When you have cried so long and your heart is in anguish... Allah has counted your tears
When you feel that your life is on hold and time has passed you by... Allah is waiting with you
When you are lonely and your friends are too busy even for a phone call... Allah is by your side
When you think you have tried everything and don't know where to turn... Allah has a solution
When nothing makes sense and you are confused or frustrated... Allah has the answer
When things are going well and you have much to be thankful for... Allah has blessed you
When you have a purpose to fulfill and a dream to follow... Allah has opened your eyes and called you by name
Remember that wherever you are or whatever you are facing... Allah knows.
Inilah perutusan atau 'post' pertamaku dalam blog Nurani Nurain. Sebenarnya, ghairah tetapi terpinga-pinga juga dalam mencari-cari idea dan tercari-cari bahan yang menarik untuk mengisi blog ini buat pertama kalinya agar pengunjung blog ini tertarik membacanya tapi.... nampaknya, sebagai permulaan, hanya bingkisan kata-kata motivasi dalam bahasa Inggeris ini yang dapat dipersembahkan. Itu pun secara kebetulan bahan ini diperoleh ketika menyelak Kamus Dewan yang berada di sebelah kananku. Kata-kata motivasi ini pernah ditaip dan dicetak suatu masa dahulu dan cetakan pada kertas itu entah bagaimana boleh berada di dalam kamus, bahagian paling belakang... Hmmm.
Walau bagaimanapun, pelayaran ini sudah bermula dengan 'post' pertama yang bertajuk... Hmmm. Tak tahu?! Sebab kata-kata motivasi itu pun bukan dikaryakan oleh aku tetapi merupakan nukilan dari mana-mana entah. Dari majalah agaknya? Barangkali dari internet? Sesungguhnya, bukan aku lupa tapi sekadar aku tak ingat.
:) Memandangkan nukilan di atas pun tak diketahui tajuknya, mungkin aku boleh beri tajuk 'post' ini Nukilan. Atau Nukilan Nurani Nurain. Eh, tak nak tak nak. 3 perkataan tu. 9 suku kata pulak tu. Leceh nak sebut. Nukilan Nurani? Atau Nukilan Nurain? Hmmm..
Aku rasa aku pilih Nukilan Nurani lah. Patut ke nak tambah dengan Nukilan Nurani Yang Pertama. Jadi kalau ada nukilan yang lain, boleh aku taip tajuk seterusnya sebagai Nukilan Nurani Yang Kedua. Nukilan Nurani Yang Ketiga. Nukilan Nuraini Yang Keempat... sampailah Nukilan Nurani Yang Ketujuh Belas. Lecehlah. Macam tak praktikal. Tak ekonomis. Boleh tak buat sesuatu yang ringkas? Bak kata pepatah Inggeris, sweet and simple. Hmmm...
Oklah macam ni, Nukilan Nurani 1. Lagipun dalam pembinaan blog ini sejak semalam iaitu 10 Disember 2010, aku telah terlebih dahulu merancang untuk mengisi bog ini dengan informasi, bahan ilmiah, lirik lagu, puisi, gambar, ulasan, pandangan, catatan peribadi, catatan harian/ mingguan / bulanan dan sebagainya. Dalam perancangan aku, aku ingin sekali membina blog yang bersegmen agar lebih kemas dan teratur. Contoh. Ada segmen budaya, ada segmen sastera, ada segmen nukilan macam 'post' pertama aku, ada segmen lirik, ada segmen luahan perasaan dan sebagainya. Jadi, harus ada tajuk-tajuk mengikut segmenlah. Lebih kemas dan teratur kan begitu?
Jadi segmen pertama rekaanku adalah Nukilan Nurani. Nukilan Nurani 1. Beri angka je. Mudah untuk 'keep track'. Segmen yang lain belum difikirkan tajuk-tajuknya. Nantikan kemunculannya. Dalam perancangan, insyaAllah. Ok. Aku nak menaip tajuk untuk 'post' pertama aku ni di ruang title sejurus noktah pada akhir ayat ini.
Ok. Dah siap. PUBLISH POST!!!!
No comments:
Post a Comment