mendapat tahu bahawa Fadzil itu teman istimewa Ana. Kemudian, Haris memberikan sejambak bunga kepada Ana dengan ucapan ikhlas meskipun dalam hatinya, dia sebenarnya telah mula menaruh perasaan terhadap Ana dalam diam-diam.
Thursday, July 21, 2011
Kamal Adli dalam Seribu Kali Cinta dan Ana Lu'lu
Kamal Adli sebagai Nizam dalam drama bersiri yang berjudul Seribu Kali Cinta. Sebuah drama romantik komedi yang cukup mencuit hatiku! Kisah hidup seorang Nizam sebagai watak utama dalam cerita ini.
Kamal Adli sebagai Haris Azhan dalam drama bersiri yang berjudul Ana Lu'lu. Sebuah drama yang boleh dikatakan bergenre romantik komedi juga. Kisah hidup seorang Ana Lusiana sebagai watak utama dalam cerita ini.

Friday, July 15, 2011
Daripada lelaki untuk lelaki...
Alangkah sukarnya untuk mendapatkan khidmat urut atau spa untuk lelaki yang dikendalikan oleh tukang urut atau pakar terapi lelaki. Sukar untuk mendapatkan khidmat sebegini di Malaysia, apatah lagi di Singapura. Alhamdulillah, SPA SENJAKALA merupakan sebuah pusat rawatan spa yang menepati keperluan bersyarat itu. Daripada lelaki untuk lelaki. Bahkan, khidmat rawatan muka juga disediakan.
'Senjakala is Malaysia's only award-winning spa for men with highly trained all male masseurs.' Begitulah yang dinyatakan dalam lelaman SPA SENJAKALA. Sekurang-kurangnya, ada juga khidmat urut atau spa untuk kaum lelaki yang dikendalikan oleh kaum lelaki. Khidmat rawatan tubuh merupakan suatu keperluan. Namun, cara pengendalian khidmat rawatan ini perlu bersyarat iaitu dilaksanakan oleh kaum lelaki juga. (Moga-moga kaum lelaki yang mengendalikan khidmat rawatan ini tergolong dalam golongan mereka yang 'meniti jalan yang lurus'. Ehem ehem.)
Sila klik pada pautan di bawah untuk meninjau-ninjau khidmat yang disediakan. 'SENJAKALA Urban Spa For Men'. Tagline yang ringkas tetapi menarik.
Alamat lelaman SPA SENJAKALA: http://www.senjakala.com/
Bangunan SPA SENJAKALA terletak di No. 20 Jalan Pudu Lama, Bukit Mahkamah, 50200 Kuala Lumpur. :)

Thursday, July 14, 2011
Pisang emas dibawa belayar
'Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati'
Betapa aku sungguh teruja dan tertawan dengan analisis semiotik yang telah dilakukan terhadap serangkap pantun tradisional yang termasyhur ini. Betapa analisis itu tuntas dan bernas hingga aku semakin meyakini betapa kreatif masyarakat Melayu tradisi yang menghasilkan pantun walaupun hanya melalui serangkap pantun ini. Terbukti bahawa rangkap pembayang pantun sebenarnya berkait rapat dengan rangkap maksud pantun secara emotif, bukan sekadar secara struktural.
Setelah aku amati nama penulis dan latar belakangnya seperti yang tertera di lelaman yang aku rujuk, barulah aku sedar bahawa aku pernah bertemu dengan pengkaji ini. Beliau merupakan pensyarah yang pernah berkongsi ilmu suatu masa dahulu iaitu pada Jun 2008 sewaktu rombongan guru-guru sekolah rendah dari Singapura mengunjungi Institut Pendidikan Guru (IPG) yang terletak bersebelahan dengan Universiti Malaya.
Bagi pengunjung blog Nurani Nurain yang ingin menikmati hasil kajian Encik Fauzi Bin Abdullah tentang pantun 'Pisang emas dibawa belayar' ini, silalah klik pada pautan di bawah ini. Diriku yakin hasil kajian beliau mampu memikat hati kalian hingga teruja dan tertawan. Bahkan, diriku seolah-olah ingin mengikuti jejak langkah beliau dalam memahami lebih mendalam tentang makna semantik dan erti semiotik yang terkandung dalam pantun-pantun tradisional yang lain.
Sewaktu mengunjungi IPG kelmarin, salah seorang pensyarah dari institusi itu juga telah berkongsi tentang pantun 'Pucuk pauh delima batu' dan aku masih ingat, betapa aku teruja dengan kupasan yang diberikan. Namun, aku tidak ingat siapakah pensyarah yang berkongsi ilmu itu. Barangkali Encik Fauzi. Hmmm.... Barangkali beliau memandangkan beliau dari Jabatan Kesusasteraan Melayu di IPG.
Sila klik pada pautan di bawah ini untuk membaca hasil kajian beliau. :)
http://www.facebook.com/topic.php?uid=154753345317&topic=12297
Hmmm.... Aku semakin yakin bahawa kupasan tentang pantun 'Pucuk pauh delima batu' telah dikongsi oleh Encik Fauzi kerana sebelum itu, beliau telah meminta kami melagukan pantun dan membetulkan tanda baca pada pantun dalam buku yang telah disediakan untuk kami. Betul! Dialah orangnya. Setelah tiga tahun, kini aku berpeluang membaca kupasan yang lain pula tentang satu lagi rangkap pantun yang termasyhur. Semoga Allah meredhai usaha beliau dalam mendalami pantun-pantun tradisional yang merupakan khazanah bangsa yang terlalu berharga buat kita. Betapa aku mengkagumi hasil kajian beliau yang bersandarkan teori analisis semiotik dan berjaya dikupas dengan tuntas dan bernas sekali. Aku teruja dan tertawan.
Syabas Encik Fauzi!
Wednesday, July 13, 2011
Apa Ada Pada Pisang
Betapa aku teruja dengan fakta dan maklumat tentang khasiat dan zat pisang. Kebanyakan lelaman yang aku kunjungi menyatakan beberapa perkara yang sama. Antara yang menarik ialah pisang dapat menstabilkan tekanan perasaan dan menenangkan 'mood' yang tidak stabil. Wow! Perkara ini berlaku apabila protin dalam pisang yang dikenali sebagai 'tryptophan' bertukar menjadi 'serotonin' dalam tubuh manusia. 'Serotonin' membantu menstabilkan tekanan perasaan dan menenangkan 'mood' yang tidak stabil. Lantas, pisang boleh dijadikan penawar ketika keadaan sangat membebankan fikiran dan perasaan. Kalau sedang stres, makanlah pisang! Kalau sedang berkonflik, makanlah pisang! Kalau sedang bermasalah, makanlah pisang! Kalau sedang bingung dek tugasan, makanlah pisang! :)
Berikut merupakan kenyataan yang ditemui dalam tiga buah lelaman:
a. Sub tajuk artikel: Reducing Depression
Bananas contain tryptophan, an aminoacid that can be converted to serotonin, leading to improved mood.
Alamat lelaman: http://bananasweb.com/bananas/Health+Benefits+of+Bananas
b. Sub tajuk artikel: Depression
According to a recent survey amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana. This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.
Alamat lelaman: http://www.knowledgebase-script.com/demo/article-313.html
c. Sub tajuk artikel: Mood Benefits
Bananas contain tryptophan, with roughly 11 mg in a medium-sized fruit. Tryptophan aids your body's production of serotonin, which has a mood-stabilizing effect and acts as a mild sedative.
Alamat lelaman: http://www.livestrong.com/article/478736-why-are-bananas-good-for-your-health
Melalui alamat lelaman yang tertera di atas dan lelaman lain dalam bahasa Melayu, pelbagai fakta dan maklumat tentang khasiat dan zat pisang dapat diperolehi. Menarik! InsyaAllah, dalam 'post' yang seterusnya, aku akan berkongsi lagi tentang khasiat dan zat yang lain tentang pisang.
Mengapa pisang menjadi pilihan? Sebenarnya, beberapa hari yang lalu, aku telah membaca sebuah penulisan daripada sebuah buku yang ditulis oleh Maya Fiennes tentang pemakanan. Beliau menggalakkan orang ramai agar menyedari dan menghayati makanan yang dimakan agar kita benar-benar beroleh nikmat daripada pemakanan kita. Antara kata-kata Maya Fiennes yang aku ingin kongsi bersama adalah seperti berikut...
"We need to eat to survive, but food should also be enjoyable. It's a gift, and we should treat it as such, celebrate and bless it. The taste, texture and smell of fresh fruit and vegetables, tender meats and rich spices are delights to enjoy. Mealtimes are special, and I treat the process of cooking, sharing and eating food as a life-affirming ritual."
"We must be fully conscious of what we are eating, where it has come from and how it has been produced."
"Bless your meals and be thankful for them. Before I eat, I take a few seconds to really look at my food, think about where it is from, and enjoy the colours, smells and textures. Then I will say, "Food, I thank you, I love you, I respect you." Just saying those few words, even in your head, doesn't take much time. But having that moment of gratefulness makes a huge difference."
Sebenarnya, semenjak Jumaat yang lalu, aku telah memulakan rutin makan buahan-buahan. Sebagai permulaan, aku perlu makan sebiji buah-buahan setiap hari. Sejauh ini, aku sudah pun makan epal hijau, diikuti dengan pisang dan kemudian, limau. Meskipun telah dipelajari dan dihafal tentang zat dan khasiat buah-buahan sewaktu di sekolah menengah dahulu, ternyata yang aku ingati tidaklah sebanyak yang aku telah terlupa. Bahkan setelah waktu beredar, tentu banyak penemuan baharu tentang zat dan khasiat buah-buahan yang telah diperolehi. Lantas, apa salahnya, aku kembali mencari dan mengambil tahu tentang fakta dan maklumat yang relevan.
Alhamdulillah, aku belum merasai kesan positif yang ketara daripada buah-buahan yang aku makan. Barangkali, aku tidak perasan akan kesan positifnya. Namun, aku perlu sentiasa mengingatkan diri aku supaya menyedari dan menghayati makanan yang aku makan. Aku mulakan dengan mencari dan mengambil tahu tentang fakta dan maklumat buah-buahan yang aku makan memandangkan aku telah memulakan rutin makan buah-buahan.
Kali ini, 'post' aku tentang pisang. InsyaAllah, akan dilanjutkan lagi tentang pisang juga dan diikuti dengan fakta dan maklumat tentang buah-buahan lain. :)
Satu-satunya patun tradisional yang termasyhur tentang pisang pula berbunyi begini...
'Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati'
Semoga bertemu lagi dalam 'post' yang akan datang, InsyaAllah. Apa ada pada pisang?
Protin bernama 'tryptophan'. :)
Sunday, July 10, 2011
Terima Kasih
Aku terbangun daripada tidur sebelum waktu subuh pada hari ini.
Betapa nikmatnya apabila aku dapat tidur dengan senangnya dan dengan lenanya pada waktu malam sedangkan penyakit insomnia yang aku hidapi sejak bertahun-tahun lamanya telah meragut tidurku pada waktu malam.
Lazimnya, aku celik pada setiap malam kecuali pada malam-malam tubuhku terlalu letih atau terlalu rileks.
Lantas, apabila aku dapat tidur pada waktu malam... ternyata tidurku merupakan satu nikmat untukku.
Nikmat seterusnya yang aku sendiri tidak menduga adalah aku bangun awal, bahkan sebelum subuh sedangkan akulah insan yang paling sukar bangun pagi termasuklah paling sukar bangun pada waktu subuh untuk menunaikan solat subuh.
Kalau di asrama, sudah tentu aku insan terakhir dalam bilik yang bangun untuk menunaikan solat subuh, insan terakhir untuk mandi, insan terakhir yang bersiap ke akademi dan insan terakhir yang keluar daripada bilik ke akademi (sekiranya aku dan teman-teman sebilik ada kelas pada jam 9 pagi).
Nur Khairiyyah dan Masyitah memang cukup disiplin dalam menjaga masa iaitu masa menunaikan solat subuh, masa mandi pagi, masa bersiap ke akademi dan masa ke akademi sedangkan aku selalu dalam mod 'rehat dan rileks'.
Namun, jika aku sudah lewat dan sedang cemas, kepanikanku akan terzahir di dalam bilik melalui tindak-tandukku.
Walau apa pun, aku tetap gembira dan berterima kasih kepadaNya di atas nikmat-nikmat yang telah dianugerahkan kepada aku.
Terima kasih wahai Tuhan kerana menganugerahkan nikmat tidur pada malam hari sedangkan itu bukan rutinku.
Terima kasih wahai Tuhan kerana mengizinkan aku mengalami suasana sebelum subuh hingga akhirnya kedengaran sayup-sayup suara muazzin melaungkan azan apabila masuk sudah waktu subuh.
Terima kasih wahai Tuhan kerana memberi peluang kepadaku menikmati perubahan warna alam daripada gelap kepada terang apabila Sang Suria memancarkan cahayanya ke bumi ini.
Terima kasih wahai Tuhan kerana kicauan beburung di luar sana cukup menghiburkan hati.
Terima kasih wahai Tuhan kerana menunaikan hasrat hatiku untuk melanjutkan pelajaran di bumi bertuah iaitu Malaysia hinggakan pengalaman hidup di negara orang selama dua tahun sejauh ini terlalu bermakna dan berharga bagiku bahkan aku anggap sebagai fasa terindah dalam kehidupanku.

Saturday, July 9, 2011
Love Quotes
I went to sleep last night with a smile because I knew I'd be dreaming of you ... but I woke up this morning with a smile because you weren't a dream.
You have found true love the day you realize that you want to wake up beside your loved one, every morning, even though you have your differences.
A morning greeting does not only mean 'Good Morning,' it has a silent, loving message saying, 'I think of you when I wake up.'
When I wake up in the morning, I think of you. When I go to sleep at night, I think of you. And for all those hours in-between, I think of us.

Thursday, July 7, 2011
Muzik Di Jiwaku
Suatu hari nanti, apabila aku dikurniakan anak-anak, InsyaAllah, aku akan membuka ruang dan peluang untuk anak-anakku belajar bermain alat muzik. Impianku biarlah setiap daripada anak-anakku pandai bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik. Alat-alat muzik yang aku maksudkan ialah biola, piano atau dram. Alat muzik tradisional yang aku suka pula terdiri daripada seruling, bonang dan rebana. Moga-moga dengan mendekati seni muzik, kekreatifan mereka dapat diasah sejak daripada kecil dan tidak menjadi seperti aku... seseorang yang buta muzik. Namun, impianku tidak semestinya menjadi impian mereka kerana kesukaanku tidak semestinya kesukaan mereka. Walau bagaimana pun, ilmu mempelajari cara-cara bermain alat muzik akan aku pastikan dapat mereka dekati. Apabila mereka dewasa, terserahlah kepada mereka untuk mendalaminya atau pun tidak. :)
Tuesday, July 5, 2011
Love Quotes
#1 Meeting you was fate, becoming your friend was a choice, but falling in love with you I had no control over.
#2 I'm not supposed to love you, I'm not supposed to care, I'm not supposed to live my life wishing you were there, I'm not supposed to wonder where you are or what you do... I'm sorry I can't help myself. I'm in love with you.
#3 If I never met you, I wouldn't like you. If I didn't like you, I wouldn't love you. If I didn't love you, I wouldn't miss you. But I did, I do and I will.
#4 It hurts to love someone and not be loved in return, but what is the most painful is to love someone and never find the courage to let the person know how you feel.

Monday, July 4, 2011
23 Jun 2011 (Khamis) - 30 Jun 2011 (Khamis)
23 Jun 2011 (Khamis):
Aku ke Tampines Central 1 untuk mendapatkan rawatan kulit kepala di Svenson Hair Care. Alhamdulillah! PUAS HATI!
24 Jun 2011 (Jumaat):
Aku mengajar bahasa Melayu untuk sepuluh orang penghuni Darul Ihsan. Alhamdulillah! SERONOK!
Antara perkara yang dapat dikongsi bersama mereka ialah kosa kata, kata pelbagai makna dan pantun Melayu tradisional.
Masa tidak mengizinkan untuk pengajaran kata seerti seiras dan aku juga tidak berkesempatan untuk memetik lebih banyak gambar.
Gambar untuk aktiviti kata pelbagai makna juga tidak berpeluang aku ambil.
Pada waktu malam pula, aku ke Darul Ghufran untuk menghadiri kelas fardhu ain.
25 Jun 2011 (Sabtu):
Rehat.
26 Jun 2011 (Ahad):
Aku sudah dijangkiti flu. Namun aku tetap mahu ke Perpustakaan Bedok. Memandangkan komputer ribaku tidak berbateri, aku tentunya memerlukan 'power point'. Alangkah sukarnya mendapatkan tempat yang ada 'power point'. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dapat juga duduk di tempat yang agak selesa. Paling penting, ada 'power point'. Alhamdulillah! LEGA!
Sebelum maghrib, aku ke rumah Mahirah. Aku perlu menziarahinya kerana sudah lama kami tidak bertemu dan kami tidak dapat bertemu seperti biasa kerana dia sedang cuti sakit. Mahirah kemalangan jalan raya sewaktu membonceng motosikal ke tempat pengajiannya, NIE. Tulang lutut pada kaki kirinya retak. Lantas, doktor telah menjalankan pembedahan untuk memasukkan besi dengan tujuan meneguhkan tulang lutut pada kaki kirinya. Sedih rasa hati melihat 26 jahitan di kaki kirinya. :( Namun, kami bersyukur kerana dia selamat dan tidak mengalami kecederaan yang lebih teruk. Paling penting, dia masih ada di sisiku. Alhamdulillah! BERSYUKUR!
Mahirah merupakan satu-satunya kawan perempuan yang aku ada sekarang. Hanya dia yang aku ada meskipun aku masih ada Sarah. Namun, Sarah sudah berumah tangga. Rentak hidup Sarah dan rentak hidup aku ternyata jauh berbeza. Mahirah dan aku pada usia sebegini masih belum dikurniakan teman hidup. Sedikit sebanyak, rentak hidup kami agak sama.
Pada kebiasaannya, pada cuti begini, Mahirah sudah ajak aku jalan-jalan dengan keretanya. Dia akan memandu ke mana sahaja yang kami rasa kami ingin pergi atau kami fikir kami perlu pergi. Lantas, apabila dia kemalangan sebegini, aku seharusnya menemani Mahirah. Menurut Mahirah, meskipun dia mengalami kemalangan jalan raya dengan motosikal tetapi dia fobia untuk memandu keretanya sendiri. Impak sebuah kemalangan jalan raya.
27 Jun 2011 (Isnin):
Demam.
Pegawai teknikal Lenovo ke rumah untuk memperbaiki komputerku. Nampaknya, permasalahan komputerku bukan disebabkan 'mother board'. Dia akan datang lagi bersama 'power supply' yang baharu. Itulah katanya.
28 Jun 2011 (Selasa):
Demam.
29 Jun 2011 (Rabu):
Selepas maghrib, aku ke Novena Square untuk membuat pertukaran tarikh pulang bagi tiket First Coach.
30 Jun 2011 (Khamis):
Aku, Nur Khairiyyah dan Nur Hakimah mendapatkan rawatan spa di Wayan Retreat, Arab Street. Nur Khairiyyah dan Nur Hakimah mendapatkan rawatan urutan Bali manakala aku mendapatkan rawatan melembabkan kulit tubuh yang dikenali sebagai rawatan Mango Shea. Alhamdulillah! SENANG HATI!
Selepas mendapatkan rawatan spa, kami makan di Restoran Zam Zam.

Saturday, July 2, 2011
Love Quotes
#1 The rose speaks of love silently, in a language known only to the heart.
#2 Somewhere there's someone who dreams of your smile.
#3 To be your friend was all I ever wanted; to be your lover was all I ever dreamed.
#4 If you love me only in my dreams, let me be asleep forever.

Friday, July 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)