Tertarik dengan bentuk payung ini.
Dua buah payung yang bergabung menjadi sebuah payung untuk kegunaan pasangan.
Gabungan payung ini bak dua hati yang berpadu menjadi satu.
Gunakan teknik lambas otak untuk menamakan payung ini. Hmmm...
Antara nama khas yang dapat difikirkan bagi payung ini ialah
(1) payung kasih
(2) payung kasih sayang
(3) payung cinta
(4) payung berkembar
(5) payung kembar siam
(6) payung berpasangan
(7) payung kahwin
(8) payung dua hati
(9) payung dua jiwa
(10) payung dua jiwa satu hati
(11) payung susah senang bersama
(12) payung hujan panas bersama
Berdasarkan warna payung ini iaitu hitam, ternyata payung ini hanya sesuai digunakan ketika hujan dan bukan ketika cuaca panas terik.
Lantas, warna payung ini seharusnya direncamkan kepada warna-warna sejuk dan bukan warna-warna panas apatah lagi warna hitam.
Pilihan nama khas yang aku sukai bagi payung ini ialah 'Payung Hujan Panas Bersama' meskipun kedua-dua gambar melatari suasana hujan.
No comments:
Post a Comment