Melepaskan pergi C403.
C403 adalah kenangan yang tidak akan ada tukar gantinya sepanjang pengajian tiga tahun di Universiti Malaya.
Meninggalkan kamar C403 tidaklah mudah meskipun kamar kecil itu serba sederhana.
Memulangkan kunci C403 (pada 22 Julai 2012) tidaklah mudah kerana kamar kecil itu telah menumpangkan sebuah kehidupan dan menampung rahsia seorang insan.
Andai diturut kata hati dan C403 tidak berpenghuni, aku pasti akan melakukan sesuatu untuk masuk ke dalam kamar itu sewaktu aku berkunjung ke Kuala Lumpur pada 4 Disember hingga 18 Disember 2012.
Namun C403 sudah berpenghuni.
Lantas usahlah diturut kata hati.
Andai kuturut kata hati, C403 mampu membuat aku menitiskan air mata.
Ketika menaip pos ini pada ketika ini, air mata sedang bergenang.
Aku mudah kalah kepada kenangan yang mampu menyeru dendangan perasaan pilu.
No comments:
Post a Comment