Posku yang berjudul 'Penelope Brown dan Stephen Levinson' pada 3 Januari 2012 rupa-rupanya telah dibaca oleh seseorang daripada Makassar, Indonesia.
Alhamdulillah.
Beliau telah meninggalkan komen dalam posku pada 6 Februari 2012.
Komennya baru sahaja aku baca beberapa minit yang lalu.
:)
Seketika aku teringat kepada seorang kenalan Indonesia yang pernah aku kenali melalui Yahoo Messenger.
Beliau banyak memberi nasihat dan membuka fikiranku dengan pandangannya yang matang.
Namun, kami tidak lagi berhubung setelah aku menghapuskan akaun Yahoo Messenger.
Aku langsung tidak ingat nama profilnya, nama sebenarnya bahkan negeri asalnya.
Aku hanya ingat bahawa kenalanku itu dari Indonesia.
Hadirnya sebagai rakan siber berwatak penasihat dalam Yahoo Messenger memang meninggalkan kesan dan kenangan.
Namun segalanya hanya untuk sementara waktu.
Bermula sudah.
Berakhir pun sudah.
No comments:
Post a Comment