Monday, June 13, 2011

Nak Citer Ni: Tentang Aku pada hari Jumaat bersamaan 10 Jun 2011

Puas  hati!

Itulah yang aku rasakan setelah menjalani rawatan pembersihan gigi.

Istilah dalam bahasa Inggeris bagi rawatan ini ialah 'scaling' dan 'polishing'.

Bagaimana ya aku harus terjemahkan kepada bahasa Melayu?

Walau apa pun, rawatan ini sudah lama aku tunggu-tunggu untuk laksanakan.

Namun, kesempatan tidak berpihak kepadaku.

Alhamdulillah, tertunai jua hajatku setelah perancanganku untuk mengunjungi PRISTINE DENTAL CENTRE di MID VALLEY tidak kesampaian.

Aku tidak dapat menangguhkan lagi hasrat hati.

Lantas, aku mengunjungi NEW LIFE DENTAL SURGERY di BLOK 218, BEDOK NORTH STREET 1.

Lebih kurang 25 minit perjalanan jika berjalan kaki dengan kasut tumit tinggi.

Apalah punya nasib.... kerana dalam perjalanan ke klinik gigi, aku terjatuh kerana tidak dapat mengimbangi diri. :)

Alhamdulillah, rawatan 'scaling' dan 'polishing' mengambil masa 30 minit.

Doktor gigi yang merawatku tidaklah serius sangat seperti yang aku jangkakan.

Manakala pembantu doktor gigi itu pula ceria.

Tiga masalah utamaku ialah 'tartar' di bahagian belakang gigi (yang telah dinyahkan kini), lubang yang terdapat di antara gigi-gigiku dan gusi bermasalah.

Alhamdulillah, rawatan 'scaling' telah membersih 'tartar' yang sekian lama berada di belakang gigiku.

Manakala, lubang yang terdapat di antara gigi-gigiku memerlukan penjagaan rapi setiap hari iaitu dengan penggunaan flos gigi.

Bagi gusi bermasalah pula, doktor gigi telah menyarankan kepadaku agar menukar berus gigi yang selama ini aku gunakan.

Beliau menyarankan berus gigi SYSTEMA SOFT COMPACT yang diperbuat dari JEPUN.

Hmmm... meskipun aku tidak pernah mendengar berus gigi yang beliau maksudkan, aku usaha mencarinya di WATSONS dan GUARDIAN PHARMACY.

Aku hanya menemuinya di WATSONS.

Harga dua batang berus gigi ini berjumlah $5.25.

Ternyata, berus ini lebih kecil saiznya dan jauh lebih lembut jika dibandingkan dengan berus gigi yang aku miliki sekarang ini dan berus-berus lain yang telah aku gunakan selama ini.

Sangkaku, dengan menggunakan berus gigi yang lebih kasar akan membantu menyahkan 'tartar'.

Rupa-rupanya, berus gigi yang selama ini aku gunakan telah menyakiti gusiku kerana berus yang aku gunakan serta gosokan yang aku lakukan terlalu kasar untuk gusiku.

Mohon maaf ya, gusiku.

Aku tidak akan mengasari gusiku lagi kerana aku kini telah menggunakan berus gigi SYSTEMA SOFT COMPACT.

Berbalik kepada rawatan 'scaling' dan 'polishing' ketika proses ini sedang dijalankan, adakalanya aku rasa nyilu, adakalanya aku rasa sakit, adakalanya aku rasa geli, adakalanya aku rasa seronok.

Secara keseluruhannya, aku PUAS HATI dengan rawatan pembersihan gigi ini.

$70 telah aku habiskan untuk rawatan ini. :)

Aku tidak berkesempatan mengambil gambar ketika berada dalam bilik rawatan kerana telefon bimbitku meragam (seperti biasa).

Setelah selesai segala urusan, aku menghidupkan telefon bimbitku yang meragam untuk mengambil gambar klinik ini dari luar.

Namun aku hanya mampu berkongsi bahagian ini sahaja daripada gambar yang dipetik. :)




Gambar di bawah pula merupakan gambar yang aku petik ketika aku sedang duduk berehat di BEDOK CENTRAL.

Kawasan ini merupakan tumpuan utama penduduk di kawasan BEDOK.

Hmmm.... BEDOK CENTRAL boleh diibaratkan seperti sebuah 'pekan' untuk penduduk dan pengunjung mendapatkan apa sahaja keperluan mereka.

Namun begitu, tidak semua keperluan yang boleh didapatkan di sini.

Baju kurung, tudung, anak tudung tidak ada di sini.

Gambar di bawah merupakan pandanganku seluas 180 darjah mengikut arah putaran jam. :)

Bahkan, ini hanyalah sebahagian sahaja daripada keseluruhan BEDOK CENTRAL.









Malam, aku sudah pun berada di TAMPINES pula kerana ingin mengubati jiwa yang kekosongan dengan siraman ilmu fardhu ain yang disampaikan oleh... tidak lain dan tidak bukan iaitu USTAZAH KAMARIAH.

USTAZAH KAMARIAH merupakan satu-satunya ustazah fardhu ainku yang aku sanjungi dan segani bahkan takuti.

Beliau seorang ustazah yang tegas dan terlalu 'strict'.

Penyampaian beliau seperti selalu.... bersungguh-sungguh, selamba, lancar, lucu tetapi tegas lagi menggerunkan hati adakalanya.

Sejujurnya, adakala aku tidak sependapat dengan pandangan beliau yang terlalu 'strict'.

Namun aku tetap menyayangi dan menghormati beliau sebagai satu-satunya guru fardhu ain yang berwibawa.

Ustazah-ustazah lain tidak mampu menyentuh hatiku seperti mana beliau mampu menyentuh hatiku.

Itupun hanya dengan kehendak dan keizinanNya.

Pernah juga aku mengkagumi seorang ustazah pengganti bernama Ustazah Khairiah.

Namun, aku hanya sekali dua menghadiri kelas fardhu ain yang beliau kendalikan ketika menggantikan Ustazah Kamariah yang sakit pada waktu itu.

Jika boleh aku ibaratkan, penyampaian dan tingkah Ustazah Kamariah seolah-olah seperti Umar Al Khattab yang teguh pendirian dan kadang-kala menimbulkan kegentaran pada hati-hati insan lain ketika berbicara.

Namun begitu, Ustazah Kamariah tetap lucu dalam menyampaikan ilmu yang bernas.

Terubat dan terawat jiwa yang kekosongan dan kerinduan terhadap ilmu fardhu ain yang telah aku tinggalkan semenjak aku mengikuti pengajian di UM. :)

Jumaat 10 Jun 2011 yang penuh makna.

Rawatan pembersihan gigi pada waktu petang dan rawatan pembersihan jiwa pada waktu malam.

Gigi sudah dibersihkan.

Namun, jiwa ini.... masih bernoda dengan dosa-dosa yang kulakukan..... :(

MASJID DARUL GHUFRAN, aku datangi dan aku tinggalkan.

Moga bertemu lagi pada Jumaat hadapan dan Jumaat seterusnya sebelum aku pulang ke KL, InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment