Thursday, February 16, 2012

Hari pertama dalam semester keenam

Isnin

12 Februari 2012

Kelas Sosiolinguistik pada jam 3 petang dibatalkan.

Oleh sebab aku telah berjanji untuk bertemu dengan Hafiz di meja bundar berdekatan dengan surau, aku perlu ke APM juga.

Aku tidak mahu bertangguh lagi memandangkan janji temu pada 19 Januari 2012 yang lalu tidak kesampaian.

Dari foyer, kelihatan Hafiz bersama dengan Khaidir di meja bundar dengan gadis-gadis APM yang lain.

Tersua dengan Syafix dan Abu Bakar di foyer.

Mereka menyapaku.

Kami berbual seketika.


Abu Bakar melunaskan hutang kek sempena sambutan hari meningkat usia Zakaria dan juga hutang ongkos kenderaan ke Bukit Broga tempoh hari.

Aku memaklumkan mereka tentang program bercuti ke Singapura pada 1 Mac hingga 4 Mac.

Nazif yang mendekati kami turut dimaklumkan tentang program bercuti kerana sehari sebelum, dia memberi komen di FB tentang hasratnya mengikuti program ini.

Tidak sangka Nazif berminat kerana sebelum ini dia tidak pernah menyebut atau menyatakan apa-apa tentang hasratnya ke Singapura.

Alhamdulillah.

Meramaikan jumlah pelajar lelaki.

Dari jauh, Khaidir melambaikan tangan agar ke tempat mereka sedang duduk.

Safirah, Faraliyana dan Nabila ada di situ juga.

Kami bersalaman.

Aku memaklumkan mereka perkara yang sama tentang program bercuti ke Singapura.

Setelah selesai segala urusan dan adik-adik beredar, barulah dapat bertemu empat mata dengan Hafiz untuk membincangkan perkara-perkara yang perlu dibicarakan.

Apabila APM mulai lengang, kami ke Restoran Sahur pula untuk menyambung perbincangan kami.

Dalam perjalanan ke Restoran Sahur, Ahmad Fouad yang menunggang motosikalnya memberhentikan kenderaannya di tepi jalan.

Kami bertegur sapa seketika.

Di Restoran Sahur pula, Hafiz terlihat Faraliyana dan Syafix di meja makan.

Aku yang berada di belakang Faraliyana dan Syafix mengutip batu-batu kecil dan mencampakkan batu-batu kecil itu ke arah mereka.

Hihihihi.

Perbincangan dengan Hafiz di meja makan Restoran Sahur berakhir lebih kurang jam 7 malam.

Aku berjalan kaki pulang ke Kolej 11.

Sesampainya di perkarangan Kolej 11, hujan pun turun.

Maka aku berjalan di dalam hujan menuju ke Blok C.

Hari pertamaku dalam semester keenam iaitu semester terakhir telah bermula.

Tidak ramai yang aku temui di APM pada petang ini.

Bermula dengan Syafix dan Abu Bakar.

Diikuti dengan Hafiz, Khaidir, Safirah, Faraliyana dan Nabila.

Kemudian Ahmad Fouad.

Akhir sekali dengan Munira pada jam 9 malam di Aras 2.

Tengah malam barulah buat pertama kalinya aku makan.

Makan pada waktu tengah malam?!

Makan burger iaitu Double Prosperity.

Aku betul-betul kebuluran kerana pada siangnya, aku tiada selera dan tiada mood untuk makan.

Aku menahan lapar kerana pada malamnya pula, aku perlu menyelesaikan urusan penting.

Apabila Edi Farid menyapaku di ruang FB, aku tidak dapat berinteraksi dengan lebih panjang kerana sedang sangat kebuluran.

Terlalu ramai yang menegur bahawa aku semakin kurus.

Entah mengapa tiada selera makan dan tiada mood untuk makan.

Walau apa pun, hari pertama dalam semester keenam telah pun bermula.

No comments:

Post a Comment