Tuesday, June 28, 2011

Hujan Panas Bersama, Susah Senang Pun Bersama.

Tertarik dengan bentuk payung ini.

Dua buah payung yang bergabung menjadi sebuah payung untuk kegunaan pasangan.

Gabungan payung ini bak dua hati yang berpadu menjadi satu.




Gunakan teknik lambas otak untuk menamakan payung ini. Hmmm...

Antara nama khas yang dapat difikirkan bagi payung ini ialah

(1) payung kasih
(2) payung kasih sayang
(3) payung cinta
(4) payung berkembar
(5) payung kembar siam
(6) payung berpasangan
(7) payung kahwin
(8) payung dua hati
(9) payung dua jiwa
(10) payung dua jiwa satu hati
(11) payung susah senang bersama
(12) payung hujan panas bersama

Berdasarkan warna payung ini iaitu hitam, ternyata payung ini hanya sesuai digunakan ketika hujan dan bukan ketika cuaca panas terik.

Lantas, warna payung ini seharusnya direncamkan kepada warna-warna sejuk dan bukan warna-warna panas apatah lagi warna hitam.

Pilihan nama khas yang aku sukai bagi payung ini ialah 'Payung Hujan Panas Bersama' meskipun kedua-dua gambar melatari suasana hujan. 

20 Jun 2011 (Isnin) - 22 Jun 2011 (Rabu)

20 Jun 2011 (Isnin):

Konsultan di pusat rawatan rambut dan kulit kepala di Century Square membuat aku geram. Kulit kepalaku yang koyak harus segera dirawati tetapi dia mengutamakan kepentingannya daripada keperluan dan kehendakku. GERAM!

Dalam keadaan tertekan, aku telah membeli serum Rudy Hadisuwarno dan losyen Citra di gerai ubat-ubatan tradisional yang terletak berhampiran dengan Perpustakaan Tampines. Itulah sikapku. Kalau dalam tertekan, aku akan mudah membeli sesuatu yang kemudiannya aku kesali. Beberapa hari kemudian setelah menggunakan serum dan losyen itu, aku sedari dua perkara yang merugikan tentang serum dan losyen itu.

Serum itu terdiri daripada sembilan botol tetapi salah satu botol itu telah digunakan. GERAM! Bahkan, harga serum itu di kedai ubat-ubatan tradisional yang lain $6 lebih murah. Manakala, losyen yang telah aku sapu ke seluruh tubuh telah berakhir tarikh penggunaanya. Tarikh produksi losyen itu ialah 10 Jun 2008. Losyen itu hanya boleh digunakan dalam masa dua tahun dari tarikh itu. GERAM!

Aku harus mengutip pengajaran daripada pengalaman ini.

Pertama, aku tidak harus bertindak terburu-buru meskipun terdesak dan tertekan dek kerisauan yang tidak tertahan tentang kulit kepalaku yang koyak.

Kedua, aku tidak harus bertindak dek emosi semata-mata untuk melepaskan geram terhadap sikap konsultan dari pusat rawatan rambut dan kulit kepala itu.

Ketiga, aku seharusnya mengkaji terlebih dahulu tentang serum dan harga serum itu dari kedai ubat-ubatan tradisional yang lain dan tidak terpengaruh dan lembut hati dengan kata-kata penjual di gerai itu.

Keempat, aku seharusnya meneliti cara serum itu dipakejkan dan memeriksa kandungan (kesembilan-sembilan botol) dalam pakej itu.

Kelima, aku seharusnya meneliti tarikh produksi dan tarikh luput losyen itu (termasuklah barangan-barangan lain pada masa akan datang).

Keenam, aku harus kembali ke kedai ubat-ubatan tradisional itu untuk mendaptkan ganti kepada produk yang telah aku bayar tetapi tidak memenuhi jangkaan.


21 Jun 2011 (Selasa):

Alhamdulillah, aku gembira kerana telah membeli pengecaj (charger / adaptor) yang baharu di Funan IT Mall dengan harga $79. Sebenarnya, pengecaj yang lebih murah boleh didapatkan di KL. Namun, aku memerlukan pengecaj bagi komputer ribaku sesegera mungkin memandangkan banyak perkara yang perlu aku uruskan sebelum kembali ke KL. LEGA!

Seorang rakan telah mencetuskan api kegeramanku pada hari ini. Bahkan, aku masih geram dengannya hingga pada waktu aku menaip 'post' ini meskipun sudah seminggu berlalu. Kegeramanku semakin berapi-api apabila aku mengunjungi sebuah salon muslimah kerana terlalu terdesak ingin merawati kulit kepalaku yang koyak.

Aku ke Kembangan Plaza sebagai alternatif untuk mengatasi kulit kepalaku yang koyak. Di salon muslimah ini, aku sememangnya tahu bahawa rawatan yang akan diberikan hanyalah rawatan inai untuk kulit kepala. Sekali lagi aku geram kerana pemilik salon ini harus aku katakan tidak profesional. Tidak bijak mengurus masa. Tamak kerana mengejar keuntungan semata-mata. Tidak jujur.

Janji tidak dapat ditunaikan kerana tidak menyusun jadual perkhidmatan untuk pelanggan. Seboleh-boleh beliau mengendalikan tiga orang pelanggan pada satu masa yang sama sedangkan beliau hanya mempunyai dua kerusi untuk pelanggan dan sepasang tangan. Apabila aku menghubunginya untuk bertanya sama ada beliau mempunyai pelanggan, dia meminta aku datang. Apabila aku sudah datang, suasana dalam salonnya tidak terurus kerana sudah ada tiga pelanggan. Apabila aku menyatakan bahawa barang kali masa tidak mengizinkan, dia kata dia sudah hampir selesai. Hampir selesai? Setengah jam berlalu.... dan dia masih belum selesai sedangkan sejam lagi, salonnya harus ditutup. Rawatan untuk kulit kepalaku ternyata memerlukan satu jam dan dia belum selesai lagi dengan ketiga-tiga orang pelanggan. Akhirnya, aku meminta diri.

Khidmat pemilik salon muslimah ini memang sudah aku ketahui sebegini rupa kerana bukan sekali dua aku berkunjung ke salonnya. Demi memberi sokongan kepada salon muslimah yang bergerak atas nama Islam dan bangsa Melayu, aku selalu mengunjungi salon ini. Namun, khidmat pemilik salon ini ternyata semakin teruk. GERAM!

InsyaAllah, 21 Jun 2011 (Selasa) merupakan tarikh, hari dan kali terakhir aku berkunjung ke salon muslimah itu.


22 Jun 2011 (Rabu):

Rehat. Rehat. Rehat. Setelah dua hari bergelut dengan kegeraman, aku perlu merehatkan diri dan menenangkan perasaan.

InsyaAllah, memohonlah wahai Noraini kepadaNya agar masalah kulit kepalamu yang koyak dapat dirawati. Bertindak terburu-buru dan bertindak dengan emosi tidak mendatangkan kebaikan tetapi sebaliknya, kerugian. Cungkillah hikmah Tuhan di sebalik pengalaman dan kejadian yang ditempuh pada hari Isnin dan Selasa hingga dirimu benar-benar menjadi geram.

Ingati, perhati dan hayati kisah Nabi Musa yang sakit gigi hingga Nabi Musa meletakkan pengharapannya terhadap rumput yang pernah suatu masa dahulu digunakan untuk merawati sakit giginya. Kepada siapa tempat rujuk kita dalam menghadapi sehari-hari meskipun sekadar kulit kepala yang koyak?

Konsultan mengecewakan. Pemilik salon mengecewakan. Serum? Tidak juga. Dirimu harus terlebih dahulu berbalik kepadaNya agar ditunjuki jalan keluar kepada permasalahan ini. Dirimu harus terbih dahulu mengadu kepadaNya kerana Dialah sebaik-baik konsultan yang memahami. Dirimu harus terlebih dahulu mengakui kesilapanku kepada Dia pemilik tubuhmu kerana kulit kepalamu yang koyak bukankah disebabkan kekasaran jari jemari dan kukumu sendiri. Segala ubatan termasuk serum merupakan ciptaan manusia yang diilhamkan olehNya bahkan bahan-bahan yang digunakan pun hakikatnya berasal daripada bahan-bahan yang Dia cipta dan sediakan.

Rehatkanlah dirimu dan tenangkanlah perasaanmu wahai Noraini yang sedang terdesak, tertekan, geram dan beremosi....

Monday, June 27, 2011

13 Jun 2011 (Isnin) - 19 Jun 2011 (Ahad)

13 Jun (Isnin): Rehat

14 Jun (Selasa): Janji temu dengan Nur Khairiyyah dan Nur Hakimah di Restoran Zam Zam. Kemudian, seharusnya bertemu dengan Dawn Modder di Bedok tetapi rancangan ditukar kepada sesi karaoke demi memenuhi ajakan Rashidah Minhaj dan Dayana.

15 Jun (Rabu): Kurang enak badan

16 Jun (Khamis): Rashidah Minhaj menghulurkan khidmatnya menolongku membersihkan kamar tidurku yang berhabuk.

17 Jun (Jumaat): Kelas Fardhu Ain bersama Ustazah Kamariah di Darul Ghufran, Tampines.

18 Jun (Sabtu): Menerima slip keputusan peperiksaan. Adikku, Ismail membelanja makan malam di Swenson's, Terminal 2 Lapangan Terbang Changi demi meraikan keputusanku. :) Terima kasih adik.

19 Jun (Ahad): Berkunjung ke Perpustakaan Bedok.

Sunday, June 26, 2011

Malar Segar: Dua Insan (M Nasir & Yunizar Hussein)


 


Yunizar:
Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu padamu oh sayang

M Nasir:
Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadmu jauh
Namun hatimu dekat selalu

Walau kini halangan menimpa
Bila cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

Yunizar:
Biar masa berganti masa
Biar pun musim berubah
Telah ku katakan padamu oh sayang

Yunizar & M Nasir:
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

Yunizar:
Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Nanti jawabnya kepadamu
Kerna dikau cinta padaku

M Nasir:
Ku persembahkan kepadamu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

Yunizar:
Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Telah ku katakan padamu oh sayang

Yunizar & M Nasir:
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

 

Wednesday, June 22, 2011

Apa Ada Pada Tangga

7 Jun 2011 (Selasa)
Selamat sampai di tanah air, Singapura.

8 Jun 2011 (Rabu)
Rehat dan relaks.

9 Jun 2011 (Khamis)
Ubati rindu terhadap perpustakaan tercinta iaitu Perpustakaan Bedok.

10 Jun 2011 (Jumaat)
Rawatan gigi ('scaling' dan 'polishing') di New Life Dental Surgery, Bedok dan rawatan jiwa (kelas fardhu ain) di Darul Ghufran, Tampines.

11 Jun 2011 (Sabtu)
Bertemu dengan Shidah Minhaj di Mac Donalds Bedok Central.

12 Jun 2011 (Ahad)
Mengunjungi Perpustakaan Bedok.

Sepanjang keberadaanku di tanah air, Bedok iaitu tempat aku menetap dan dibesarkan menjadi tumpuanku. Sama ada untuk membaca buku dan meminjam buku dari perpustakaan, mendapatkan barang-barang keperluan, makan di restoran makanan segera atau sekadar jalan-jalan sambil memerhati suasana sekeliling.

Perpustakaan Bedok merupakan satu-satunya tempat yang dekat di hati. Satu sebab utama ialah perpustakaan ini telah aku dekati sejak aku kecil. Memori berada di perpustakaan ini untuk mendaftar  sebagai seoarang ahli masih aku ingati. Betapa aku teruja pada waktu itu semata-mata untuk mendapatkan kad keahlian. Masih bermain-main dalam ingatan ini tentang memori itu. Pada waktu itu, aku masih kecil tetapi sudah boleh membaca. Sejujurnya, aku tidak ingat usia aku pada waktu itu. Barangkali 7 tahun. Entah...

Struktur binaan baik dari luaran atau dalaman Perpustakaan Bedok sudah berubah. Bahkan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan semakin baik. Namun, satu perkara yang masih wujud dan tetap sama ialah tangga di dalam perpustakaan itu. Satu-satunya tangga yang menghubungkan aras demi aras dalam perpustakaan itu untuk penggunaan pengunjung.

Aku bangga hanya semata-mata kerana tangga itu masih wujud. Terdapat perubahan yang dilakukan kepada tangga itu seperti palang pemegang yang terletak di tepi tangga itu. Bahkan lantai pada tangga itu telah dialas dengan permaidani. Namun, aku tetap bangga dan bersyukur kerana struktur binaan tangga itu masih tetap sama seperti dahulu ketika aku masih seorang kanak-kanak, kemudian menjadi seorang remaja dan kini seorang dewasa.

Ya, satu-satunya tangga di dalam Perpustakaan Bedok. Satu-satunya kewujudan yang masih ada sampai hari ini dan masih tetap sama. :)

Apa ada pada tangga? Tangga itu simbol kepada kesetiaanku dan kesetiaan perpustakaan ini terhadapku. Tangga itu simbol kepada perjalanan masa yang kami rentas bersama. Tangga itu ada cerita..... Cerita-cerita lama. :)

Satu-satunya tangga di dalam Perpustakaan Bedok sejak dahulu lagi. Tangga ini menghubungkan aras satu dengan aras dua. Begitu juga tangga ini menghubungkan aras dua dengan aras tiga. Gambar ini diambil sewaktu aku berada di aras satu.


Tangga ini juga menghubungkan aras dua dengan aras tiga perpustakaan ini sedangkan dahulu, sewaktu aku kecil, aras tiga perpustakaan tidak dibuka untuk pengunjung kecuali jika ada aktiviti khas yang dijalankan. Gambar ini diambil sewaktu aku berada di aras dua.

Disconnection (Why Women Talk And Men Walk: Part 2)

How We Break The Connection

'Things weren't always so bad for Marlene and Mark. At one time they cherished the closeness they felt - all their friends used to marvel at how close and connected they were. They can still vividly recall the good times, but instead of comforting them, these memories of the closeness they once had now fill them with sadness and a deep sense of loss. They often wonder how they got to this lonely state. Their story is all the more sad because it is so common.

Marlene and Mark arrived at their chronic state of disconnection without either of them doing anything wrong. Marlene has never grasped that Mark, like most men, has a heightened sensitivity to feeling shame and inadequacy.

How could she? His impulse when he feels shame is to hide, so he can't tell her about it. Instead, he disguises it with annoyance, impatience, or anger. She does not understand that each time she tries to make improvements in their relationship, the overriding message Mark hears is that he is not meeting her expectations - he's failing her - which sends him into pain of his own inadequacy. While trying to ward off feeling like a failure, Mark is no longer sensitive to Marlene's fear of being isolated and shut out.

In the beginning of their relationship, he sensed her need for connection and wouldn't have dreamed of shutting her out. But now he has no idea that each time he rejects her overtures or raises his voice in anger - purely to protect himself - he's pushing her further away and deeper into the pain of isolation.

It's so easy for couples to slip into this pattern, because the different vulnerabilities that so greatly influence the way men and women interact with each other are virtually invisible. In the beginning of the relationship, the falling-in-love chemicals our brains secrete make it easy to focus on each other's more subtle emotions. But once the effects of those chemicals wear off - we need to make a more conscious effort to protect each other's vulnerabilities. To do this, we first need to understand the different vulnerabilities of men and women and how we manage them in our relationships.'

Teks yang dikongsi ini diperolehi daripada buku 'Why Women Talk And Men Walk', halaman 18-19. Buku ini ditulis oleh Patricia Love dan Steven Stosny.

Disconnection (Why Women Talk And Men Walk: Part 1)

Introduction: It's Not About Communication

'We make it a point to ask the women in our workshops and therapy how making men talk about relationship has worked in the past. Most say something like "It didn't work, because he can't communicate. He gets angry, defensive, or impatient. He's just not interested."

Well, it turns out that when it comes to "talking about relationship," men know something that most women don't. Research and our combined fifty-plus years of clininal experience show repeatedly that, despite your best intentions, talking about your relationship has more of a chance of making it worse than making it better. And it has nothing to do with your partner's lack of interest or "poor communication skills."

Women want to talk about the relationship bacause they're upset and want to feel better. Men don't want to talk because talking won't make them feel better. In fact, it will make them feel worse! So whether she forces him to talk or not, they both end up feeling disappointed and DISCONNECTED.

This loneliness of disconnection lies at the heart of every argument or cold silence, fueling your disappointment or resentment. It also leads to the distance that can ultimately tear your relationship apart.

We believe the chronic stress of disconnection, which eventually afflicts most unions between men and women, stems from a slight difference in the way the sexes experience fear and shame, a difference that is observable shortly after birth.

This subtle difference is inherent in the question "Do we talk about the relationship or not?" The real reason the woman wants to talk about it - beneath the resentment and frustration - is that disconnection makes her feel anxious and, on a deeper level, isolated and afraid.

The real reason the man doesn't want to talk about the relationship is that her dissatisfaction with him makes him feel like a failure. On a deeper level, he feels ashamed. His shame is too great to allow him to understand her fear, and her fear keeps her from seeing his shame.

When they try to alleviate their feelings of vulnerability in opposite ways - by talking and not talking - all they end up sharing are disappointment and heartache.

Your relationship can fail with neither of you doing anything wrong, if you do not understand the extent to which fear and shame drive your disconnection from each other. Understanding each other core's vulnerabilities and learning how to manage them will give you a new perspective on your relationship - a dual perspective based on both points of view - that leads to compassionate connection and love beyond words.'

Teks ini telah diperolehi melalui penulisan Patricia Love dan Steven Stosny daripada buku mereka iaitu 'Why Women Talk And Men Walk'. Perkongsian kali ini berkisar tentang perhubungan antara lelaki dan perempuan yang aku anggap penting untuk diketahui dan difahami agar masalah komunikasi dapat dielakkan. Barangkali atas sebab itu, penulis-penulis buku ini memulakan bab pengenalan dalam buku ini dengan tajuk 'It's Not About Communication' kerana dalam perhubungan dan komunikasi antara lelaki dan perempuan, kedua-dua pihak perlu mengetahui dan memahami perkara dan perspektif yang berbeza daripada kaum yang bukan sejenis. Kaum perempuan perlu mengetahui dan memahami cara kaum lelaki berfikir, berperasaan dan bertindak. Manakala kaum lelaki perlu mengetahui dan memahami cara kaum perempuan berfikir, berperasaan dan bertindak.

Segalanya bermula daripada pengetahuan yang mencetuskan kefahaman. Moga dengan kefahaman yang dimiliki, kita dapat bertindak dengan sebaik-baiknya dalam menyelamatkan perhubungan yang menjadi fitrah keperluan setiap insan.

Teks ini telah diambil secara langsung daripada buku 'Why Women Talk and Men Walk', halaman 1 hingga 2. Tidak mungkin dan tidak akan aku terjemahkan teks ini dalam bahasa Melayu meskipun blog aku telah aku cipta dalam bahasa Melayu. Memandangkan teks ini merupakan sebuah perkongsian, moga tetamu-tetamu blog Nurani Nurain dapat beroleh pengetahuan dan kefahaman yang baik dan jelas.

Monday, June 13, 2011

Nak Citer Ni: Tentang Aku pada hari Jumaat bersamaan 10 Jun 2011

Puas  hati!

Itulah yang aku rasakan setelah menjalani rawatan pembersihan gigi.

Istilah dalam bahasa Inggeris bagi rawatan ini ialah 'scaling' dan 'polishing'.

Bagaimana ya aku harus terjemahkan kepada bahasa Melayu?

Walau apa pun, rawatan ini sudah lama aku tunggu-tunggu untuk laksanakan.

Namun, kesempatan tidak berpihak kepadaku.

Alhamdulillah, tertunai jua hajatku setelah perancanganku untuk mengunjungi PRISTINE DENTAL CENTRE di MID VALLEY tidak kesampaian.

Aku tidak dapat menangguhkan lagi hasrat hati.

Lantas, aku mengunjungi NEW LIFE DENTAL SURGERY di BLOK 218, BEDOK NORTH STREET 1.

Lebih kurang 25 minit perjalanan jika berjalan kaki dengan kasut tumit tinggi.

Apalah punya nasib.... kerana dalam perjalanan ke klinik gigi, aku terjatuh kerana tidak dapat mengimbangi diri. :)

Alhamdulillah, rawatan 'scaling' dan 'polishing' mengambil masa 30 minit.

Doktor gigi yang merawatku tidaklah serius sangat seperti yang aku jangkakan.

Manakala pembantu doktor gigi itu pula ceria.

Tiga masalah utamaku ialah 'tartar' di bahagian belakang gigi (yang telah dinyahkan kini), lubang yang terdapat di antara gigi-gigiku dan gusi bermasalah.

Alhamdulillah, rawatan 'scaling' telah membersih 'tartar' yang sekian lama berada di belakang gigiku.

Manakala, lubang yang terdapat di antara gigi-gigiku memerlukan penjagaan rapi setiap hari iaitu dengan penggunaan flos gigi.

Bagi gusi bermasalah pula, doktor gigi telah menyarankan kepadaku agar menukar berus gigi yang selama ini aku gunakan.

Beliau menyarankan berus gigi SYSTEMA SOFT COMPACT yang diperbuat dari JEPUN.

Hmmm... meskipun aku tidak pernah mendengar berus gigi yang beliau maksudkan, aku usaha mencarinya di WATSONS dan GUARDIAN PHARMACY.

Aku hanya menemuinya di WATSONS.

Harga dua batang berus gigi ini berjumlah $5.25.

Ternyata, berus ini lebih kecil saiznya dan jauh lebih lembut jika dibandingkan dengan berus gigi yang aku miliki sekarang ini dan berus-berus lain yang telah aku gunakan selama ini.

Sangkaku, dengan menggunakan berus gigi yang lebih kasar akan membantu menyahkan 'tartar'.

Rupa-rupanya, berus gigi yang selama ini aku gunakan telah menyakiti gusiku kerana berus yang aku gunakan serta gosokan yang aku lakukan terlalu kasar untuk gusiku.

Mohon maaf ya, gusiku.

Aku tidak akan mengasari gusiku lagi kerana aku kini telah menggunakan berus gigi SYSTEMA SOFT COMPACT.

Berbalik kepada rawatan 'scaling' dan 'polishing' ketika proses ini sedang dijalankan, adakalanya aku rasa nyilu, adakalanya aku rasa sakit, adakalanya aku rasa geli, adakalanya aku rasa seronok.

Secara keseluruhannya, aku PUAS HATI dengan rawatan pembersihan gigi ini.

$70 telah aku habiskan untuk rawatan ini. :)

Aku tidak berkesempatan mengambil gambar ketika berada dalam bilik rawatan kerana telefon bimbitku meragam (seperti biasa).

Setelah selesai segala urusan, aku menghidupkan telefon bimbitku yang meragam untuk mengambil gambar klinik ini dari luar.

Namun aku hanya mampu berkongsi bahagian ini sahaja daripada gambar yang dipetik. :)




Gambar di bawah pula merupakan gambar yang aku petik ketika aku sedang duduk berehat di BEDOK CENTRAL.

Kawasan ini merupakan tumpuan utama penduduk di kawasan BEDOK.

Hmmm.... BEDOK CENTRAL boleh diibaratkan seperti sebuah 'pekan' untuk penduduk dan pengunjung mendapatkan apa sahaja keperluan mereka.

Namun begitu, tidak semua keperluan yang boleh didapatkan di sini.

Baju kurung, tudung, anak tudung tidak ada di sini.

Gambar di bawah merupakan pandanganku seluas 180 darjah mengikut arah putaran jam. :)

Bahkan, ini hanyalah sebahagian sahaja daripada keseluruhan BEDOK CENTRAL.









Malam, aku sudah pun berada di TAMPINES pula kerana ingin mengubati jiwa yang kekosongan dengan siraman ilmu fardhu ain yang disampaikan oleh... tidak lain dan tidak bukan iaitu USTAZAH KAMARIAH.

USTAZAH KAMARIAH merupakan satu-satunya ustazah fardhu ainku yang aku sanjungi dan segani bahkan takuti.

Beliau seorang ustazah yang tegas dan terlalu 'strict'.

Penyampaian beliau seperti selalu.... bersungguh-sungguh, selamba, lancar, lucu tetapi tegas lagi menggerunkan hati adakalanya.

Sejujurnya, adakala aku tidak sependapat dengan pandangan beliau yang terlalu 'strict'.

Namun aku tetap menyayangi dan menghormati beliau sebagai satu-satunya guru fardhu ain yang berwibawa.

Ustazah-ustazah lain tidak mampu menyentuh hatiku seperti mana beliau mampu menyentuh hatiku.

Itupun hanya dengan kehendak dan keizinanNya.

Pernah juga aku mengkagumi seorang ustazah pengganti bernama Ustazah Khairiah.

Namun, aku hanya sekali dua menghadiri kelas fardhu ain yang beliau kendalikan ketika menggantikan Ustazah Kamariah yang sakit pada waktu itu.

Jika boleh aku ibaratkan, penyampaian dan tingkah Ustazah Kamariah seolah-olah seperti Umar Al Khattab yang teguh pendirian dan kadang-kala menimbulkan kegentaran pada hati-hati insan lain ketika berbicara.

Namun begitu, Ustazah Kamariah tetap lucu dalam menyampaikan ilmu yang bernas.

Terubat dan terawat jiwa yang kekosongan dan kerinduan terhadap ilmu fardhu ain yang telah aku tinggalkan semenjak aku mengikuti pengajian di UM. :)

Jumaat 10 Jun 2011 yang penuh makna.

Rawatan pembersihan gigi pada waktu petang dan rawatan pembersihan jiwa pada waktu malam.

Gigi sudah dibersihkan.

Namun, jiwa ini.... masih bernoda dengan dosa-dosa yang kulakukan..... :(

MASJID DARUL GHUFRAN, aku datangi dan aku tinggalkan.

Moga bertemu lagi pada Jumaat hadapan dan Jumaat seterusnya sebelum aku pulang ke KL, InsyaAllah.

Saturday, June 11, 2011

Nak Citer Ni: Tentang Aku pada hari Khamis bersamaan 9 Jun 2011

Khamis (9 Jun 2011)

Aku perlu mendaftar semula kad pengenalanku. Mudah sahaja pelaksanaan proses untuk mendaftar semula. Pertama, semak borang yang diberi. Jika perlu, perbetulkanlah maklumat yang sedia ada. Lantas, aku perlu perbetulkan tahap pendidikan tertinggi yang tertera dalam borang itu. Bukan lagi 'GCE O Levels' tetapi 'Diploma in ML Education'. Kedua, isi tempat kosong dengan maklumat yang perlu. Aku pun mengisi tempat kosong bagi nama penuh dalam tulisan Jawi. Ketiga, tampal gambar berukuran pasport di ruang yang disediakan. Keempat, cetak salinan bagi kad pengenalan yang sedia ada. Keempat, sediakan sampul untuk masukkan borang yang telah diisi dan salinan kad pengenalan berserta alamat yang tepat pada muka depan sampul dan alamat rumah pada muka belakang sampul. Lekatkan lidah sampul pada sampulnya. Kelima, pos ke dalam kotak pos terdekat dengan rumah.

Kemudian, aku berjalan kaki ke Perpustakaan Bedok. Terubat rinduku apabila aku dapat menjejakkan kaki ke dalam perpustakaan ini. Ternyata, perpustakaan ini merupakan satu-satunya perpustakaan yang dekat di hati sejak aku kecil, hinggalah aku menginjak ke alam remaja dan kemudiannya menjadi pengunjung perpustakaan yang dewasa. Aku dan Perpustakaan Bedok mempunyai kenangan kami bersama yang amat berharga. Bukan TV9 yang dekat di hati tetapi Perpustakaan Bedok yang dekat di hati. Hatiku.

Semasa di sana, aku membaca beberapa buah artikel yang terkandung dalam tiga buah buku yang berlainan. Oleh sebab buku-buku ini tidak boleh dipinjam kerana telah ditetapkan sebagai bahan rujukan dalam perpustakaan sahaja, aku hanya mampu membaca dan membuat salinan sahaja. Namun, sejak aku sedari tentang potensi lensa kamera digital pada telefon bimbitku, aku pun memanfaatkan telefon bimbitku. Aku tidak melepaskan peluang mengambil gambar ketiga-tiga buah buku yang boleh dikatakan bagus dan menarik.

Berikut merupakan gambar-gambar digital yang telah dipetik semasa berada dalam Perpustakaan Bedok, Aras 2.








Ketika berada dalam perpustakaan, aku dan Nur Khairiyyah pula asyik berbalas-balas SMS. Tersenyum dan tertawa aku seorangan kerana tercuit hati dengan keletah kami berdua yang berbalas-balas SMS dengan menggunakan bahasa utara. Istilah 'hang', 'ceq', 'pekena', 'pi', 'dak', 'habaq', 'pasai', 'baguih', 'sat', 'la ni' telah kami gunakan. Hihihihihi. Nampaknya, interaksi dengan teman-teman bukan Singapura di Universiti Malaya telah memperluaskan penggunaan bahasa kami yang dahulunya hanya terbatas kepada bahasa Melayu lisan yang kami gunakan sesama sendiri di Singapura. Tentulah bahasa sedia ada itu mempunyai pengaruh bahasa Melayu Johor Riau tetapi kini bahasa utara telah kami 'kuasai' walaupun sekadar untuk beberapa istilah tertentu. Penyerapan bahasa utara telah berlaku....

Persoalanku ialah ejaan 'bahasa utara' atau 'bahasa Utara'kah yang tepat? Rasanya.... bahasa Utara yang tepat kepada 'bahasa Utara' ialah kata nama khas bagi sebuah dialek tempatan di Malaysia yang dipertuturkan di bahagian utara Malaysia. Barangkali juga 'bahasa utara' yang tepat kerana terdiri daripada kata nama yang berupa inti ('bahasa') dan diikuti dengan penerang ('utara'). Hmmm. Tatabahasa Dewan iaitu rakan karibku tidak kubawa pulang. Nampaknya, 'dia' sedang lena dibuai mimpi dalam sebuah bilik nan comel yang nun jauh di KL.

Lantas, 'bahasa Utara' atau 'bahasa utara'? Semoga persoalanku terjawab....

Thursday, June 9, 2011

Cahaya Mataku (Tip Penjagaan Mata 2)

Mata anda mudah kelihatan lebam dan tidak bermaya kerana keletihan atau kurang tidur. Malah, lingkaran gelap bawah mata juga muncul kerana keletihan yang mata anda alami.

Apa kata anda cuba cara ini. Gunakan uncang teh yang sudah digunakan. Setiap kali sebelum masuk tidur, tutup mata dan lekapkan uncang teh itu pada kelopak mata dan biarkan lebih kurang ½ jam sebelum dibilas. Amalkan selalu. Hasilnya, mata anda akan kelihatan lebih segar dan bermaya.

Selain teh, anda juga boleh gunakan hirisan timun segar dengan melekapkannya pada mata dan biarkan seketika. Kedua-dua cara di atas membantu memulihkan mata anda agar kembali segar dan tampil bermaya.

(Maklumat ini telah dipetik daripada majalah Tip Cantik & Sihat: muka surat 16)

InsyaAllah, malam ini, uncang teh akan digunakan. Hirisan timun pernah aku gunakan suatu masa dahulu. Ternyata mata terasa segar serta-merta tetapi lingkaran gelap bawah mata tidak pula serta-merta hilang. :)

Sunday, June 5, 2011

Cahaya Mataku (Tip Penjagaan Mata 1)

'Di matamu kulihat sinaran bercahaya permata hati.'

Begitulah untaian ayat pemula yang dinyanyikan oleh Hail Amir dalam lagu 'Antara Matamu Dan Mataku'.

Lagu itu merupakan sebuah lagu duet yang didendangkan bersama.... siapa lagi kalau bukan Uji Rashid.

Judul entri kali ini ialah 'Cahaya Mataku' yang bermaksud 'Nur Aini' jika diterjemahkan kepada bahasa Arab.

Itulah nama sebenarku.

Namun nama sebenarku dieja seperti ini: Noraini

Meskipun aku lebih senang jika ejaan namaku seperti ini: Nuraini

Walau apa pun, aku menyenangi nama yang telah diberi oleh bapaku untukku.

Lagu nyanyian Hail Amir dan Uji Rashid iaitu 'Antara Matamu Dan Mataku' merupakan lagu yang indah kerana mengungkapkan perasaan hati sepasang insan yang saling mengasihi melalui bahasa non verbal.

Mata merupakan panca indera yang menjadi perantara untuk menyampaikan perasaan hati berdasarkan lirik dalam lagu ini.

Lantas, melalui entri kali ini, aku ingin sekali berkongsi sesuatu tentang panca indera yang Allah anugerakan untuk kita iaitu mata, khususnya tips penjagaan mata.

Artikel ini telah aku perolehi melalui majalah 'TIP CANTIK & SIHAT', muka surat 16.

Jom baca....

'Salah satu yang merisaukan wanita apabila kedutan mula muncul di bahagian sekitar mata seiring dengan pertambahan usia. Tentu saja ia mula merisaukan kerana kedutan itu juga menunjukkan tanda penuaan yang mulai menyerang wajah.

Namun ada juga sesetengah wanita yang mula didatangi kedutan ini sebelum sampai waktunya, bergantung kepada cara hidup dan faktor di sekelilingnya, contohnya seperti tekanan hidup dan pelbagai gangguan mental dan psikologi.

Apabila kedutan di sekitar mata mula muncul, jangan cepat risau. Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan bagi merawat dan melambatkan kesan kedutan  itu.

Jangan sembarangan menyapukan krim mata. Pastikan pelembap yang khas untuk mata saja. Elakkan menggunakan pelembap kulit atau wajah untuk bahagian mata.

Pelembap yang berat akan membuat kulit mata iritasi ataupun mengering. Walaupun anda merasakan sudah memilih krim mata yang sesuai, namun kesan sebegitu membuat mata anda sukar untuk menerimanya.

Tukar kepada krim mata jenis lain hingga anda dapat menemui krim yang tidak memberi sebarang kesan yang tidak menyelesakan pada mata setelah memakainya.

Jangan semata-mata mengikut rakan. Jika anda lihat rakan sesuai memakai jenis krim A, anda juga ingin mencubanya semata-mata ia sesuai dengan mata rakan anda tersebut. Perlu anda ingat, kulit mata setiap wanita adalah berbeza. Jadi, anda perlu mendapatkan krim yang sesuai dengan kulit anda dan bukan hanya berdasarkan pandangan anda terhadap mata orang lain.

Ketika memakai krim mata, jangan menggosok terlalu kuat ataupun memicit bahagian sekitar mata. Cukup sekadar menepuk ringan sahaja. Hindari daripada kebiasaan menggosok mata.'