Friday, March 30, 2012

Dalam Daun Ada Bicara

Artikel 'Dalam Daun Ada Bicara: Falsafah Alam Pantun Melayu' yang ditulis oleh Muhammad Haji Salleh.

Minta daun diberi daun,
Dalam daun ada bidara;
Minta pantun diberi pantun,
Dalam pantun ada bicara.

Dalam rintangan pemikiran asas bangsa Melayu/Nusantara, peribahasa dan pantunlah menjadi wadah terpenting. Melalui logika kebijaksanaan kolektif dan asosiasi puisi, baris-barisnya melukis jiwa bangsa itu, memberi suara kepada persoalan yang dihadapinya, secara bersambungan, untuk beberapa ratus kurun, malah ribuan, dalam hal praktikal dan perasaan, jasmaniah dan rohaniah, yang akhirnya diterjemahkan ke dalam berbagai-bagai pendapat, nilai, undang-undang, kasih sayang serta berbagai-bagai jjalur perasaan lainnya. Di sini, kita menemui sasterawan/pendeta menggalas dua fungsi sekali gus - sebagai penyair dan sebagai pemikir/pendeta, dua tugas berlainan, tetapi digabungkan dengan cukup ilmiah.

Oleh sebab mereka harus hidup, maka manusia Nusantara itu harus menyelesaikan beberapa masalah, dan kerana mereka juga ingin teman-teman atau ahli keluarga mereka terus mendapat manfaat kebijaksanaan bersama-sama, maka disusun dan dikekalkan oleh mereka dalam bentuk lisan yang mengesan jiwa lisan mereka.

Antara begitu banyak masalah yang harus ditanganinya, yang utama ialah bagaimana dia harus hidup dengan alam, mengenalinya, dan belajar daripadanya. Setelah ini diasaskan, maka dia perlu cepat menanam prinsip undang-undang masyarakatnya supaya hak dan keadilan bersama dapat dipastikan. Sementara itu, urusan hidup bermasyarakat, hidup dalam negara, dan hidup sebagai seorang individu, banyak menuntut perhatiannya. Konflik antara kumpulan pula harus diselesaikan, perasaan cinta dan bencinya pula mesti mendapat tempat dan kata sewajarnya. Tetapi, yang tidak kurang penting ialah mencari tempat dan maknanya sebagai manusia dalam cakerawala yang tidak mudah difahami dan dalam hal ini, dia harus berfikir sebagai seorang yang beragama.

Semua ini akhirnya meletakkan dasar pemikiran bangsa itu - dan dalam bentuk gabungannya inilah falsafah orang Melayu - Nusantara. Di layar besar, perasaan dan pandangannya terlukis nilai, etika, dan unggulnya; tetapi kita tidak harus lupa bahawa semua ini datang daripada pengalaman praktikal untuk hidup dan untuk mati, yang panjang dan diteliti dengan kesabaran orang terdahulu.

Asas Reka Bentuk Seni

Unsur-Unsur Seni:

1) Garisan
2) Warna
3) Jalinan
4) Rupa
5) Bentuk
6) Ruang

Prinsip-Prinsip Rekaan:

1) Pergerakan
2) Imbangan
3) Harmoni
4) Kontra
5) Penegasan
6) Kepelbagaian
7) Kesatuan

(Dipetik daripada buku Teori Seni Visual yang ditulis oleh Chang Hon Woon.)

Pada tahun pertama, semester kedua, kami diwajibkan mengambil modul Asas Reka Bentuk Seni dan pembelajaran kami bergantung kepada nota kuliah dan maklumat dalam internet sedangkan buku ini adalah sebaik-baik rujukan. Kenangan.... :)

Buku ini dipinjam kerana aku sedang mencari idea untuk pengajaran mikroku pada minggu ke-10. Berfikir dan memikirkan pengajaran mikro ini bukan suatu perkara yang mudah apatah lagi aku tidak begitu akrab dengan seni visual 2D apatah lagu seni visual 3D. Cabaran ini harus dilalui dengan minda terbuka. Ujian yang berlaku pada 26 Mac 2012 telah pun aku lalui dengan hati separuh terbuka kerana sebelum ini, aku tidak tidur sepanjang malam kerana minda berkecamuk. Salah satu perkara yang difikirkan ialah pengajaran mikroku. Namun, ujian yang berlaku pada 26 Mac 2012 mengajar aku sesuatu tentang sikap manusia yang kurang bertanggungjawab.

Apa pun, perkara sudah berlaku. Aku harus berlapang dada dan mengikhlaskan hati dengan ujian itu.

Sunday, March 25, 2012

Takdir dan Waktu

Bayangkan betapa seperti kilat memancar waktu kian berlalu?

Tidakkah keterlaluan menggambarkan cepatnya waktu berlalu dengan pancaran kilat?

Barangkali keterlaluan.

Tidak mengapa.

Bermetafora dan berhiperbola sejenak.

Hmmm...

Betapa waktu terus berlalu dan perpisahan yang tidak kuharap-harapkan semakin menghampiri.

Bayangkan baru Jumaat yang yang lalu iaitu 23 Mac 2012, aku keluar bersama Shidah ke Jabatan Pengangkutan Jalan, A&W dan Mid Valley sedangkan Jumaat pada minggu sebelum iaitu 16 Mac 2012 , aku baru sahaja berbincang tentang program wisata ke Kelantan dengan Sarah Najwa dan Abu Bakar yang telah mampir ke kolejku.

Seminggu yang mengandungi tujuh hari tidak terasa seperti seminggu melainkan hanya kerdipan mata.

Bermetafora dan berhiperbolakah aku?

Hmmm...

Namun, itulah yang kurasa.

Takdir dan waktu.

Takdir akan tentu memisahkan.

Waktu pula akan menyegerakan.

Kabhi Alvida Naa Kehna

Kabhi Alvida Naa Kehna.

Aku sedang menonton klip video demi klip video filem ini.

Barangkali sudah mencecah 117 kali aku menontoni filem ini.

Tetap konsentrasiku tertaut.

Tetap emosiku tersayat.

Terimbas kenangan menonton filem ini di dalam blik C301 iaitu bilik asramaku yang pertama semasa menjadi mahasiswi di Universiti Malaya pada tahun 2009.

Terimbas kenangan menonton filem ini di dalam kamar sendiri iaitu kamar tidurku di Singapura (sebelum dan sesudah menjadi mahasiswi di Universiti Malaya).

Hingga ke detik ini, filem ini masih tetap menjadi tatapan dan renunganku.

Masih tetap menjadi sesuatu yang kuhayati dan kuhargai.

Jalan cerita yang realistik.

Watak dan perwatakan yang penuh konflik.

Skrip yang indah dengan olahan kata-kata yang menyentuh perasaan dan menggegar minda.

Sunday, March 18, 2012

Tidakkah kamu mengerti. Ketahuilah.

Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau. Sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Tidakkah kamu mengerti? (Al Quran, Surah Al-An’am, ayat 32)



Ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan sendagurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu  serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian (tanaman) itu menjadi  kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu. (Al Quran, Surah Al-Hadid, ayat 20)


13 Mac 2012 yang menghiburkan hati

Selasa 13 Mac 2012

Menghadiri kedua-dua kelas tutorial Leksikografi.

Seperti semalam (Isnin 12 Mac 2012) di dalam kuliah Leksikografi, Sarah Najwa duduk di sebelahku dan mengusikku.

Sarah Najwa dan Syamimi Farhan telah bersekongkol memuat naik gambarku di grup Keluarga Bahagia.




Perasaanku?

Tentulah tidak suka meskipun aku mengukirkan senyuman sedangkan sebenarnya, aku tidak ada 'mood' sejak kebelakangan ini.

Namun begitu, akhirnya aku berpeluang merampas Tablet Sarah Najwa.

Aku dapat memadam gambarku yang dikirim di grup Keluarga Bahagia dan setelah beberapa percubaan, akhirnya menemui gambar itu dalam Tablet Sarah Najwa dan memadam gambar tersebut.

Sungguh lega perasaanku.

Tablet itu menemani aku ke Perpustakaan APM, Kompleks Perdana Siswa, Perpustakaan Utama dan kembali ke APM.

Bahagia menggodam akaun FB Sarah Najwa dengan mengepos status-status yang menghiburkan hatiku.

Bahagia membaca respon rakan-rakan FB Sarah Najwa terhadap status-status yang terpapar hinggakan aku terketawa dalam perjalanan.

Tutorial Pengajaran dan Pendidikan Seni pada jam 1 petang agak menarik kerana Cik Syafa meminta kami berbincang dalam kumpulan dan kemudian berbahas tentang kerelevanan sekolah seni di Malaysia pada masa kini.

Bahagia apabila Cik Syafa menyatakan bahawa dia suka dengan bidasanku yang menyatakan bahawa seni Melayu dikenali oleh masyarakat Barat yang datang ke Malaysia bukan menerusi sekolah-sekolah seni tetapi melalui peluang menginap di rumah inap desa (homestay).

Maklumlah rumah inap desa kini semakin diperbanyakkan, diperkayakan dan dinaik taraf bahkan mendapat naungan kerajaan dalam usaha memperkenalkan dan mempertahankan seni dan budaya Melayu.

Bahagia apabila Encik Nazzri mengajar pula tentang pembinaan masjid di Malaysia dalam kelas Kesenian Islam pada jam 2 petang.

Antara perkara yang diperkatakan ialah fungsi masjid, isu memperindahkan masjid, masjid-masjid yang terdapat di Malaysia (antaranya Masjid Kampung Laut iaitu masjid tertua di Malaysia) serta penyatuan yang bersifat luaran dan dalaman.


Kelas berakhir pada jam 4 petang.

Kak K menghantarku dengan teksi ke Perpustakaan Utama kerana aku perlu mendapatkan beberapa buah buku untuk tugasan Kesenian Islam.

Berbalik kepada Tablet Sarah Najwa yang masih dalam genggamanku, akhirnya pada jam 6 petang, Sarah Najwa datang ke bilikku di Kolej 11 untuk mendapatkan Tablet itu.

Sejak jam 11 pagi hingga jam 6 petang iaitu 7 jam... Tablet Sarah Najwa bersamaku.

Bahagia dapat menggodam dan mengusik Sarah Najwa.




Sungguh terhibur dengan keletah Sarah Najwa yang ingin menuntut keadilan di mahkamah atas kesalahanku menggodam akaun FBnya.

Perkara yang dituntut di ruang FB mendapat respon Abu Bakar, Awg Azhar, Nur Khairiyyah dan Nur Hakimah.

Sungguh menghiburkan hati sedangkan pagi tadi, aku sebenarnya tertekan apabila Sarah Najwa dan Syamimi Farhan memulakan agenda mengusikku.

Friday, March 16, 2012

Istana-Istana Tua Tradisional dalam Penjagaan Muzium Tempatan

'Terdapat puluhan istana dan rumah tradisional yang dibina pada masa dahulu tetapi kebanyakannya musnah akibat kebakaran dan ditinggalkan tidak terjaga. Pada hari ini hanya tinggal beberapa contoh kediaman kayu berukir kepunyaan raja dan golongan bangsawan. Paling menyedihkan hanya segelintir sahaja yang sedang 'dipelihara' dan dibuka kepada umum.
Dalam hal ini, badan awam yang  memainkan peranan dalam menyelamatkan dan memelihara bangunan ini daripada terbiar ialah muzium tempatan. Program pemeliharaan yang telah dan sedang dijalankan termasuk lima buah istana kayu tradisional yang akan dibuka kepada orang awam. Bangunan ini ialah
Istana Ampangan Tinggi di Negeri Sembilan,
Istana Tele di Terengganu,
Istana Satu di Muzium Negara Kuala Lumpur,
Istana Kenangan di Perak dan
Istana Jahar di Kelantan.

Suatu perkara yang menggalakkan ialah pembinaan semula dan pemeliharaan Istana Tele di Terengganu dibiayai sepatutnya oleh sektor swasta. Ini menjadi satu kes pemeliharaan terulung dalam negara.'

Penulisan ini telah diperolehi daripada salinan nota yang dicetak daripada buku yang tidak diketahui judul dan penulisnya. Hanya sub topik 2.5 Memelihara Warisan sahaja yang dapat dikenal pasti.

Kembali Meniti Laluan Realiti

Isnin 12 Mac 2012

Barangkali aku telah kembali meniti di atas laluan bernama realiti.

Maksudku aku telah mula mengambil tanggungjawab sebagai pelajar yang diamanahkan untuk memberi fokus terhadap pelajaran.

Alhamdulillah, selesai kelas tutorial Sosiolinguistik, aku ditemani Adik Nur Khairiyyah ke Perpustakaan Utama.

Hampa kecewa kerana keempat-empat buku yang bertajuk 'Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah' oleh Sufean Hussin telah dipinjam orang.

Entah mengapa aku ajak Adik Nur Khairiyyah ke Perpustakaan Utama sedangkan lazminya, aku lebih suka bersendirian apabila ke Perpustakaan Utama.

Apatah lagi, kelas kuliah Adik Nur Khairiyyah berakhir jam 5 petang sedangkan kelas tutorialku berakhir jam 6 petang dan itu bererti dia perlu menantiku.

Meskipun aku masih kekaburan dalam mencari fokus, Alhamdulillah, aku telah mula mencari fokus itu.

Minggu ke-5 kini setelah empat minggu mindaku menerawang entah ke mana.....

Sunday, March 11, 2012

Pengajaran dan Pendidikan Seni (Minggu ke-3 dan ke-4)

Aku tidak mendaftar kursus Pengajaran dan Pendidikan Seni dalam minggu pertama dan kedua di APM iaitu minggu 'add and drop'.

Lantas, aku hanya menghadiri kursus Pengajaran dan Pendidikan Seni pada minggu ketiga dan Dr Hamid telah pun memulakan pembentangan berbentuk Pengajaran Mikro selama 12 minit untuk setiap pelajar.


Salah seorang daripada pelajar yang memainkan peranan sebagai guru telah menjalankan kelas mewarna untuk pelajar sekolah rendah.

Layan...




Pada minggu keempat pula, aku sangat tertarik dengan pengajaran seorang pelajar tentang pembikinan rama-rama menggunakan cat warna.

Mudah sekali tetapi amat menghiburkan.

Penyampaiannya juga persis seorang guru yang berpengalaman.

Barangkali dia mempunyai anggota keluarga sama ada ibu, bapa atau adik-beradik dalam kalangan guru.

Aku tidak mengambil gambar hasil seni berupa rama-rama yang tercipta oleh pelajar si guru itu.

Sekadar bergambar dengan origami berbentuk burung jenjang yang dihasilkan oleh pelajar si guru yang lain.

Giliranku akan menjelang tiba.

Namun, aku belum ada idea mahupun 'mood' untuk menjadi guru Pengajaran Mikro apabila tiba giliranku apatah lagi menjadi guru sekembali aku di Singapura pada Jun ini.

Aaarrrggghhh!!!

Entah mengapa....

Program Wisata Ke Kota Singa 1 (1 Mac 2012 - 3 Mac 2012)

Perancangan demi perancangan sebelum ini akhirnya terlaksana jua sebagai sebuah program wisata yang boleh dikatakan lancar, Alhamdulillah.

Tidak mampu rasanya melaksanakan program wisata ini tanpa dua orang yang telah bersamaku memerah otak dan tenaga untuk program ini iaitu Nur Khairiyyah dan Nur Hakimah.

Sahabat karibku pula, Mahirah telah membantu dalam proses pendaftaran rumah penginapan di Aloha Changi, khususnya Banglo Cranwell 2 yang terletak di Cranwell Road.

Kesudian Mahirah untuk membuat pendaftaran bagi pihakku memandangkan aku tidak berstatus kakitangan awam, Alhamdulillah telah menyebabkan ongkos penginapan tidak begitu mahal.


Pada asalnya, program wisata ini dijadualkan 4 hari 3 malam tetapi entah mengapa, pengurusan Aloha Changi tidak dapat menyediakan penginapan untuk malam ketiga.

Atas dasar itu, program wisata ini disingkatkan kepada 3 hari 2 malam sahaja.

Pada asalnya juga, kami bertiga telah memilih Banglo Cranwell 1 tetapi sewaktu pendaftaran, Mahirah telah ditetapkan dengan Banglo Cranwell 2.

Alhamdulillah, ternyata Banglo Cranwell 2 lebih molek dan lebih sesuai kerana mempunyai 4 bilik tidur memandangkan jumlah peserta ialah 16 orang sedangkan Banglo Cranwell 1 hanya mempunyai 3 bilik tidur.

Alhamdulillah, terima kasih sistem pendaftaran!

15 orang adik-adik Akademi Pengajian Melayu ini terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki iaitu Abu Bakar, Awg Azhar, Ahmad Nazif, Kamarulzaman dan Zakaria manakala 10 orang pelajar perempuan ialah Fauziah (Jee), Nur Hanim, Nor Azreen (Yeyen), Khadijah (Nini), Rubiah (Ruby), Nadia, Hidayatul Hajar, Sarah Najwa, Wan Nur Nadiah dan Waheda.

Syamimi meskipun bukan dari Akademi Pengajian Melayu, merupakan rakan sebilik dan kawan rapat Yeyen, Nini dan Ruby di Kolej 11.

Aku selaku pengurus program wisata ini telah menginap di Banglo Cranwell 2 bersama dengan mereka.

Aku sekamar serta sekatil dengan Nadia dan Hidayatul Hajar.

Secara peribadi, antara perkara yang membahagiakan diriku adalah kemesraan yang terjalin antara kami bak sebuah keluarga terutama sekali apabila duduk sebumbung meskipun hanya 2 malam dan tatkala kami duduk bersembang.

Rindu akan suasana itu.

Bersembang bak keluarga ketika kami makan kiriman Mc Donalds.


Bersembang bak keluarga ketika kami makan sarapan.


Seronok bukan andai mempunyai keluarga besar yang rukun dan harmoni... pada masa hadapan?

Impian yang entah ya entah tidak akan menjadi kenyataan pada masa hadapan.

Ternyata diriku bahagia walaupun nikmat itu seketika cuma.

Saturday, March 10, 2012

Bahtera Merdeka

Berlatarbelakangkan lagu Bahtera Merdeka yang dimainkan untuk kali ke berapa... entah, hanya Tuhan yang tahu akan resah yang berombak di pantai hati.

Apabila detik waktu tidak pernah berhenti ataupun terhenti apatah lagi tidurku semakin menyingkatkan waktu.

Ibu yang kupanggil 'Emak', ayah yang kupanggil 'Bapak' dan mereka tidak mengerti dan tidak akan pernah mengerti sedangkan aku pun sudah pasrah berserah bahkan tidak lagi meminta mahupun mengharapkan pengertian.

Cukuplah seorang adik yang dihadirkan dalam hidupku dan dia mahu mengerti dan mampu mengerti.

Terima kasih Tuhan atas kurniaan itu.

Ya Allah, sesungguhnya takdir dan waktu yang Engkau tentukan akan semakin menghampiri sedangkan jiwa ini belum bersedia untuk menghadapinya.

Dalam menungku.

Dalam renungku.

Aku masih berentah-entah.

Entah bagaimana?

Bahtera Merdeka akan berlabuh dan akan pasti berlabuh.

Aku akan turun dan aku perlu turun daripada bahtera itu.

Berat hati.

Hanya Tuhan yang tahu.

Mungkinkah Tuhan mengerti?

Barangkali Tuhan sangat mengerti.

Sebab itulah, Dia membuka ruang dan memberi peluang itu untukku walaupun sekadar tiga tahun.

Tiga tahun yang penuh bahagia.

Alhamdulillah, terima kasih Tuhan.

Entah mengapa...

Entah bagaimana...

Namun sebenarnya, Emak dan Bapaklah yang paling teguh mendoakan kesejahteraanku meskipun mereka tidak mampu mengerti jiwa anak mereka ini.

Huhuhu.

Friday, March 9, 2012

Mood swing

Apakah yang bermain-main dalam fikiranku dan mengusik-usik perasaanku hingga airmataku bergenang meskipun sebelum ini airmataku ini telah pun berlinang di pipi?

Terkenangkan masa lalu, masa kini dan masa hadapan.

Sejak Selasa lalu, aku sudah mula rasa tidak enak badan.

Semalam, mual dan sakit perut.

Hari ini, masih sakit perut.

Sakit orang perempuan.

Emosi terganggu apabila kesakitan tidak tertanggung.

Sesungguhnya, aku sedang mengalami 'mood swing'.

Falsafah

'Umat Islam tidak dapat mengelakkan diri daripada pergeseran dan pertembungan dengan dunia luar. Bahkan umat Islam tidak dapat bersikap memencil diri atau mengunci diri, bagaikan katak di bawah tempurung, tanpa terlibat dalam pergolakan pemikiran daripada pelbagai aliran pendapat.

Firman Allah s.w.t maksudnya:
Maka sampaikanlah khabar gembira kepada hamba-hambaKu; yang mendengar kata-kata (atau pendapat-pendapat), lalu mengikuti (pendapat) yang lebih baik. Mereka itulah orang yang diberikan hidayat oleh Allah.
(Surah Az-Zumar, 39: 17-18)

Ayat ini membayangkan bahawa salah satu daripada sifat seorang hamba Allah yang dikasihi ialah yang mendengar segala pendapat, lalu mengambil yang lebih baik daripadanya. Itulah tanda hidayat Allah kepadanya. Untuk mencapai pendapat atau kata-kata yang terbaik itu sudah pasti memerlukan kepada tiga usaha:

Pertama: Memahami dan menguasai pendapat-pendapat daripada pelbagai aliran tersebut bukan sahaja setakat taraf yang setanding, tetapi biarlah lebih daripada mereka yang ahli dalam bidang tersebut.
Kedua: Menganalisis, membanding dan menilai secara kritik dan ilmiah.
Ketiga: Mempunyai tali ukuran atau neraca timbangan yang benar dan hak.

Dengan ketiga-tiga ciri itu maka dapatlah kita mengambil pendapat yang terbaik dan segala pendapat yang wujud sebagai satu keputusan untuk dijadikan panduan dalam kehidupan kita.

Islam tetap terdedah kepada pelbagai pendapat dan fikiran daripada pelbagai aliran dan ideologi. Umat Islam tidak akan dapat memencilkan diri atau mengasingkan diri, tanpa mengambil hirau tentang pergolakan pemikiran dan ideologi. Arus pergolakan pemikiran dan ideologi tetap akan melanda umat Islam, yang terpaksa dihadapi, dialami dan diterimanya. Landaan arus pemikiran dan ideologi ini menyebabkan pertembungan dan pergeseran. Dalam keadaan ini umat Islam pastilah sedar dengan penuh keinsafan dalam dua sumber ilmu:

Pertama: Ilmu al-Quran
Kedua: Ilmu al-Bayan

Dengan memahami secara mendalam akan ilmu Al Quran sebagai tali ukuran atau neraca penimbang yang hak dan mutlak, juga memahami secara mendalam ilmu al-Bayan, terutama dalam bidang pemikiran dan ideologi daripada pelbagai aliran dan trennya yang dikemukakan oleh manusia daripada pelbagai bangsa, agama dan kebudayaannya, maka umat Islam dapat menganalisis, menilai dan membuat perbandingan, sebelum mengeluarkan satu pendekatan tersendiri yang lebih sesuai dengan roh keIslaman, atau lebih tepat dengan acuan Allah dalam al-Quran.'

(Dipetik daripada buku Falsafah Pendidikan Islam, halaman 164-165.)

Thursday, March 8, 2012

Dan pusara ini menjadi bukti

Dalam perjalanan ini
Menuju destinasi
Pelbagai lebuhraya dilalui
Perjalananku terhenti
Di lebuhraya ini
Dan pusara ini menjadi bukti

Thursday, March 1, 2012

Demam & Geram

Masih demam meskipun suhu badan tidak begitu panas.

Sudah demam sejak Ahad lalu.

Sejak itu, kepanasan suhu badan datang dan pergi.

9 biji panadol telah ditelan sejauh ini.

Sedang geram meskipun tidak segeram semalam dan pagi tadi.

Semoga geram ini tidak berpanjangan.