Sunday, June 26, 2011

Malar Segar: Dua Insan (M Nasir & Yunizar Hussein)


 


Yunizar:
Bila kau senyum, ku gembira
Bila kau sedih, ku menangis
Bagai taman rindukan kembang
Ku rindu padamu oh sayang

M Nasir:
Di mana saja kau berada
Ku kan tetap bersamamu
Walaupun jasadmu jauh
Namun hatimu dekat selalu

Walau kini halangan menimpa
Bila cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

Yunizar:
Biar masa berganti masa
Biar pun musim berubah
Telah ku katakan padamu oh sayang

Yunizar & M Nasir:
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

Yunizar:
Jika kau tanya pada rembulan
Mengapa cahaya berseri-seri
Nanti jawabnya kepadamu
Kerna dikau cinta padaku

M Nasir:
Ku persembahkan kepadamu
Sekuntum bunga mawar merah
Kau terima sambil tersenyum
Kembang yang harum kau cium

Bila saja halangan menimpa
Kerna cinta ada ku tetap setia
Hanya dikau dan asmara
Membuat hidupku bagai dalam syurga

Yunizar:
Dua insan sedang bercinta
Dua insan berjanji setia
Telah ku katakan padamu oh sayang

Yunizar & M Nasir:
Hanya kuasa Tuhan dapat memisahkan

 

2 comments:

  1. salam. best lagu ni. ha ha

    ReplyDelete
  2. Anonymous: Saya hanya membaca komen anda pada Mei 19, 2012 11:58 malam. Huhuhu. Saya tidak tahu siapa anda kerana anda tidak beri nama atau alamat emel. Walau bagaimana pun, saya berterima kasih kerana sudi membaca blog dan meninggalkan komen.

    ReplyDelete