Belum nak tidur. Masih nak berYoutube. Kalau pagi semalam, aku asyik ketawa melayan klip-klip video Nabil Raja Lawak, pagi ni pulak aku melayan klip-klip video lagu klasik atau lagu 'old school' yang tetap mendapat tempat di hatiku.
Lagu yang aku nak share ialah lagu 'Selasihku Sayang' yang dinyanyikan oleh pasangan duet Ahmad Jais dan Rafeah Buang. Mereka berdua ni tak silap aku dari era 70an. Aku belum lahir lagi tapi waktu aku kecik-kecik dulu, dah dengar dah lagu mereka. Lagu zaman mak aku. Apabila aku dewasa, aku memang suka suara dan lagu Ahmad Jais walaupun aku kurang atau boleh dikatakan kurang mengenali Ahmad Jais sebagai seorang personaliti.
Aku pilih lagu ni sebab lagu 'Selasihku Sayang' ni merdu. Lagipun lagu ni lembut dan sedih. Aku taklah sedih sekarang ni tapi mendengar lagu ni dan melihat lirik lagu ni, aku dapat merasa 'feel' lagu ni. Lagu ni membuai perasaan. Rentak lagu ni pun slow dan sedih. Lirik lagu pulak sweet, simple dan sedih. Meskipun lagu ni lagu sedih, lagu ni ada nada harapan yang sangat kuat dan mendalam. Orang berjiwa lembut tentu dapat hayati lagu ni kan. Aku rasa aku berjiwa lembut. Ahakz. Berjiwa lembut dan berjiwa klasik. Jom layannnnn....
Selasihku Sayang - Ahmad Jais & Rafeah Buang
Ahmad Jais:
Kutanam selasih
Kutanamkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih
Wahai sayang yang aku tinggalkan
Rafeah Buang:
Kusiram selasih
Kusiramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih
Aduh sayang lambang percintaan
Ahmad Jais:
Hai kencana dewi
Kasih yang kurindu kukenang selalu
Rafeah Buang:
Sayang
Moga takkan layu cinta yang sejati
Kekal dan abadi
Ahmad Jais:
Hai cendana dewi
Kau tetap kukenang
Janganlah kau bimbang
Rafeah Buang:
Sayang
Kau tetap kan pulang di sisiku sayang
Membawa harapan
Kusiram selasih
Kusiramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih
Aduh sayang lambang percintaan
Ahmad Jais:
Hai kencana dewi
Kasih yang kurindu kukenang selalu
Rafeah Buang:
Sayang
Moga takkan layu cinta yang sejati
Kekal dan abadi
Ahmad Jais:
Hai cendana dewi
Kau tetap kukenang
Janganlah kau bimbang
Rafeah Buang:
Sayang
Kau tetap kan pulang di sisiku sayang
Membawa harapan
Ahmad Jais & Rafeah Buang:
Kusiram selasih
Kusiramkan di hujung halaman
Mengenangkan kasih
Aduh sayang lambang percintaan
Sweet kan lagu ni? Paling sweet bila Ahmad Jais nyanyi 'Hai kencana dewi kasih yang kurindu kukenang selalu' and then Rafeah Buang sambut 'Saaaayangg....' Rafeah Buang akan selalu sambut nyanyian si Ahmad Jais dengan ucap 'Saaaayangg'. Sungguh sweet.
Lagu ni sedih sebab pada bait pertama lagi, si Ahmad Jais dah sebut 'Mengenangkan kasih wahai sayang yang aku tinggalkan.' Perkataan 'tinggalkan' meninggalkan kesan sedih. Nampak sah long distance relationship ni! Huhuhuhuhuhu. Dapat merasakan kesedihan itu kerana dua kali aku telah menceburi arena long distance relationship yang berpusara di tengah lebuh raya. Huhuhuhuhuhu. Bukan accident kat lebuh raya tapi percintaan itu putus di tengah jalan.
Si Ahmad Jais reasurre Rafeah Buang so sweetly bila dia sebut 'Kau tetap kukenang janganlah kau bimbang.' And you know what, aku semakin bimbang dan semakin sedih. Long distance relationship especially for married couple who are far and away is never going to be easy. Apatah lagi kalau sesebuah perhubungan tu belum diikat dengan ikatan perkahwinan. Nothing is for sure lah in this life. Macam-macam boleh terjadi.
Si Rafeah Buang pulak dalam lagu ni selalu reassure herself and remind Ahmad Jais repetitively 'Moga takkan layu cinta yang sejati' dan 'Kau tetap kan pulang di sisiku sayang membawa harapan'. It is definitely not easy for her to go thru long distance relationship. Tu pasal kata-kata dalam lirik tadi tu bernada mengingati, merayu dan mengharap. Sedih.....
Sudahlah. Sedih dalam lagu je k. Dah dengar lagu ni pun berulang kali. Lagu lain pun aku layan jugak. Lagu 'Antara Matamu dan Mataku' oleh Hail Amir dan Uji Rashid. Lagu tu lagu happy tapi aku tak share lah dalam 'post' kali ni. Next time je k.
Apa pun, layanlah lagu malar segar 'Selasihku Sayang' nyanyian pasangan duet Ahmad Jais dan Rafeah Buang. Best!
No comments:
Post a Comment