Sunday, March 11, 2012

Program Wisata Ke Kota Singa 1 (1 Mac 2012 - 3 Mac 2012)

Perancangan demi perancangan sebelum ini akhirnya terlaksana jua sebagai sebuah program wisata yang boleh dikatakan lancar, Alhamdulillah.

Tidak mampu rasanya melaksanakan program wisata ini tanpa dua orang yang telah bersamaku memerah otak dan tenaga untuk program ini iaitu Nur Khairiyyah dan Nur Hakimah.

Sahabat karibku pula, Mahirah telah membantu dalam proses pendaftaran rumah penginapan di Aloha Changi, khususnya Banglo Cranwell 2 yang terletak di Cranwell Road.

Kesudian Mahirah untuk membuat pendaftaran bagi pihakku memandangkan aku tidak berstatus kakitangan awam, Alhamdulillah telah menyebabkan ongkos penginapan tidak begitu mahal.


Pada asalnya, program wisata ini dijadualkan 4 hari 3 malam tetapi entah mengapa, pengurusan Aloha Changi tidak dapat menyediakan penginapan untuk malam ketiga.

Atas dasar itu, program wisata ini disingkatkan kepada 3 hari 2 malam sahaja.

Pada asalnya juga, kami bertiga telah memilih Banglo Cranwell 1 tetapi sewaktu pendaftaran, Mahirah telah ditetapkan dengan Banglo Cranwell 2.

Alhamdulillah, ternyata Banglo Cranwell 2 lebih molek dan lebih sesuai kerana mempunyai 4 bilik tidur memandangkan jumlah peserta ialah 16 orang sedangkan Banglo Cranwell 1 hanya mempunyai 3 bilik tidur.

Alhamdulillah, terima kasih sistem pendaftaran!

15 orang adik-adik Akademi Pengajian Melayu ini terdiri daripada 5 orang pelajar lelaki iaitu Abu Bakar, Awg Azhar, Ahmad Nazif, Kamarulzaman dan Zakaria manakala 10 orang pelajar perempuan ialah Fauziah (Jee), Nur Hanim, Nor Azreen (Yeyen), Khadijah (Nini), Rubiah (Ruby), Nadia, Hidayatul Hajar, Sarah Najwa, Wan Nur Nadiah dan Waheda.

Syamimi meskipun bukan dari Akademi Pengajian Melayu, merupakan rakan sebilik dan kawan rapat Yeyen, Nini dan Ruby di Kolej 11.

Aku selaku pengurus program wisata ini telah menginap di Banglo Cranwell 2 bersama dengan mereka.

Aku sekamar serta sekatil dengan Nadia dan Hidayatul Hajar.

Secara peribadi, antara perkara yang membahagiakan diriku adalah kemesraan yang terjalin antara kami bak sebuah keluarga terutama sekali apabila duduk sebumbung meskipun hanya 2 malam dan tatkala kami duduk bersembang.

Rindu akan suasana itu.

Bersembang bak keluarga ketika kami makan kiriman Mc Donalds.


Bersembang bak keluarga ketika kami makan sarapan.


Seronok bukan andai mempunyai keluarga besar yang rukun dan harmoni... pada masa hadapan?

Impian yang entah ya entah tidak akan menjadi kenyataan pada masa hadapan.

Ternyata diriku bahagia walaupun nikmat itu seketika cuma.

No comments:

Post a Comment