Namun dari segi sebutan, perkataan 'Bapa' lazim dilafazkan sebagai 'Bapak'.
Selain daripada perkataan 'Bapa', sesetengah orang menggelarkan insan yang berstatus bapa dalam hidup mereka sebagai 'Ayah', 'Abah', 'Abi' dan sebagainya.
Walau apa jua gelaran yang diberikan kepada insan yang amat penting dalam hidup kita ini, sebenarnya tidak semua insan yang bernasib baik kerana dilahirkan ke dunia ini tanpa hadirnya seorang bapa.
Dalam usaha mendekati dan mengenali pelajarku, daku memilih kata nama 'bapa' sebagai topik perkongsian, perbualan dan perbincangan ketika berada dalam bulatan bersama kelas 2 Normal Akademik dan kelas 3 Normal Akademik.
Ramai pelajar yang tidak bersedia untuk berkongsi tentang topik ini.
Ada pun yang berkongsi hanya menceritakan sesuatu yang ringkas tentang topik ini.
A menceritakan perkara yang positif tentang ayahnya.
I pula menceritakan bahawa bapanya berada di penjara.
Seandainya bapanya muncul kembali dalam hidupnya, I mengatakan bahawa dia sedia menerima kehadirannya.
Berbeza dengan H.
Dia langsung tidak dapat menerima bapanya
Seandainya bapanya muncul kembali dalam hidupnya, H mengatakan bahawa dia akan memukul bapanya.
Begitulah antara perbualan para pelajarku apabila membincangkan topik mengenai bapa mereka..
Kian ramai pelajar yang tinggal sebumbung dengan bapa tiri.
Terdapat juga pelajar yang tidak berbapa.
Ada pelajar yang mempunyai bapa angkat.
Begitulah kehidupan para pelajarku apabila mereka diberi peluang untuk berkongsi, bercerita dan berbincang tentang topik yang diketengahkan melalui pembelajaran dalam bulatan.
No comments:
Post a Comment