Friday, February 10, 2012

Antara Cinta Syahdu Dengan Kasih Sofia

Syahdu ialah wanita yang dicintai Irfan dek pertemuan pertama mereka di stesen kereta api.

Namun begitu, cinta yang bersemi pada pandangan dan perkenalan pertama ini tidak berkesudahan dengan pernikahan antara Syahdu dan Irfan.

Sofia pula adalah wanita yang dikasihi Irfan dek pernikahan yang disegerakan setelah Irfan patah hati apabila Syahdu bernikah dengan lelaki lain.

Sebenarnya Syahdu terpaksa bernikah dengan lelaki lain kerana terperangkap dengan situasi ibu Syahdu yang memerlukan pembedahan sedangkan bantuan kewangan itu akan hanya diberi kepada Syahdu andai Syahdu bersetuju bernikah dengan lelaki lain yang tersebut.

Kasih fitrah yang mekar menguntum sesudah bernikah antara Sofia dan Irfan ialah anugerah yang indah dalam hidup Irfan.

Manakala, Syahdu yang telah terlebih dahulu bernikah dengan lelaki yang tidak dicintai akhirnya bercerai jua.
Ikatan poligami akhirnya menyatukan Sofia dan Syahdu sebagai madu yang sama-sama menyayangi Irfan.

Namun begitu, penerimaan Sofia dan Syahdu terhadap rasa cemburu yang membungkam di jiwa tidak sama dan perkara ini merumitkan keadaan.

Andai kata aku berpoligami, tinggal serumah dengan madu bersama suami bukanlah pilihanku.... kerana seperti Sofia dan Syahdu, aku juga punyai rasa cemburu.

Sama ada aku memendam seperti Sofia atau aku memberontak seperti Syahdu.

Perasaan cemburu tentu menyakitkan hati.

Cemburu itu fitrah yang diciptakan Allah s.w.t.

Sedangkan dalam rumahtangga monogami pun, rasa cemburu pasti bergelora dalam jiwa.

Apatah lagi dalam rumahtangga poligami pula, rasa cemburu pasti bergelombang dalam jiwa.

Bukankah cemburu tanda cinta yang mendalam antara pasangan yang berkasih....?

Dengan iman dan ilmu serta kemahiran...

Dengan kasih sayang dan keprihatinan...

Dengan cinta kepada Pemilik Cinta...

Cemburu di hati yang bergelora bahkan bergelombang akan diredakan dan ditenangkan.

Mudah diperkatakan.

Sukar dilaksanakan.

Antara cinta Syahdu dengan Kasih Sofia, Irfan pada pandanganku belum mampu mengendalikan dua jiwa ini kerana ilmu dan kemahiran tentang poligami belum diperolehi.

Sofia ternyata seorang wanita yang solehah kerana punyai iman di hati.

Atas dasar itu, cemburu di hati lebih terkendali.

Syahdu pula masih bertatih dalam memiliki iman agar menjadi seorang wanita yang solehah.

Atas dasar itu, cemburu di hati kian bergejolak seperti api yang marak.

Irfan meskipun mempunyai ciri-ciri lelaki beriman tetapi belum mampu mendidik dan memimpin isteri-isterinya ke arah itu kerana barangkali kekurangan ilmu dan kemahiran.

Poligami yang dibina barangkali berasaskan cinta dan simpati dan belum kukuh terbina di atas asas yang kukuh iaitu mencintai Allah dan menyayangi sesama insan.

Atas dasar itu, cemburu di hati mereka tidak dapat dikendalikan.


Andai kata aku berpoligami dengan mengambil peranan isteri pertama, besar harapanku wujudnya keserasian antara diriku dengan maduku sejak dari mula.

Bukan sekadar keserasian, bahkan saling menyayangi.

:)

Itulah yang kuharapkan sungguh-sungguh.

Andai tidak serasi dan tidak menyayangi, tidak mungkin aku dapat menerima rumahtangga poligami ini sejak dari mula.

:(

No comments:

Post a Comment