Sunday, February 24, 2013

Adik Manja Returns: Indah tajuk daripada cerita

ADIK MANJA RETURNS ternyata membosankan dan mengecewakan.

Indah khabar daripada rupa.

Indah tajuk daripada cerita.

Tentulah, filem Adik Manja jauh lebih baik dan menarik meskipun watak utama Cikgu Azmi dikekalkan dalam kedua-dua filem.

Namun, Cikgu Azmi dalam Adik Manja lebih meninggalkan kesan berbanding dengan Cikgu Azmi dalam Adik Manja Returns yang ternyata boleh kusifatkan sebagai tangkap muat sahaja.

Keterujaanku menonton filem Adik Manja Returns dengan jangkaan yang tinggi mati menjunam dek babak-babak yang tidak masuk akal, tidak autentik, tidak penting dan tidak matang.

Pembaziran telah berlaku dalam menghasilkan filem ini yang aku percaya Adik Manja Returns dihasilkan sebagai satu kesinambungan daripada filem asal zaman 80-an iaitu Adik Manja.

Selain daripada pembaziran, aku percaya pihak penerbit juga menanggung kerugian bukan kerana tidak mendapat sambutan tetapi filem Adik Manja Returns ternyata membosankan dan mengecewakan.

No comments:

Post a Comment