Ketika ini, aku sudah mampu untuk memiliki sebuah rumah.
Rumah kediaman milikku sendiri.
In shaa Allah.
Rumah tanpa rumah tangga.
Ketika ini, aku masih menumpang teduh di kediaman milik bapaku.
Namun, hasrat untuk memiliki rumah sendiri memang telah tertanam di hati.
Rumah di Malaysia?
Praktikal atau tidak?
Sedangkan sebahagian besar masaku adalah di Singapura memandangkan aku terikat dengan pekerjaan di sini.
Bercuti dan berlibur di rumah yang terletak di Malaysia pada waktu cuti tidak menjadi masalah tetapi pada masa aku bekerja di Singapura dan langsung tidak berkesempatan ke Malaysia dek kesibukan, bagaimana dengan rumah itu?
Dibiarkan terbengkalai?
Fungsi sebuah rumah tidak tercapai andai tuan empunya rumah sibuk bekerja dan langsung tidak pulang untuk mengurus rumah apatah lagi menjenguk rumah pada setiap hujung minggu.
Menyewakan rumah itu kepada orang lain.
Cadangan yang baik.
Namun, apabila aku ingin bercuti dan berlibur di rumahku sendiri, bersediakah aku untuk tinggal serumah dengan penghuni rumahku itu?
Boleh dikatakan OK kerana aku tidak akan berlama-lama semasa berada di rumahku.
Perkara yang perlu aku perhatikan adalah wanita atau gadis yang menghuni rumahku itu.
Apakah dia akan menjaga rumah itu sebaik dia menjaga kehormatan dirinya?
Rumah di Singapura?
Praktikal memandangkan aku begitu terikat dengan pekerjaan di sini hingga masaku sudah tentu dihabiskan di Singapura.
Namun, harga beratus-ratus ribu untuk sebuah rumah yang kecil dan sempit begitu tidak memuaskan hati, merunsingkan fikiran dan menyesakkan dada.
Melainkan rumah itu dibeli dengan tujuan untuk dijual setelah beberapa tahun berlalu.
Persoalan ini kian bermain-main di fikiran.
Antara rumah di Malaysia dengan rumah di Singapura.
Beranikah aku melangkah setapak ke hadapan?
Sejujurnya, aku berani.
Namun, rumah di Malaysia atau rumah di Singapura?
Dari segi kewangan, tentulah rumah di Singapura jauh lebih tinggi harganya dan aku perlu memikirkan tentang kemampuan kewanganku meskipun seorang rakan yakin bahawa perkara itu tidak akan memberatkanku.
Dari segi pengurusan, tentulah rumah di Singapura jauh lebih praktikal kerana sebahagian besar masaku adalah di Singapura.
Ya Allah, arahkanlah langkah kakiku ke jalan yang terbaik untukku.
No comments:
Post a Comment