Wednesday, July 13, 2011

Apa Ada Pada Pisang


Betapa aku teruja dengan fakta dan maklumat tentang khasiat dan zat pisang. Kebanyakan lelaman yang aku kunjungi menyatakan beberapa perkara yang sama. Antara yang menarik ialah pisang dapat menstabilkan tekanan perasaan dan menenangkan 'mood' yang tidak stabil. Wow! Perkara ini berlaku apabila protin dalam pisang yang dikenali sebagai 'tryptophan' bertukar menjadi 'serotonin' dalam tubuh manusia. 'Serotonin' membantu menstabilkan tekanan perasaan dan menenangkan 'mood' yang tidak stabil. Lantas, pisang boleh dijadikan penawar ketika keadaan sangat membebankan fikiran dan perasaan. Kalau sedang stres, makanlah pisang! Kalau sedang berkonflik, makanlah pisang! Kalau sedang bermasalah, makanlah pisang! Kalau sedang bingung dek tugasan, makanlah pisang! :)


Berikut merupakan kenyataan yang ditemui dalam tiga buah lelaman:

a. Sub tajuk artikel: Reducing Depression

Bananas contain tryptophan, an aminoacid that can be converted to serotonin, leading to improved mood.

Alamat lelaman: http://bananasweb.com/bananas/Health+Benefits+of+Bananas


b. Sub tajuk artikel: Depression

According to a recent survey amongst people suffering from depression, many felt much better after eating a banana. This is because bananas contain tryptophan, a type of protein that the body converts into serotonin, known to make you relax, improve your mood and generally make you feel happier.

Alamat lelaman: http://www.knowledgebase-script.com/demo/article-313.html


c. Sub tajuk artikel: Mood Benefits

Bananas contain tryptophan, with roughly 11 mg in a medium-sized fruit. Tryptophan aids your body's production of serotonin, which has a mood-stabilizing effect and acts as a mild sedative.

Alamat lelaman: http://www.livestrong.com/article/478736-why-are-bananas-good-for-your-health


Melalui alamat lelaman yang tertera di atas dan lelaman lain dalam bahasa Melayu, pelbagai fakta dan maklumat tentang khasiat dan zat pisang dapat diperolehi. Menarik! InsyaAllah, dalam 'post' yang seterusnya, aku akan berkongsi lagi tentang khasiat dan zat yang lain tentang pisang.

Mengapa pisang menjadi pilihan? Sebenarnya, beberapa hari yang lalu, aku telah membaca sebuah penulisan daripada sebuah buku yang ditulis oleh Maya Fiennes tentang pemakanan. Beliau menggalakkan orang ramai agar menyedari dan menghayati makanan yang dimakan agar kita benar-benar beroleh nikmat daripada pemakanan kita. Antara kata-kata Maya Fiennes yang aku ingin kongsi bersama adalah seperti berikut...

"We need to eat to survive, but food should also be enjoyable. It's a gift, and we should treat it as such, celebrate and bless it. The taste, texture and smell of fresh fruit and vegetables, tender meats and rich spices are delights to enjoy. Mealtimes are special, and I treat the process of cooking, sharing and eating food as a life-affirming ritual."

"We must be fully conscious of what we are eating, where it has come from and how it has been produced."

"Bless your meals and be thankful for them. Before I eat, I take a few seconds to really look at my food, think about where it is from, and enjoy the colours, smells and textures. Then I will say, "Food, I thank you, I love you, I respect you." Just saying those few words, even in your head, doesn't take much time. But having that moment of gratefulness makes a huge difference."


Sebenarnya, semenjak Jumaat yang lalu, aku telah memulakan rutin makan buahan-buahan. Sebagai permulaan, aku perlu makan sebiji buah-buahan setiap hari. Sejauh ini, aku sudah pun makan epal hijau, diikuti dengan pisang dan kemudian, limau. Meskipun telah dipelajari dan dihafal tentang zat dan khasiat buah-buahan sewaktu di sekolah menengah dahulu, ternyata yang aku ingati tidaklah sebanyak yang aku telah terlupa. Bahkan setelah waktu beredar, tentu banyak penemuan baharu tentang zat dan khasiat buah-buahan yang telah diperolehi. Lantas, apa salahnya, aku kembali mencari dan mengambil tahu tentang fakta dan maklumat yang relevan.

Alhamdulillah, aku belum merasai kesan positif yang ketara daripada buah-buahan yang aku makan. Barangkali, aku tidak perasan akan kesan positifnya. Namun, aku perlu sentiasa mengingatkan diri aku supaya menyedari dan menghayati makanan yang aku makan. Aku mulakan dengan mencari dan mengambil tahu tentang fakta dan maklumat buah-buahan yang aku makan memandangkan aku telah memulakan rutin makan buah-buahan.

Kali ini, 'post' aku tentang pisang. InsyaAllah, akan dilanjutkan lagi tentang pisang juga dan diikuti dengan fakta dan maklumat tentang buah-buahan lain. :)

Satu-satunya patun tradisional yang termasyhur tentang pisang pula berbunyi begini...

'Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati'

Semoga bertemu lagi dalam 'post' yang akan datang, InsyaAllah. Apa ada pada pisang?

Protin bernama 'tryptophan'. :)

No comments:

Post a Comment