Monday, September 22, 2014

H untuk Hajat. H untuk Haida.

Dalam sebuah klip video yang dimuat naik di Youtube pada tahun ini, Haida iaitu seorang penyanyi terkenal ketika aku di sekolah menengah satu masa dahulu tampil dengan lagu beliau yang popular iaitu Hajat.

Subhanallah.

Penyampaian lagu Hajat oleh Haida pada tahun 2014 ini ternyata lebih lunak, lebih lembut dan lebih indah.

Berikut merupakan lirik lagu Hajat:

Bisakah kau tempuh ranjau ini
Yang pastinya jurang menghalang
Sanggupkah engkau susah payah bersamaku
Janganlah pula nanti kau menyesali setelah melalui

Ku sekadar mawar di dalaman
Tak bererti budi yang dipandang
Rupa adalah diangankan setiap insan
Betapa jauh jarak kita berdua
Janggal digandingkan

Pernahkah kau fikir satu masa nanti
Sayangku
Apakan terjadi
Pasti gelora yang akan melanda
Kita berdua akan karam

Oh kasih
Sungguh kumengerti
Tulus benar oh kasihmu
Tak ku sangsikan
Seputih hatiku itulah kasihmu
Dari dulu dan kini

Oh sayangku
Lupakanlah semua
Hajat untuk memiliki diriku ini
Tak sanggup rasanya dirimu dicerca
Maka retak kasih saudara

Kita saling kasihi
Jadikanlah itu memori
Sayangku
Moga engkau tahu
Tidak semua cinta bersatu

H untuk Hajat iaitu judul lagu yang popular sewaktu aku di menengah tiga apatah lagi pada tahun itu aku putus cinta.

H untuk Haida yang telah merakamkan lagu itu ketika beliau berusia 15 tahun dan kini beliau semakin jelita.

Subhanallah.

No comments:

Post a Comment