Ingin Sentiasa Memahami
Memahami tujuan hidup dan mati, tujuan berumahtangga, tujuan mencari ilmu, tujuan mencari rezeki, tujuan... segala tujuan dalam meniti kehidupan ini. Memahami makna kehidupan yang sementara ini kerana apa dan untuk siapa. Seterusnya, kefahaman itu diterjemahkan kepada kelakuan.
Memahami isi kandungan Al Quran dan memahami cara hidup hamba pilihanNya, khususnya Rasulullah s.a.w berserta personaliti-personaliti unggul dalam sejarah.
Memahami saya, memahami kekurangan saya, memahami kelemahan diri saya, memahami mazmumah saya, memahami pemikiran, tindak-tanduk dan perasaan saya yang saya sendiri tidak fahami. Seterusnya, dapat menegur saya dengan berhikmah, membimbing saya dengan sabar dan memotivasi saya dengan prihatin.
Memahami dirinya sendiri juga kerana pasti saya ingin dia sama-sama memperbaiki diri andai kata tersilap atau tersalah dalam berfikir, bertindak atau berperasaan.
Apakah berat permintaan ciri pertama saya ni? InsyaAllah, akan jadi mudah selagi mana kita ingin sentiasa memahami dengan menjadikan ilmu pengetahuan sebagai wadah. Saya pun kena ingin sentiasa memahami. Perkataan 'ingin' dan 'sentiasa' penting kerana dengan keinginan, insyaAllah pasti akan dikurniakan jalan dan dengan kesentiasaan, insyaAllah apa segala yang berlaku di sekeliling kita menjadi bahan pengetahuan.
Ya Allah, jadikan kami insan yang ingin sentiasa memahami setiap perintahMu..... Hanya Engkau yang akan mempertemukan kami bukan? Engkau pernah menemukan aku dengan seorang lelaki yang mempunyai ciri ini tetapi Engkau tidak mentaqdirkan lelaki ini untukku. Huhuhuhu. Aku masih berharap dan masih berdoa agar Engkau merezekikan seorang lelaki yang mempunyai ciri INGIN SENTIASA MEMAHAMI.
No comments:
Post a Comment