Unsur-Unsur Seni:
1) Garisan
2) Warna
3) Jalinan
4) Rupa
5) Bentuk
6) Ruang
Prinsip-Prinsip Rekaan:
1) Pergerakan
2) Imbangan
3) Harmoni
4) Kontra
5) Penegasan
6) Kepelbagaian
7) Kesatuan
(Dipetik daripada buku Teori Seni Visual yang ditulis oleh Chang Hon Woon.)
Pada tahun pertama, semester kedua, kami diwajibkan mengambil modul Asas Reka Bentuk Seni dan pembelajaran kami bergantung kepada nota kuliah dan maklumat dalam internet sedangkan buku ini adalah sebaik-baik rujukan. Kenangan.... :)
Buku ini dipinjam kerana aku sedang mencari idea untuk pengajaran mikroku pada minggu ke-10. Berfikir dan memikirkan pengajaran mikro ini bukan suatu perkara yang mudah apatah lagi aku tidak begitu akrab dengan seni visual 2D apatah lagu seni visual 3D. Cabaran ini harus dilalui dengan minda terbuka. Ujian yang berlaku pada 26 Mac 2012 telah pun aku lalui dengan hati separuh terbuka kerana sebelum ini, aku tidak tidur sepanjang malam kerana minda berkecamuk. Salah satu perkara yang difikirkan ialah pengajaran mikroku. Namun, ujian yang berlaku pada 26 Mac 2012 mengajar aku sesuatu tentang sikap manusia yang kurang bertanggungjawab.
Apa pun, perkara sudah berlaku. Aku harus berlapang dada dan mengikhlaskan hati dengan ujian itu.
No comments:
Post a Comment