Isnin 12 Mac 2012
Barangkali aku telah kembali meniti di atas laluan bernama realiti.
Maksudku aku telah mula mengambil tanggungjawab sebagai pelajar yang diamanahkan untuk memberi fokus terhadap pelajaran.
Alhamdulillah, selesai kelas tutorial Sosiolinguistik, aku ditemani Adik Nur Khairiyyah ke Perpustakaan Utama.
Hampa kecewa kerana keempat-empat buku yang bertajuk 'Pendidikan di Malaysia: Sejarah, Sistem dan Falsafah' oleh Sufean Hussin telah dipinjam orang.
Entah mengapa aku ajak Adik Nur Khairiyyah ke Perpustakaan Utama sedangkan lazminya, aku lebih suka bersendirian apabila ke Perpustakaan Utama.
Apatah lagi, kelas kuliah Adik Nur Khairiyyah berakhir jam 5 petang sedangkan kelas tutorialku berakhir jam 6 petang dan itu bererti dia perlu menantiku.
Meskipun aku masih kekaburan dalam mencari fokus, Alhamdulillah, aku telah mula mencari fokus itu.
Minggu ke-5 kini setelah empat minggu mindaku menerawang entah ke mana.....
No comments:
Post a Comment