Aku tidak mendaftar kursus Pengajaran dan Pendidikan Seni dalam minggu pertama dan kedua di APM iaitu minggu 'add and drop'.
Lantas, aku hanya menghadiri kursus Pengajaran dan Pendidikan Seni pada minggu ketiga dan Dr Hamid telah pun memulakan pembentangan berbentuk Pengajaran Mikro selama 12 minit untuk setiap pelajar.
Salah seorang daripada pelajar yang memainkan peranan sebagai guru telah menjalankan kelas mewarna untuk pelajar sekolah rendah.
Layan...
Pada minggu keempat pula, aku sangat tertarik dengan pengajaran seorang pelajar tentang pembikinan rama-rama menggunakan cat warna.
Mudah sekali tetapi amat menghiburkan.
Penyampaiannya juga persis seorang guru yang berpengalaman.
Barangkali dia mempunyai anggota keluarga sama ada ibu, bapa atau adik-beradik dalam kalangan guru.
Aku tidak mengambil gambar hasil seni berupa rama-rama yang tercipta oleh pelajar si guru itu.
Sekadar bergambar dengan origami berbentuk burung jenjang yang dihasilkan oleh pelajar si guru yang lain.
Giliranku akan menjelang tiba.
Namun, aku belum ada idea mahupun 'mood' untuk menjadi guru Pengajaran Mikro apabila tiba giliranku apatah lagi menjadi guru sekembali aku di Singapura pada Jun ini.
Aaarrrggghhh!!!
Entah mengapa....
No comments:
Post a Comment