Bayangkan betapa seperti kilat memancar waktu kian berlalu?
Tidakkah keterlaluan menggambarkan cepatnya waktu berlalu dengan pancaran kilat?
Barangkali keterlaluan.
Tidak mengapa.
Bermetafora dan berhiperbola sejenak.
Hmmm...
Betapa waktu terus berlalu dan perpisahan yang tidak kuharap-harapkan semakin menghampiri.
Bayangkan baru Jumaat yang yang lalu iaitu 23 Mac 2012, aku keluar bersama Shidah ke Jabatan Pengangkutan Jalan, A&W dan Mid Valley sedangkan Jumaat pada minggu sebelum iaitu 16 Mac 2012 , aku baru sahaja berbincang tentang program wisata ke Kelantan dengan Sarah Najwa dan Abu Bakar yang telah mampir ke kolejku.
Seminggu yang mengandungi tujuh hari tidak terasa seperti seminggu melainkan hanya kerdipan mata.
Bermetafora dan berhiperbolakah aku?
Hmmm...
Namun, itulah yang kurasa.
Takdir dan waktu.
Takdir akan tentu memisahkan.
Waktu pula akan menyegerakan.
No comments:
Post a Comment