23 Jun 2011 (Khamis):
Aku ke Tampines Central 1 untuk mendapatkan rawatan kulit kepala di Svenson Hair Care. Alhamdulillah! PUAS HATI!
24 Jun 2011 (Jumaat):
Aku mengajar bahasa Melayu untuk sepuluh orang penghuni Darul Ihsan. Alhamdulillah! SERONOK!
Antara perkara yang dapat dikongsi bersama mereka ialah kosa kata, kata pelbagai makna dan pantun Melayu tradisional.
Masa tidak mengizinkan untuk pengajaran kata seerti seiras dan aku juga tidak berkesempatan untuk memetik lebih banyak gambar.
Gambar untuk aktiviti kata pelbagai makna juga tidak berpeluang aku ambil.
Pada waktu malam pula, aku ke Darul Ghufran untuk menghadiri kelas fardhu ain.
25 Jun 2011 (Sabtu):
Rehat.
26 Jun 2011 (Ahad):
Aku sudah dijangkiti flu. Namun aku tetap mahu ke Perpustakaan Bedok. Memandangkan komputer ribaku tidak berbateri, aku tentunya memerlukan 'power point'. Alangkah sukarnya mendapatkan tempat yang ada 'power point'. Setelah sekian lama menunggu, akhirnya dapat juga duduk di tempat yang agak selesa. Paling penting, ada 'power point'. Alhamdulillah! LEGA!
Sebelum maghrib, aku ke rumah Mahirah. Aku perlu menziarahinya kerana sudah lama kami tidak bertemu dan kami tidak dapat bertemu seperti biasa kerana dia sedang cuti sakit. Mahirah kemalangan jalan raya sewaktu membonceng motosikal ke tempat pengajiannya, NIE. Tulang lutut pada kaki kirinya retak. Lantas, doktor telah menjalankan pembedahan untuk memasukkan besi dengan tujuan meneguhkan tulang lutut pada kaki kirinya. Sedih rasa hati melihat 26 jahitan di kaki kirinya. :( Namun, kami bersyukur kerana dia selamat dan tidak mengalami kecederaan yang lebih teruk. Paling penting, dia masih ada di sisiku. Alhamdulillah! BERSYUKUR!
Mahirah merupakan satu-satunya kawan perempuan yang aku ada sekarang. Hanya dia yang aku ada meskipun aku masih ada Sarah. Namun, Sarah sudah berumah tangga. Rentak hidup Sarah dan rentak hidup aku ternyata jauh berbeza. Mahirah dan aku pada usia sebegini masih belum dikurniakan teman hidup. Sedikit sebanyak, rentak hidup kami agak sama.
Pada kebiasaannya, pada cuti begini, Mahirah sudah ajak aku jalan-jalan dengan keretanya. Dia akan memandu ke mana sahaja yang kami rasa kami ingin pergi atau kami fikir kami perlu pergi. Lantas, apabila dia kemalangan sebegini, aku seharusnya menemani Mahirah. Menurut Mahirah, meskipun dia mengalami kemalangan jalan raya dengan motosikal tetapi dia fobia untuk memandu keretanya sendiri. Impak sebuah kemalangan jalan raya.
27 Jun 2011 (Isnin):
Demam.
Pegawai teknikal Lenovo ke rumah untuk memperbaiki komputerku. Nampaknya, permasalahan komputerku bukan disebabkan 'mother board'. Dia akan datang lagi bersama 'power supply' yang baharu. Itulah katanya.
28 Jun 2011 (Selasa):
Demam.
29 Jun 2011 (Rabu):
Selepas maghrib, aku ke Novena Square untuk membuat pertukaran tarikh pulang bagi tiket First Coach.
30 Jun 2011 (Khamis):
Aku, Nur Khairiyyah dan Nur Hakimah mendapatkan rawatan spa di Wayan Retreat, Arab Street. Nur Khairiyyah dan Nur Hakimah mendapatkan rawatan urutan Bali manakala aku mendapatkan rawatan melembabkan kulit tubuh yang dikenali sebagai rawatan Mango Shea. Alhamdulillah! SENANG HATI!
Selepas mendapatkan rawatan spa, kami makan di Restoran Zam Zam.
No comments:
Post a Comment