ADIK MANJA RETURNS ternyata membosankan dan mengecewakan.
Indah khabar daripada rupa.
Indah tajuk daripada cerita.
Tentulah, filem Adik Manja jauh lebih baik dan menarik meskipun watak utama Cikgu Azmi dikekalkan dalam kedua-dua filem.
Namun, Cikgu Azmi dalam Adik Manja lebih meninggalkan kesan berbanding dengan Cikgu Azmi dalam Adik Manja Returns yang ternyata boleh kusifatkan sebagai tangkap muat sahaja.
Keterujaanku menonton filem Adik Manja Returns dengan jangkaan yang tinggi mati menjunam dek babak-babak yang tidak masuk akal, tidak autentik, tidak penting dan tidak matang.
Pembaziran telah berlaku dalam menghasilkan filem ini yang aku percaya Adik Manja Returns dihasilkan sebagai satu kesinambungan daripada filem asal zaman 80-an iaitu Adik Manja.
Selain daripada pembaziran, aku percaya pihak penerbit juga menanggung kerugian bukan kerana tidak mendapat sambutan tetapi filem Adik Manja Returns ternyata membosankan dan mengecewakan.
ketika kalbuku dan fikrahku berpadu dalam fitrah kuniaanNya, izinkanlah aku menzahirkannya melalui Nurani Nurain... meskipun perutusan ini hanyalah sekelumit daripada segala yang terpendam dan terbenam di dasar jiwa yang dalam, moga-moga perutusan ini dapat memanfaatkan setiap tetamunya... ayuh, kita mulakan pelayaran ini dengan lafaz cinta yang paling agung: BismillahirRahmanirRahim
Sunday, February 24, 2013
Sunday, February 17, 2013
Filem Jepun: My Rainy Days
Pada 30 dan 31 Disember 2012 iaitu Ahad dan Isnin terakhir dalam tahun 2012, aku telah menonton sebuah filem Jepun yang berkisar tentang cinta dan persahabatan.
Ternyata filem ini mampu merobek dedaun perasaan.
Tajuk filem 'My Rainy Days' bukan sekadar tajuk tetapi jalan cerita dalam filem ini cukup menyayat perasaan.
Suasana di Singapura pula sedang dihujani air dari awan mendung.
Bahkan si penonton filem turut berhujan air mata.
Pertama kali mereka bertemu adalah dalam hujan.
Pertama kali mereka bertemu semula setelah si kekasih hilang ingatan adalah dalam hujan juga.
Hujan.
Bahkan, pelajaran menulis perenggan pendahuluan dalam kelas menengah 3 untuk Februari ini telah aku mulakan dengan fokus kepada suasana hujan.
Filem 'Kami' lakonan Allahyarham Sudirman telah kupilih untuk ditontoni kerana terdapat suasana hujan dalam bahagian awal cerita ini yang perlu diberi fokus.
Lagu 'Hujan' nyanyian Allahyarham Sudirman juga telah dipilih dengan harapan pelajar-pelajarku terdedah kepada lagu Melayu yang kian asing dalam hidup mereka, begitu juga dengan harapan agar pelajar-pelajarku dapat menghayati frasa-frasa yang berkaitan dengan suasana hujan.
7 Februari 2013 iaitu Khamis merupakan tarikh serta hari bersejarah dalam alam pekerjaanku sebagai seorang guru apabila ombak cabaran menghempasku ke pantai kehampaan.
Berhujan air mata.
Namun, berkat doa ibu bapa terutama sekali kata-kata pembakar semangat daripada ibu angkat, guru mentor dan kawan-kawan yang mengambil berat, isu ini sedikit sebanyak terhurai seminggu sesudah berlaku peristiwa yang cukup menampar keteguhan perasaan sebagai seorang guru.
14 Februari dan 15 Februari 2013 iaitu Khamis dan Jumaat.
Aku telah meluahkan perasaan marah, tidak puas hati dan kecewa kepada salah seorang daripada mereka.
Alhamdulillah, segala puji milik Allah.
Terselesai jua sedikit sebanyak.
'Hujan yang turun bagaikan mutiara....'

JUVANA dan ADIK MANJA RETURNS
Setelah menonton semula drama berepisod JUVANA (memandangkan drama berepisod ini pernah aku tontoni di dalam bilik C403 pada zaman pengajian di Universiti Malaya), kini aku sedang menonton filem ADIK MANJA RETURNS.
Drama berepisod JUVANA berkisar tentang segolongan pelajar lelaki yang bergurukan seorang guru wanita manakala filem ADIK MANJA RETURNS berkisar tentang segolongan pelajar perempuan yang bergurukan seorang guru lelaki.
Dalam JUVANA, Cikgu Zakiah merupakan watak utama yang telah memainkan peranan menghadapi segala cabaran untuk membentuk sahsiah pelajar lelaki dalam cerita ini manakala dalam ADIK MANJA RETURNS, Cikgu Azmi pula merupakan watak utama yang telah memainkan peranan menghadapi segala dugaan untuk mencorak sahsiah pelajar perempuan dalam cerita ini.
Drama berepisod JUVANA mempunyai versi filem tetapi belum aku tontoni manakala filem ADIK MANJA RETURNS adalah kesinambungan daripada filem 80-an yang popular iaitu ADIK MANJA.

Nikmat yang tidak terduga
Nikmat yang tidak terduga.
Sekadar mencuba nasib.
Menghidupkan Lenovoku yang tidak berfungsi sejak.... sejak bila ya?
Sejak beberapa bulan boleh dikatakan.
Alhamdulillah, Lenovoku hidup semula setelah aku cuba menghidupkannya beberapa kali sebelum ini tetapi berfungsi.
Mungkin selama ini, Lenovoku tidak hilang fungsi tetapi sekadar mematikan diri membawa diri.
Mungkinkah merajuk ke alam sepi.
Ingin bersendiri.
Lantas, setelah dibiarkan menyendiri dengan sangkaan bahawa Lenovoku sudah hilang fungsi, tiba-tiba Lenovoku berfungsi seperti dahulu ketika hati ini sekadar mencuba nasib.
Ternyata, perkara ini satu nikmat yang tidak terduga.

Wednesday, February 13, 2013
Senyum dan tawa: Bagai isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing
Senyuman yang dilukis di bibir adakala bukan cerminan hati yang gembira tetapi senyuman itu sedang berusaha untuk menghapuskan duka yang terlalu selalu menerjang pintu hati dan menerjah masuk ke dalam kamar hati untuk merampas segala kegembiraan yang ada.
Tawa yang mengiringi senyuman di bibir adakala bukan cerminan hati yang senang tetapi tawa itu sendiri sebenarnya keliru dan tidak tahu mengapa tangis pilu tidak mampu dizahirkan sebaliknya bertukar irama dengan tawa yang senantiasa menemani senyuman di bibir.
Senyum dan tawa ini begitu erat hubungannya bagai isi dengan kuku.
Senyum dan tawa ini begitu saling bekerjasama bagai aur dengan tebing.
Atas dasar itu, ceria dan periang adalah dua kata adjektif yang selalu dikaitkan dengan tuan empunya diri yang terlalu selalu dan terlalu mudah melukiskan senyuman diiringi irama tawa.
Melangkah setapak ke hadapan. Beranikah aku?
Ketika ini, aku sudah mampu untuk memiliki sebuah rumah.
Rumah kediaman milikku sendiri.
In shaa Allah.
Rumah tanpa rumah tangga.
Ketika ini, aku masih menumpang teduh di kediaman milik bapaku.
Namun, hasrat untuk memiliki rumah sendiri memang telah tertanam di hati.
Rumah di Malaysia?
Praktikal atau tidak?
Sedangkan sebahagian besar masaku adalah di Singapura memandangkan aku terikat dengan pekerjaan di sini.
Bercuti dan berlibur di rumah yang terletak di Malaysia pada waktu cuti tidak menjadi masalah tetapi pada masa aku bekerja di Singapura dan langsung tidak berkesempatan ke Malaysia dek kesibukan, bagaimana dengan rumah itu?
Dibiarkan terbengkalai?
Fungsi sebuah rumah tidak tercapai andai tuan empunya rumah sibuk bekerja dan langsung tidak pulang untuk mengurus rumah apatah lagi menjenguk rumah pada setiap hujung minggu.
Menyewakan rumah itu kepada orang lain.
Cadangan yang baik.
Namun, apabila aku ingin bercuti dan berlibur di rumahku sendiri, bersediakah aku untuk tinggal serumah dengan penghuni rumahku itu?
Boleh dikatakan OK kerana aku tidak akan berlama-lama semasa berada di rumahku.
Perkara yang perlu aku perhatikan adalah wanita atau gadis yang menghuni rumahku itu.
Apakah dia akan menjaga rumah itu sebaik dia menjaga kehormatan dirinya?
Rumah di Singapura?
Praktikal memandangkan aku begitu terikat dengan pekerjaan di sini hingga masaku sudah tentu dihabiskan di Singapura.
Namun, harga beratus-ratus ribu untuk sebuah rumah yang kecil dan sempit begitu tidak memuaskan hati, merunsingkan fikiran dan menyesakkan dada.
Melainkan rumah itu dibeli dengan tujuan untuk dijual setelah beberapa tahun berlalu.
Persoalan ini kian bermain-main di fikiran.
Antara rumah di Malaysia dengan rumah di Singapura.
Beranikah aku melangkah setapak ke hadapan?
Sejujurnya, aku berani.
Namun, rumah di Malaysia atau rumah di Singapura?
Dari segi kewangan, tentulah rumah di Singapura jauh lebih tinggi harganya dan aku perlu memikirkan tentang kemampuan kewanganku meskipun seorang rakan yakin bahawa perkara itu tidak akan memberatkanku.
Dari segi pengurusan, tentulah rumah di Singapura jauh lebih praktikal kerana sebahagian besar masaku adalah di Singapura.
Ya Allah, arahkanlah langkah kakiku ke jalan yang terbaik untukku.

Redhalah....
Empangan air mata pecah setiap kali daun-daun hati bergeseran dek puputan bayu kenangan silam.
Bak kata ibu angkatku, "Menangislah...."
Katanya lagi, "Luka lama masih berdarah...."
Pesannya lagi, "Redhalah...."

Monday, February 11, 2013
Hmm
Aku sedang menonton telemovie yang bertajuk Siapa Tipu Siapa pada waktu dan ketika ini.
Jalan cerita tidak logik tetapi lucu.
Hmm.
Jalan cerita tidak logik tetapi lucu.
Hmm.
Drama berepisod: Ejen Cinta
Semalam, aku menghabiskan masa menonton drama berepisod Ejen Cinta.
Berdasarkan klip video yang dimuatnaik di lelaman Youtube, Ejen Cinta mempunyai siri pertama dan kedua.
Namun hanya klip video Ejen Cinta siri kedua sahaja yang telah dimuatnaik.
Boleh dikatakan drama berepisod ini menarik.
Amat menarik.
Sangat menarik.
Sungguh menarik.
Apatah lagi drama berepisod ini dibintangi oleh Suhaila Salam iaitu artis Singapura yang amat aku minati.
Bukan sekadar meminati lakonannya yang mantap tetapi paras rupanya yang cantik dan penampilan dirinya yang menarik.
Drama berepisod Ejen Cinta ini mengenai watak Emilia yang sedang bangkit daripada kegagalan bercinta apabila pernikahannya terpaksa dibatalkan pada saat-saat terakhir apabila pengantin lelaki berubah fikiran.
Alhamdulillah, Emilia bangkit untuk mengatasi kekecewaan setelah enam bulan bermuram durja.
Tekadnya begitu kuat untuk membantu insan-insan lain yang belum bertemu jodohnya menerusi agensi yang diusahakannya sendiri.
Kejujuran, keikhlasan dan kesungguhan Emilia dalam usaha beliau yang murni ini begitu menyerlah.
:)
Tentulah sesebuah drama yang mempunyai unsur lucu mampu membuat aku terhibur dan meneruskan penontonan.
Artis Singapura yang aku minati iaitu Suhaila Salam dalam Ejen Cinta begitu berketrampilan.

Bagaimana mungkin impian menjadi kenyataan tanpa usaha?
Sudah sekian lama aku menyemai benih keinginan untuk menulis cerpen.
Namun, benih keinginan yang kusemai dalam tanah ilham belum pun bertunas.
Aku ada hasrat. Aku ada idea. 'Mood' untuk menulis yang tidak ada. Daya upaya untuk menulis yang tidak ada.
Bagaimana mungkin impian menjadi kenyataan tanpa usaha.....?

Sunday, February 10, 2013
Diamku gunung berapi
Ternyata aku marah.
Ternyata aku masih marah.
Ternyata aku sedang marah.
Kuasa dan pengalaman telah menjadikan mereka riak.
Kuasa dan pengalaman telah menjadikan mereka angkuh.
Kuasa dan pengalaman telah menjadikan mereka bongkak.
Monday, February 4, 2013
Januari 2013: Terlalu sibuk dan terlalu sebak
Januari 2013 telah berlalu.
Terlalu sibuk dalam Januari 2013 berbanding dengan tiga tahun sebelum ini iaitu pada tahun 2010, 2011 dan 2012 memandangkan aku bukan lagi pelajar tetapi pengajar.
Terlalu sebak dalam Januari 2013 kerana perlu menerima hakikat bahawa salah seorang pelajar yang kukenali pada pertengahan atau penghujung tahun lepas telah terkorban dalam sebuah kemalangan jalan raya yang dahsyat pada Isnin lalu iaitu 28 Januari 2013.
Februari 2013 telah tiba.
Kesibukan yang melanda belum berlalu.
Sebak di hati masih terasa.

Penghormatan terakhir untuk Nigel
Pada hari Khamis yang lalu bersamaan dengan 31 Januari 2013, aku berada di kolong blok 463 Tampines Street 44 untuk memberi penghormatan terakhir kepada Nigel Yap sebelum beliau dijenazahkan.
(Air mata sedang bergenang lalu berhamburan pada ketika ini mengenangkan Nigel dan adiknya serta kemalangan yang mengakibatkan mereka menghembuskan nafas mereka yang terakhir.)
Pada ketika aku berada di situ dengan jenazah kedua-dua adik beradik iaitu Nigel dan Donovan berada di kiriku, tiga orang pelajar dari sekolah menengah (yang tidak sama dengan Nigel) berada di kananku pula.
Aku terdengar tangisan salah seorang daripada mereka yang dizahirkan secara perlahan namun tetap mengundang pilu di hatiku.
Aku yakin bahawa yang sedang menangis itu adalah rakan Nigel suatu masa dahulu dari sekolah rendah yang sama memandangkan Nigel kini berada di Sekolah Menengah Springfield.
Aku yakin pemberita yang turut hadir di situ turut menyaksikan tangisan pilu ketiga-tiga pelajar ini.
Gambar mereka telah dirakamkan oleh pemberita dan mereka bertiga telah ditemui pemberita untuk mendapatkan sedikit keterangan tentang hubungan mereka dengan Nigel.
Aku yakin rakan-rakan Nigel yang lain dari sekolah rendah yang sama turut hadir pada hari itu di kolong blok 463 tetapi kehadiran mereka tidak dapat dikenal pasti memandangkan mereka tidak berpakaian seragam sekolah.
Nigel ternyata seorang individu yang periang dan ceria.
Individu seperti itu tentu disenangi dan disayangi rakan-rakannya termasuk aku, gurunya meskipun aku tidak pernah mengajar Nigel.
Namun dia yang tampil ke hadapan untuk berkenalan denganku dan mengajakku bersembang di dalam kelas ketika aku menjadi guru pengganti dalam kelas 1D pada tahun lalu.
Kata-kata dan gurauannya menghiburkan hati.
Antara perkara yang tidak dapat aku lupakan adalah ketika dia mendapatkanku di pintu kelas 1D sewaktu aku menunggu untuk masuk ke dalam kelas itu.
Dia mendapatkanku lalu bersembang denganku.
Aku tidak dapat ingat tentang isi perbualan kami.
Namun apabila kami bersua, dia akan selalu memaklumkan kepadaku tentang kemampuannya bertutur dalam bahasa Melayu.
Seorang individu yang periang dan ceria serta menghiburkan hati.
Ungkapan "Hi!" yang diujarkan pada pagi Isnin lalu di dataran ternyata merupakan ucapan selamat tinggal daripadanya untukku.
Perkara inilah yang menyebakkan perasaanku sebagai seorang insan yang tidak pernah mengajar Nigel namun berpeluang mengenalinya kerana dia telah menampilkan dirinya untuk berkenalan.
Subhanallah.
Semenjak pemergianmu, gurumu ini mengenangkanmu setiap hari dengan iringan air mata.
Meskipun air mataku tidak mencurah-curah seperti ibumu atau guru-guru yang pernah mengajarmu.... engkau tetap seorang anak murid yang akan kukenang sentiasa.
Seluruh Singapura berdukacita dengan pemergianmu kerana ternyata engkau istimewa.
Begitu juga dengan adikmu.
Beruntunglah kedua-dua ibu bapamu yang mempunyai anak-anak yang akan menanti mereka di syurga, In shaa Allah.
Subscribe to:
Posts (Atom)