Thursday, September 25, 2014

G untuk Gelintar. G untuk Gembleng.

G untuk gelintar.

'Gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk kusemai  menjadi sepohon makrifat
Moga dapat kuberteduh di rendang kasihMu'

Begitulah bait lirik dalam sebuah lagu nasyid yang syahdu.

Perkataan 'gelintar' wujud dalam lirik lagu nan indah ini.

Kamus Dewan Edisi Keempat (ms 450) mendefinisikan 'gelintar' sebagai berkeliling mencari sesuatu.

Indah perkataan ini.

G untuk gembleng.

Cikgu Aishah.

Ya, Cikgu Aishah yang mula-mula menggunakan perkataan ini apabila beliau diminta oleh ketua penerbitan Setinta Wacana untuk menulis kata-kata pengharagaan bagi makalah yang diterbitkan.

Kamus Dewan Edisi Keempat (ms 454) mendefinisikan 'gelintar' sebagai menyatukan  atau memadukan (tenaga, modal, dll) untuk melakukan (menghasilkan, memperteguh, dsb) sesuatu,

Menarik perkataan ini yang berasal daripada bahasa Jawa.

No comments:

Post a Comment