Reviu tentang Sinetron Munajah Cinta ini merupakan reviu pertama bagi blog Nurani Nurain. Namun, reviu ini hanya menjurus kepada 'watak air mata' dalam sinetron ini iaitu watak Maimunah lakonan Zaskia Adya Mecca. Dalam Ayat-Ayat Cinta, Zaskia Adya Mecca dengan penampilan sedia adanya yang bertudung melakonkan watak Noura yang menjadi mangsa penderaan dan perkosaan. Dalam Munajah Cinta pula, sekali lagi Zaskia Adya melakonkan watak yang menjadi mangsa perkosa manusia durjana. Maimunah pula nama wataknya.
Pada mulanya, aku rimas dan lemas dengan watak Maimunah. Watak air mata yang sememangnya cukup cengeng. Dari episod pertama hinggalah episod-episod seterusnya, watak Maimunah terus-menerus berendam air mata. Namun, aku mula mengerti dan bersimpati bahkan berempati dengan watak Maimunah apabila latar belakang watak Maimunah semakin didedahkan dan pergolakan hidup watak ini kian dipaparkan begitu mencabar dan jarang sekali berpihak kepadanya.
Maimunah kurang mendapat kasih sayang dan perhatian daripada keluarga. Ibu Maimunah telah meninggalkan keluarganya, barangkali sejak Maimunah kecil. Manakala ayahnya, Pak Kasan terlibat dengan perjudian dan telah terjebak dengan hutang sekaligus terperangkap dengan sekumpulan narapidana. Demi melangsaikan hutang, Pak Kasan bersetuju mempertaruhkan Maimunah. Begitulah latar belakang Maimunah.
Namun, takdir yang menimpa diri Maimunah pada Episod 17 amat menyayat hatiku dan merobek perasaanku apabila dua tragedi yang memilukan berlaku secara berurutan. Tragedi pertama, Attar tidak menikahinya tetapi sebaliknya menikahi Elena hingga Maimunah menjadi begitu hampa. Oleh sebab Maimunah tidak dapat menahan perasaannya, Maimunah melarikan diri. Tragedi kedua menyusul apabila Maimunah diculik kemudian diperkosa oleh si narapidana yang durjana.
My heart goes out to Maimunah since then.....
Pilu, kecewa, bingung, hilang keyakinan diri, hilang semangat untuk hidup dan hilang harapan untuk segala-galanya. Betapa keimanan Maimunah cukup teruji. Alangkah sukarnya menempuh hidup sebagai Maimunah. Apabila aku 'mengambil tempat' seketika sebagai Maimunah, aku dapat rasakan betapa hancur luluh hatinya. Tentunya, aku akan mejadi sepilu Maimunah, kecewa seperti Maimunah dan sebingung Maimunah berada dalam situasi sebegitu. Keyakinan diri sudah tentu dirobek-robek. Semangat untuk hidup sudah tentu ranap dan lenyap. Harapan untuk segala-galanya punah ranah. Begitulah beban perasaan yang perlu ditanggung daripada bencana yang menimpa. Betapa hebat ujian hidup yag melanda Maimunah.
Bayangkan mahkota seorang Maimunah dirampas dalam sekelip mata pada waktu dia sedang kehampaan. Bayangkan jika itu berlaku kepadamu (andai kamu seorag gadis). Bayangkan jika itu berlaku kepada adik perempuanmu (andai kamu seorang lelaki).
My heart goes out to Maimunah. I really want to see the blessings Maimunah deserve to have after going through all these sorrowful moments. Dear scriptwriter, please write a good story and a deserving plot for Maimunah for she has gone through hardship and harshness of life endlessly. Please give the character, Maimunah hope that she needs. Please give such real life characters in this world, hope that they need, dear God.
Memandangkan Munajah Cinta adalah sinetron bergenre dan berunsur Islam, aku menaruh harapan kepada cerita, jalan cerita, watak dan dialog yang mampu memberi inspirasi dan motivasi kepada mereka yang memerlukan seperti Maimunah. Watak dan dialog yang penuh dengan kasih sayang dan harapan tentu akan membawa makna yang mendalam tapi tolonglah, yang kumaksudkan tentunya bukan dialog tipikal pet pot pet pot pet pot iaitu dialog bernada ceramah dan dakwah yang mendesingkan telinga dan menjemukan jiwa kerana disampaikan tanpa seni dan sentuhan perasaan.
I shall be waiting. I know too well that Indoesian Sinetron are so good at killing the hopes of their faithful audiences as well as fueling our anger with senseless and hopeless plots and characters. So, please dear scriptwriter, you better disappoint me NOT!
Maimunah, my heart goes out to you....
No comments:
Post a Comment