Berapa lama mesti kunanti
Sinar cahaya matamu
Gemerlap bagai bintang
Menghiasi malam
Malam yang menutup diriku
Berapa lama perlu kutunggu
Lontaran suara dari bibirmu
Memecah hening taman
Taman syurgawi
Pada sebuah hati yang sepi
Penantian suatu siksa
Yang tidak tertanggung
Oleh tubuhku yang kering dan layu
Kepastian suatu penawar
Dalam suka dan duka
Yang meniti hidupku
(Aku mainkan lagu ini setelah beberapa kali menonton klip video di Youtube yang memaparkan dendangan Raju Azura (K E), Salleh Yaakob (S Y) dan Khairil Rashid (Krill) iaitu tiga orang deejay Sinar FM yang ketika itu sedang bersama dengan Ajek Hassan di dalam konti. Aku pun tidak pasti siapa Ajek Hassan. Walau apa pun, dia mempunyai suara yang lunak dan boleh bermain gitar. Keletah ketiga-tiga deejay dengan sumbangan mereka ternyata tidak mengecewakan bahkan menghiburkan hati.
Kemudian, aku dengar lagu ini yang dinyanyikan oleh Zubir Ali menerusi klip video di Youtube. Lagu yang indah. Meskipun kesayuan, ada ketenangan pada lagu ini.
Beberapa ketika yang lalu, aku pernah menonton klip video di Youtube yang memaparkan Siti Nurhaliza di atas pentas mendendangkan lagu Penantian yang mengasyikkan ini.
Saksikan ketiga-tiga klip video ini yang kupaparkan dalam posku kali ini.)
No comments:
Post a Comment