Selamat sampai di tanah air, Singapura.
8 Jun 2011 (Rabu)
Rehat dan relaks.
9 Jun 2011 (Khamis)
Ubati rindu terhadap perpustakaan tercinta iaitu Perpustakaan Bedok.
10 Jun 2011 (Jumaat)
Rawatan gigi ('scaling' dan 'polishing') di New Life Dental Surgery, Bedok dan rawatan jiwa (kelas fardhu ain) di Darul Ghufran, Tampines.
11 Jun 2011 (Sabtu)
Bertemu dengan Shidah Minhaj di Mac Donalds Bedok Central.
12 Jun 2011 (Ahad)
Mengunjungi Perpustakaan Bedok.
Sepanjang keberadaanku di tanah air, Bedok iaitu tempat aku menetap dan dibesarkan menjadi tumpuanku. Sama ada untuk membaca buku dan meminjam buku dari perpustakaan, mendapatkan barang-barang keperluan, makan di restoran makanan segera atau sekadar jalan-jalan sambil memerhati suasana sekeliling.
Perpustakaan Bedok merupakan satu-satunya tempat yang dekat di hati. Satu sebab utama ialah perpustakaan ini telah aku dekati sejak aku kecil. Memori berada di perpustakaan ini untuk mendaftar sebagai seoarang ahli masih aku ingati. Betapa aku teruja pada waktu itu semata-mata untuk mendapatkan kad keahlian. Masih bermain-main dalam ingatan ini tentang memori itu. Pada waktu itu, aku masih kecil tetapi sudah boleh membaca. Sejujurnya, aku tidak ingat usia aku pada waktu itu. Barangkali 7 tahun. Entah...
Struktur binaan baik dari luaran atau dalaman Perpustakaan Bedok sudah berubah. Bahkan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan semakin baik. Namun, satu perkara yang masih wujud dan tetap sama ialah tangga di dalam perpustakaan itu. Satu-satunya tangga yang menghubungkan aras demi aras dalam perpustakaan itu untuk penggunaan pengunjung.
Aku bangga hanya semata-mata kerana tangga itu masih wujud. Terdapat perubahan yang dilakukan kepada tangga itu seperti palang pemegang yang terletak di tepi tangga itu. Bahkan lantai pada tangga itu telah dialas dengan permaidani. Namun, aku tetap bangga dan bersyukur kerana struktur binaan tangga itu masih tetap sama seperti dahulu ketika aku masih seorang kanak-kanak, kemudian menjadi seorang remaja dan kini seorang dewasa.
Ya, satu-satunya tangga di dalam Perpustakaan Bedok. Satu-satunya kewujudan yang masih ada sampai hari ini dan masih tetap sama. :)
Apa ada pada tangga? Tangga itu simbol kepada kesetiaanku dan kesetiaan perpustakaan ini terhadapku. Tangga itu simbol kepada perjalanan masa yang kami rentas bersama. Tangga itu ada cerita..... Cerita-cerita lama. :)
Satu-satunya tangga di dalam Perpustakaan Bedok sejak dahulu lagi. Tangga ini menghubungkan aras satu dengan aras dua. Begitu juga tangga ini menghubungkan aras dua dengan aras tiga. Gambar ini diambil sewaktu aku berada di aras satu.
Tangga ini juga menghubungkan aras dua dengan aras tiga perpustakaan ini sedangkan dahulu, sewaktu aku kecil, aras tiga perpustakaan tidak dibuka untuk pengunjung kecuali jika ada aktiviti khas yang dijalankan. Gambar ini diambil sewaktu aku berada di aras dua.
No comments:
Post a Comment