Saturday, February 25, 2012

Produksi Kecil bersama Nur Ain dan Nur Farhah

23 Februari 2012.

12 tengah hari.

Akademi Pengajian Melayu.

Alhamdulillah.

Produksi Kecil telah menjalankan penggambaran kami yang pertama dengan menemubual sepasang sahabat karib dalam kalangan pelajar sesi 2009/2010 yang sejauh ini telah mampu memelihara perhubungan mereka sejak semester pertama (Tahun 1) hinggalah ke semester keenam (Tahun 3).

Abu Bakar, Azhar, Mazwan dan Zakaria hadir pada penggambaran pertama kami ini dengan mengambil peranan dan menjalankan tugas masing-masing.

Setelah selesai penggambaran, kami makan tengah hari di kafeteria.

Kemudian, kami letakkan beg di perpustakaan sebelum menunaikan solat fardhu Zuhur di surau.

Kurang perancangan dan kurang pengalaman.

Namun, kami mempunyai motivasi yang tinggi dan minat yang mendalam untuk menghasilkan produksi yang terbaik.

Perkongsian klip video TOMATO oleh Mazwan telah menjadi inspirasiku.

Sememangnya aku meminati bidang merakam video.

Pernah aku ikuti kursus penyuntingan video secara peribadi suatu masa dahulu.

Jika tidak silap tahun 2005.

Pernah juga aku ikuti kursus penyuntingan video yang diwajibkan bagi guru-guru di sekolahku pada tahun 2009.

Namun, ilmu dan kemahiran yang tidak diaplikasikan secara berterusan lazimnya akan menjadi satu perkara yang tidak memberi manfaat.

Sememangnya juga, aku pernah meminati bidang menulis skrip suatu masa dahulu.

Pernah juga aku ikuti kursus penulisan skrip yang diwajibkan bagi guru pelatih-guru pelatih di Institut Pendidikan. (Jika tidak silap, pada tahun 2001).

Pernah juga aku ikuti kursus penulisan skrip yang dianjurkan oleh Berita Harian. (Jika tidak silap, pada tahun 2005).

Pernah juga aku ikuti kursus penulisan skrip yang dianjurkan oleh FINAS pada tahun 2010.

Namun, ilmu dan kemahiran yang tidak diaplikasikan secara berterusan lazimnya akan menjadi satu perkara yang tidak membawa manfaat.

Entah bagaimana, Mazwan yang menghasilkan klip video yang terdiri daripada gambar-gambar untuk kenangan pelajar sesi kami telah menyuntik motivasi kepadaku untuk bekerjasama dengannya dalam mencari pengalaman memulakan sebuah produksi kecil.

Alhamdulillah, Mazwan mempunyai matlamat yang lebih jauh iaitu menghasilkan dokumentari atau filem pendek.

Sesuatu yang pernah terdetik di hati kecilku suatu masa dahulu tentang pembikinan klip video yang boleh memberi dan membawa manfaat tetapi tidak pernah direalisasikan seolah-olah kini mendapat laluan untuk dilaksanakan.

Semangat dan matlamat Mazwan selaku ketua produksi kami mengagumkanku.

Bahkan Mazwan telah membina grup Produksi Kecil di Facebook untuk kemudahan kami berinteraksi.

Alhamdulillah, daku gembira dan bersyukur!

No comments:

Post a Comment