1) Hari pertama (Isnin 13 Februari 2012)
Tersua dengan Abu Bakar dan Syafix di foyer. Abu Bakar memberiku bayaran duit kek dan memulangkan kepadaku lebihan duit sewa kereta daripada program ke Bukit Broga.
Menemui Khaidir, Safirah, Nabila, Faraliyana dan Hafiz di meja bundar.
Berbincang dengan Hafiz di meja bundar dan melanjutkan perbincangan ke meja empat persegi di Restoran Sahur.
Alhamdulillah.
2) Hari kedua (Selasa 14 Februari 2012)
Mendapatkan surat pengesahan pelajar di ofis untuk tujuan pendaftaran pas pelajar antarabangsa.
Alhamdulillah, surat pengesahan sudah ada dalam genggaman.
Hafiz dan Khaidir sudah memang ada di dalam ofis kerana mereka berdua ingin dan akan bertemu dengan Prof Zahir.
Aku duduk di sofa yang mereka duduk.
Seperti yang telah aku bincangkan sepintas lalu dengan Hafiz, aku sampaikan hasratku tentang program usrah untuk Keluarga Bahagia.
Alhamdulillah.
Khaidir berpendapat bahawa program itu boleh dilaksanakan dan mereka berdua sependapat program itu dijalankan di luar APM.
Setelah mereka memasuki pintu kaunter untuk bertemu dengan Prof Zahir, aku pun meninggalkan APM.
3) Hari ketiga (Isnin 20 Februari 2012)
Minggu kedua.
Masih dalam minggu 'add and drop' iaitu minggu mendaftar dan menggugurkan kursus.
Hari pertama aku memasuki kelas Dr Ibrahim iaitu kelas Leksikografi memandangkan aku tidak hadir ke kelas pada minggu lalu.
Tidak aku sangka bahawa kesayanganku, Unaizah turut mendambil kursus ini.
Gembira!
Sedangkan beberapa jam sebelum pagi ini, terlintas di fikiranku bahawa aku dan Unaizah tidak akan lagi bersua muka di dalam sebarang kelas.
Akhirnya, kami sekelas jua.
Alhamdulillah.
Aku tertarik dengan isi pengajaran yang disampaikan oleh Dr Ibrahim.
Kamus dan perkamusan.
Kami berdua sempat bergambar di dalam kelas menggunakan kamera daripada telefon bimbit Unaizah.
Sejurus selepas kelas, Abu Bakar dan Awg Azhar menjelaskan bayaran tiket pergi balik (Singapura-KL).
Kami berempat iaitu Abu Bakar, Awg Azhar, Mazwan dan aku sendiri berbincang tentang produksi kecil kami.
Objektif produksi kecil kami yang diberi nama Produksi Kecil oleh Mazwan ialah untuk menghasilkan rakaman untuk dijadikan kenangan bersama memandangkan kami akan berpisah tidak lama lagi.
Tentunya kenang-kenangan untuk anggota Keluarga Bahagia (di FB) yang merupakan mahasiswa/mahasiswi sesi 2009/2010 yang telah hampir tiga tahun bersama dalam pengajian.
Selain itu, produksi kecil juga mempunyai objektif untuk menghasilkan klip video berupa dokumentari atau filem pendek yang mempunyai nilai murni serta bermutu tinggi.
Filem pendek TOMATO menjadi inspirasi kami.
Sewaktu perbincangan di dalam bilik kuliah, Zakaria dan Redzuan memasuki bilik kuliah.
Bergurau senda seperti biasa.
Senyum tawa seperti sentiasa.
Satu idea yang menarik minatku hasil daripada perbincangan kami (melambas otak) ialah tentang isu teman sebilik (room mate) yang dikaitkan dengan isu bekalan elektrik yang terputus.
Satu lagi idea yang menarik minatku, barangkali bukan kerana idea yang terkandung tetapi objek yang disebut iaitu sebatang pena.
Secara peribadi, isu teman sebilik merupakan perkara yang menguji perasaan dan mencabar kesabaranku semasa berada di Universiti Malaya.
3 bulan pertama di Kolej 11, Blok C, Tingkat 3, Unit 301.... aku sebenarnya tertekan hingga aku mengambil keputusan untuk berpindah ke (bukan kolej yang lain dan bukan blok yang lain tetapi ke..) Tingkat 4, Unit 403.
Alhamdulillah.
Aku bahagia.
Lantas, isu teman sebilik amat dekat di hatiku.
Begitu juga dengan isu bekalan elektrik yang terputus (selain daripada bekalan air yang pernah terputus).
Jika dikenangkan, lucu juga apabila bekalan air terputus.
Kerenah dan sikap rakan-rakan banyak membuka mata dan membuka minda tentang nilai kehidupan.
Secara peribadi sekali lagi, objek sebatang pena juga amat dekat di hati kerana sampai ke hari ini, aku masih menyimpan sebatang pena yang tidak mahal pun harganya tetapi aku sangat menghargainya.
Sebatang pena itu bukan hadiah.
Sebatang pena itu bukan pemberian.
Sebatang pena itu merupakan pertukaran.
Mungkin tidak perlu aku lanjutkan tentang peristiwa peribadi itu.
Namun aku tertarik untuk mengolah idea berdasarkan objek sebatang pena itu.
InsyaAllah.
4) Hari keempat (Selasa 21 Februari 2012)
Sewaktu berada di dalam perpustakaan, Dr Ibrahim menghampiriku yang sedang duduk bersama dengan Swee Kim.
Dr Ibrahim bertanyakan pendapat kami tentang bentuk pembentangan yang boleh dijalankan di dalam kelas Bahasa Melayu Lisan.
Kelas Kesenian Islam pula tidak sebosan yang aku sangkakan.
Aku tidak menjangkakan kelas ini penuh.
Ramai pelajar junior yang merupakan muka-muka baru mengambil kursus ini.
Dua tajuk tugasan telah diberikan.
Alhamdulillah.
Sejurus keluar daripada bilik kuliah, pembentukan kumpulan telah ditetapkan iaitu Cenderawasih bergabung semula dan ditunggangi oleh seorang anggota baharu yang merupakan pelajar junior iaitu Hasanah.
Khaidir, Hafiz dan aku berhasrat ke kafeteria.
Namun, aku singgah ke kelas Sastera sebentar untuk meminta tolong daripada Zakaria merakam video di dalam bilik kuliah.
Akhirnya, aku ke dalam kelas untuk meminta kerjasama mereka menyanyikan sebahagian daripada dua buah lagu yang berunsurkan persahabatan dan perpisahan.
Selain daripada meminta suara ramai mengujarkan ucapan perpisahan.
Sesudah itu, aku ke kafeteria untuk bertemu dengan Khaidir dan Hafiz.
Antara perkara yang dibincangkan ialah Kenduri Rakyat.
Akhir sekali, kami bertiga iaitu Nur Hakimah, Nur Khairiyyah dan diriku sendiri ke Restoran Sahur untuk menjamu selera sebelum ke ofis First Coach untuk membeli tiket pergi balik (KL-SIngapura).
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment