20 peribahasa yang daku ajarkan kepada para pelajar melalui Strategi Pembelajaran Dalam Bulatan:
(a) ada gula adalah semut
(b) ada kerak adalah nasi
(c) alah bisa tegal biasa
(d) bagai menelan mestika embun
(e) bagaimana acuan begitulah kuihnya
(f) burung terbang dipipiskan lada
(g) garam jatuh ke air
(h) hilang adat tegal muafakat
(i) malu berkayuh perahu hanyut
(j) ringan tulang berat perut
(k) takut titik lalu tumpah
(l) besar kapal besar gelombang
(m) biduk lalu kiambang bertaut
(n) membuang garam ke laut
(o) sebab buah dikenal pohonnya
(p) seperti harimau menyembunyikan kukunya
(q) belayar sampai ke pulau
(l) tangan mencencang bahu memikul
(m) tiada rotan akar berguna
(n) tukang tidak membuang kayu
Meskipun tidak seorang guru pun yang menghargai pengajaranku, aku harus bersyukur kerana para pelajar terhibur dan meraih manfaat melalui pengajaranku.
Aku percaya dan yakin bahawa strategi ini telah meninggalkan kesan dalam pembelajaran anak didikku kerana bukan sekadar daya penghafalan mereka yang diasah tetapi mereka kudidik agar 'mendekati, mengingati, memahami dan menghayati' peribahasa Melayu yang indah.
No comments:
Post a Comment