Mata anda mudah kelihatan lebam dan tidak bermaya kerana keletihan atau kurang tidur. Malah, lingkaran gelap bawah mata juga muncul kerana keletihan yang mata anda alami.
Apa kata anda cuba cara ini. Gunakan uncang teh yang sudah digunakan. Setiap kali sebelum masuk tidur, tutup mata dan lekapkan uncang teh itu pada kelopak mata dan biarkan lebih kurang ½ jam sebelum dibilas. Amalkan selalu. Hasilnya, mata anda akan kelihatan lebih segar dan bermaya.
Selain teh, anda juga boleh gunakan hirisan timun segar dengan melekapkannya pada mata dan biarkan seketika. Kedua-dua cara di atas membantu memulihkan mata anda agar kembali segar dan tampil bermaya.
(Maklumat ini telah dipetik daripada majalah Tip Cantik & Sihat: muka surat 16)
InsyaAllah, malam ini, uncang teh akan digunakan. Hirisan timun pernah aku gunakan suatu masa dahulu. Ternyata mata terasa segar serta-merta tetapi lingkaran gelap bawah mata tidak pula serta-merta hilang. :)
No comments:
Post a Comment