Thursday, July 7, 2011

Muzik Di Jiwaku

Suatu hari nanti, apabila aku dikurniakan anak-anak, InsyaAllah, aku akan membuka ruang dan peluang untuk anak-anakku belajar bermain alat muzik. Impianku biarlah setiap daripada anak-anakku pandai bermain sekurang-kurangnya satu alat muzik. Alat-alat muzik yang aku maksudkan ialah biola, piano atau dram. Alat muzik tradisional yang aku suka pula terdiri daripada seruling, bonang dan rebana. Moga-moga dengan mendekati seni muzik, kekreatifan mereka dapat diasah sejak daripada kecil dan tidak menjadi seperti aku... seseorang yang buta muzik. Namun, impianku tidak semestinya menjadi impian mereka kerana kesukaanku tidak semestinya kesukaan mereka. Walau bagaimana pun, ilmu mempelajari cara-cara bermain alat muzik akan aku pastikan dapat mereka dekati. Apabila mereka dewasa, terserahlah kepada mereka untuk mendalaminya atau pun tidak. :)






No comments:

Post a Comment